Wednesday, August 29, 2007

Balik Kampung

Minggu ini saya bercadang hendak balik ke kampong.Saya merancang balik pada hari Jumaat (cuti umum tu)pagi, kalau boleh sepagi-paginya.Malas saya bersesak-sesak kalau balik lambat nanti biarlah saya pulang waktu orang tengah sedap tidur.Lagipun sempatlah saya melawat kebun yang dah tiga bulan tak jenguk jika sampai awal.Kesianlah pula sebab hasilnya selalu saya pulun tapi lama tak datang jenguk.Masa dulu sebelum ia mengeluarkan hasil saya kerap balik dan kadang2 saya tidur kat pondok sebab jarak kebun ke rumah orang tua saya lebih kurang 27 km.Banyak yang saya laburkan semasa memulakan projek ini, dari mula membeli kebun hinggalah ia mengeluarkan hasil, semuanya wang gaji dan elaun kerja luar di tempat kerja sekarang ni.Berkat sungguh rezeki tempat kerja ini,kalau MD tahu tentu ia merasa bangga juga.



Inilah gambar yang di ambil dari atas.Kebun saya tak kelihatan semasa tahun 2005 dari satelite,setelah menjadi member google dan saya meminta agar diplotkan kawasan saya,maka pada tahun 2006 barulah kawasan ini nampak.Tapi data yang kelihatan tidak tepat kerana tanaman kelapa sawit dan pondok sepatutnya ada.Jika di lihat data ini di ambil pada 2003.




Kedua, seperti yang saya janjikan pada orang tua,saya akan membawa 3 atau 4 tandan pisang tanduk yg saya tanam kat tanah rezab ini.Ikutkan hati saya nak bawa lebih sebab pisang tanduk yang sedang berbuah melebihi 30 tandan.Tapi di sebabkan faktor muatan kenderaan itu saja yang boleh saya isi.Bangga juga saya boleh mengekspot pisang dari bandar ke kampong bahkan ke Singapura (nak hadiahkan ke rumah uncle Burn).

Target yang ketiga ialah memasang lampu sensor (Steinel) kat rumah abang dan kawannya. Abang sulung saya berminat sungguh dengan lampu ini hingga kawannya juga pun ingin memasang.Dulu saya ada pasang lampu kat rumah orang tua selama 2 tahun dan banyak feed back yang bagus.Saya dah pakai selama 3 tahun dan puas hati dgn kualitinya jadi tak takut nak recommend.Lepaslah duit minyak+tol balik kg kali ini tapi kena kerja sikit la...

Saturday, August 25, 2007

Kalau dah minat....

Sudah menjadi rutin setiap bulan saya pergi melawat rumah saudara berhampiran pekan R dan bermalam di sana.Kedudukan rumahnya di sebelah tepi memberi kelebihan dari segi tanah.
Keluasan tanah antara tepi rumah ke jalan raya lebih kurang 200kaki dan nampaknya sesuai untuk tanaman terutama pokok buah-buahan.2 bulan lepas saya telah mula menanam 10 pokok kelapa,6 pokok durian dan hampir 8o pokok pisang.Lihatlah hasilnya....

Pokok pisang kurang sesuai di tanam di kawasan ini kerana tanah batu merah agak keras.Sebaliknya pula pokok kelapa nampak serasi di sini.




Friday, August 24, 2007

Ribut melanda Bandaraya

Pagi tadi saya melawat kebun rezab,banyak pokok pisang yang tumbang kena ribut petang semalam.Saya dah jangka kerana semasa kat rumah semalam angin begitu kuat sekali sampai mengeluarkan bunyi pula.Pokok2 yang boleh saya selamatkan saya akan tongkatkan dgn kayu agar boleh berdiri semula kemudian kambus pada pangkalnya dan daun2nya kenalah cantas sikit supaya pokok tidak terencat atau bantut.

Pokok yang dah patah atau akarnya tercabut nampaknya kena cincang batangnya pendek2 .Dulu saya tak tahu kenapa org tua buat begitu.Sekarang saya dah tahu jawapannya,rupanya jika kita cincang btg pisang akan cepat mereput dan menyuburkan tanah.











Tuesday, August 21, 2007

Beli PC dengan duit pisang

Akhirnya dapat juga saya membeli PC (HP520)siap dengan package free unlimited data dari DIGI (hutang selama 2tahun dgn 0 interest), lebih seronok jika wang hasil tanaman dari tanah bukan hak sendiri (rezab). Saya akan gunakan jualan 1 minggu untuk membayar ansuran bulanan PC.Semalam saya dah test kat kebun nampaknya tak ada masalah,laju tu..... jika compare dgn PC office untuk update blog saya.Cuma kat Pengkalan Semangat (nama pondok ) tak ada power supply, bateri cuma dapat bertahan 3 jam aje.

Hasil Jualan Pisang


Kebiasanya saya akan menebang pokok pisang restali ini pada petang hari jumaat.Dan pada pagi sabtu saya akan menjual ke kedai.Kedai ini sentiasa menetapkan syarat-syarat yang patut di ikuti antaranya ialah:-

i.Cantik dan tidak lebam (ada kesan-kesan hitam)

ii.Mestilah siap di potong daripada tandan.

iii.Setiap potongan hendaklah mengikut standard yang telah di tetapkan.

iv.Hendaklah di masukakn kotak kertas.


Minggu ini merupakan minggu ke 25 saya telah menjual ke kedai ini.Apa yang saya lihat dalam buku catatan saya penghasilan semakin meningkat dari minggu ke minggu.

Monday, August 20, 2007

Pedasnya cili ni

100 atau lebih pokok cili padi yang di tanam telah mengeluarkan hasil,setiap minggu saya memetik dan membaja pokok cili padi ini.Memang pedas cili ini ,pernah satu hari perut saya memulas teramat sangat angkara mengunakan cili ini untuk membuat nasi goreng kampung. Dan untuk stok dan ubat sakit perut untuk minggu ini, saya dah siapkan perencahnya.

Thursday, August 16, 2007

Cendawan Busut ke ni?


Semalam saya terjumpa cendawan atas tanah.Kutip punya kutip hampir dapat 10kg.Malam tadi selepas magharib saya cuba makan setelah mendapat pengesahan dari kawan2 ianya confirm boleh di makan.Memang sedap betul cendawan ni.Terfikir dalam hati kalau dapat disemai atas tanah alangkah bagusnya.






















Monday, August 13, 2007

Pertanian itu Kesabaran


Ayah saya selalu berpesan bahawa bidang pertanian memerlukan kesabaran.Hasil yang di perolehi bukan boleh di nikmati dalam seklip mata,bahkan ia mengambil masa yang panjang malahan bertahun-tahun lamanya menunggu.Ia satu proses yang memerlukan ketekunan dan ketabahan dalam mengisi tempoh tersebut.Ramai yang telah kecundang dalam menjalani rutin sebagai petani.Mereka yang berjaya adalah mereka yang meminati dan berseronok dan menganggap setiap hari ada kelainanya.Apa yang dilakukan supaya tidak merasa lama menunggu hasil utama,penanam pokok-pokok kontan jenis segera mengeluar hasil boleh mengurangkan jemu di kebun.Contoh sebelum dapat hasil bunga kantan hasil seperti pisang dan cili boleh dulu di tuai jika ditanam di kawasan yang sama.

Thursday, August 09, 2007

Manisnya duit hasil kantan-hasil usaha sendiri




Berikut ialah fasa-fasa tanaman bunga kantan yang saya mula tanam sehinggalah keluar hasil.



Fasa pertama yang mengandungi 10 rumpun yang boleh menghasilkan maksima 60 batang seminggu.



Fasa kedua yang bakal mengeluarkan hasilnya Oct ini mengandungi 12 rumpun.




Fasa ketiga terdiri daripada 25 rumpun akan di tuai hasilnya penghujung tahun.





Fasa ke empat setahun 2 bulan akan mengeluarkan hasil,Insyallah.















Wednesday, August 08, 2007

Pembukaan fasa-fasa seterusnya



Di sebabkan masa yang suntuk sebelum musim hujan tiba,saya telah mengunakan tenaga luar untuk membantu saya membersihkan fasa 6,7,8 dan 9 serentak.Di bantu dengan 3 orang lagi kerja nampak cepat,saya cuma memberi arahan apa yang patut di buat.Kali ini kerja tidak lah penat seperti selalunya, seronoknya kalau jadi tokeh ya....Saya bercadang untuk menanam pisang apabila kerja selesai nanti.Kemudian barulah pokok bunga kantan.

Tuesday, August 07, 2007

Gambar pondok dan hiasan dalamnya

Sebahagian daripada hiasan dalaman pondok, di antara yang menghiasi ruang dalamnya ialah.

1.Tong racun 14 pemberian orang tua saya-Di tugaskan menyembur baja cair organik.

2.Ulubek-Mata cangkul dari Uzbekistan di beli semasa saya bekerja di sana-Belum di tugaskan lagi

3.Hudson-Tong penyembur dari Kanada, bertindak sebagai penyembur ubat serangga,ia di pinjamkan dari opis semasa dalam keadaan sakit.Sekarang setelah menjalani pemulihan dapat berkerja semula.

4.Asaba-Tong penyembur dari Jepun-Rakan yang banyak menolong membersihkan fasa-fasa 6,7,8,9 dan 9A.