Sunday, November 18, 2007

Fuh! Penatnya Kerja.

Tempat kerja dekat dari rumah tapi tiada masa ke kebun itulah dilema yang saya hadapi.Banyak yang perlu di fikirkan di tempat kerja baru ni, macamana nak setup satu operasi untuk kawasan Selangor Barat dan PJ. Saya kena setup satu team seramai 40 orang (sekarang ni org cuma ada 2 orang) utk gerakan syarikat utk cawangan ni. Pastinya tepat 1/1/2008 pihak syarikat mahu semua berjalan dengan lancar dan target dpt seperti yg di tetapkan. Selamanya ni kerja jauh dari rumah tapi sempat utk update blog, kat opis dulu banyak masa yang terluang kerana semua operasi berjalan lancar. Itulah bezanya keadaan kerja sekarang. Semalam dapat juga curi-curi masa ke kebun, agak semak maklumlah setiap hari hujan turun bukan saja bunga kantan,pokok pisang, cili api tetapi rumput pun bertambah subur. Insyallah minggu depan bercadang nak tebas rumput dengan mesin.

Friday, November 02, 2007

Persimpangan Kerjaya.

Sudah bertahun saya berkerja di Kuala Lumpur. Setiap pagi saya seperti robot yang di program automatik bangun tepat 5:30 pagi samada waktu kerja atau tidak, kadang-kadang jam penggera pun tak sempat berbunyi. Bagi saya itu semua sudah menjadi lumrah tinggal jauh dari tempat kerja. Saya lebih rela bangkit awal pagi dan sampai awal ke pejabat berbanding membuang masa di jalan raya akibat kesesakan lalu lintas. Cuma saya tidak boleh mengelak bila balik dari pejabat ke rumah, mesti sesak. Keadaan bertambah teruk sejak setahun dua kebelakangan ini. Saya rasa keadaan akan bertambah kritikal di masa depan walau banyak jalan di bina dan di besarkan. Tambahan pula, kos minyak dan tol yang semakin tinggi.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk berhenti berkerja. Ini bermakna ilmu yang saya perolehi dari selama bekerja akan di tinggalkan begitu saja. Saya akan tinggalkan ISDN, No. #7 dan bebagai lagi istilah dalam dunia komunikasi. Ilmu yang telah membawa saya ke pelusuk benua. Mulai tanggal 6 November 2007 saya akan berkerja dengan anak syarikat lain di bawah syarikat induk yang sama. Terma syarat-syarat dan gaji yang tidak berubah. Ramai kawan-kawan tidak menggalakan saya berpindah, kerana mereka berpendapat syarikat baru ini menceburi bisnes waktu senja (tak berapa selamat). Bagi saya, lokasi pejabat di merata negara telah menambat hati saya, cuma saya akan berusaha bersungguh-sungguh agar ia berdaya maju. Jika gagal pun saya boleh berpatah ke tempat lama, Insyallah. Apa yang penting pejabat ini berhampiran dengan rumah.