Saturday, December 26, 2009

Salam Maal Hijrah dan Tahun Baru


Alhamdulillah akhirnya projek kandang kambing yang di mulakan pada bulan Julai lalu dah selesai juga. Konsep kandang yang menggunakan semua barangan terpakai menyebabkan masa yang lama untuk menyempurnakan keseluruhan projek ini. Insyallah, untuk tahun depan 2010 saya akan mengumpulkan barang-barang terpakai dulu jika ingin membesarkan dan membina kandang. Inilah untungnya duduk di bandar, banyak barang mudah di perolehi yang masih boleh di gunakan dan mereka membuang begitu saja. Kandang Habibi ini boleh memuatkan lebih 40 ekor tetapi buat masa ini terdapat 12 ekor kambing termasuk dari baka kambing boer F3/F4 menghuni Kandang Habibi ini.
Pada pertengahan bulan Disember lalu saya telah di tawarkan 3 ekor lembu dengan harga yang amat rendah. Mulanya agak risau juga takut ada yang tidak betul, setelah mengenal pasti pekara sebenar maka saya membeli lembu tersebut. Seminggu kemudian lembu yang saya beli telah melahirkan seekor anak betina. Buat masa ini lembu-lembu ini saya gunakan untuk membersihakan kawasan projek syawal (tanaman bunga kantan dan pisang Abu) yang sudah menjadi semak samun. Lembu ini di tempatkan di bawah kandang Habibi kerana ada 2 petak/ruang yang belum ada kambing pada bahagian atasnya.