Saturday, July 11, 2009

Perkembangan Terkini.

Monsun Barat Daya banyak mempengaruhi tanaman di kebun, rasanya sejak tiga bulan yang lepas jumlah hujan turun boleh dikira dengan jari. Kawalan rumput tidak seteruk pada awal bulan Nov-Feb jadi banyak kerja-kerja lain boleh dilakukan. Dengan jumlah kambing yang sedikit cukup 1ekar saja rumput saya tinggal, lainnya saya terpaksa racun. Kesempatan cuaca panas begini baik untuk kerja pengawalan rumpai. Kedua, kerja-kerja pembinaan kandang kambing sedang berjalan...Mungkin akan di tangguhkan dulu kerana kekurangan kayu percuma, lagipun budget pun tidak mengizinkan lagi. Matlamat asal berternak kambing ialah untuk menghasilkan emas hitam kerana terbukti berkesan. Pokok bunga kantan dan pisang yang diberi tinja kambing yang di rawat nampak lebih subur dan besar dan banyak hasilnya.




Sunday, June 07, 2009

Kayu Kempas Berusia lebih 60 tahun.

Seperti biasa cuti sekolah ramai di antara kita yang pulang ke kampong. Menjadi tanggungjawap anak berbuat baik kepada ibubapa seperti menzairahi ibubapa adalah pekara-pekara yang di tuntut dalam agama. Kali ini banyak tempat yang di lawati semasa cuti sekolah di antaranya ialah ke rumah saudara mara yang mengadakan kenduri perkhawinan.Tidak ketinggalan juga sempat melawat ke kandang sahabat di Sanglang Johor, ini kali kedua saya berjumpa En.Zul dari Dbaraqah yang tidak jemu-jemu memberi penerangan tentang dunia perkambingan. Terima kasih diucapkan dan saya kerap meninjau blog beliau di http://dbaraqah-farm.blogspot.com/

Pengalaman cuti kali ini agak unik kerana saya dedahkan mencari kayu di dalam tanah gambut. Lihat gambar-gambar di bawah( maaflah gambar kurang jelas krn di ambil dari kamera hp). Kebanyakan tanah2 kepunyaan orang tua saya yang telah tanam kelapa sawit sejak 20 tahun dulu mengandungi kayu balak yang tertanam di dalam tanah.Kayu ini masih berkeadaan baik walau telah tumbang puluhan tahun lalu. Untuk itu 2 pakar dari Sumetara di bawa khas untuk misi ini.







Apa yang saya perhatikan kayu yang di potong menjadi burti dan papan begitu lurus dan cantik seolah-olah dari kilang kayu walau hanya menggunakan chainsaw saja. Menurut pakar, mereka menghasilkan purata 1 tan sehari kayu bergergaji jika benasib baik. Tambah beliau masih banyak kayu sebesar dua pemeluk yang masih tertanam.

Thursday, May 07, 2009

Mari Hijaukan Kawasan Kita.

Cuaca di Shah Alam pada siang hari sejak kebelakangan ini terlalu panas hinggakan terasa perit. Menurut ramalan kaji cuaca keadaan ini berterusan sehingga awal Sept. Kita boleh kurangkan sedikit kepanasan untuk jangka panjang jika kita hijaukan dengan setiap orang menanam sepohon pokok disekitar tempat tinggal kita.Itu untuk mereka yang mempunyai tanahlah...Menurut sebuah hadis...
“Setiap muslim yang menanam suatu tanaman atau suatu tumbuhan, kemudian tanamannya itu dimakan oleh burung, manusia atau haiwan, maka itu akan menjadi sadaqah baginya." [Hadits ini diriwayatkan oleh Al Bukhari]

Tuesday, April 28, 2009

Kursus Penternakan Kambing - Agro Bank,Utusan,Mega,May Consult & Syamille Agro Farm & Resort

Pada 24hb April tepat jam 6 pagi dengan hati yang penuh bersemangat saya memulakan perjalanan menuju ke utara tanahair. Perjalanan yang memakan masa 2 jam itu dirasakan terlalu pantas maklumlah saya berpeluang mendapat tempat krusus dalam ilmu ternakan kambing di Kuala Kangsar. Saya rasa bertuah kerana di antara yang berjaya terpilih bersama dgn 29 rakan-rakan yang lain, dan di fahamkan ramai lagi perserta yang cuba memohon krusus tersebut. Insyallah mereka yang tidak berjaya akan di hubungi tidak lama lagi kerana pihak penganjur menyediakan banyak lagi krusus selepas ini. Walau agak sedikit sukar memasuki tempat ini dari jalan utama namun saya selamat sampai sebelum waktu yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
Saya telah mendaftarkan diri di Syamille Agro Farm & Resort,Kampung Chuar Hulu,Kati,Kuala Kangsar,Perak sebagai salah seorang peserta kursus Agro Bank,Utusan,Mega,May Consult & Syamille Agro Farm & Resort .Perjalanan kursus ini bermula pada 24 April sehingga 27 April 2009.
Aturcara program bermula dengan seasi pagi bersama dengan En.Hairuddin bekas CEO syarikat yang terkenal di Malaysia. Beliau memang hebat mengawal dan mengatur keseluruhan perjalanan krusus dari awal hingga akhir, disamping itu beliau memberitahu dan menekankan konsep ladang di sini iaitu Pengurusan Tiada Buangan. Kitaran inilah menghasilkan 5 emas :-
1.Emas Merah. 2.Emas Putih 3.Emas Hitam 4.Emas Biru 5.Emas Kuning.


Jadual pagi ialah program suai kenal antara peserta dan di situlah saya mengenali rakan-rakan dari seluruh negara.Kursus pada sebelah petang sehingga malam dengan pelbagai info dan ilmu yang berguna untuk industri penternakan seperti Asas Pengurusan Ternakan Kambing,Pengenalan Baka-baka dan Pengurusan Pembiakan dan Pengurusan Makanan yang di sampaikan oleh orang kuat MARDI iaitu Dr. Mohamad Mustapa.Pada pada pagi hari kedua kursus saya bersuai kenal dengan para peserta lain.Ketika bersuai kenal saya mendapati ada peserta yang datang dari Perlis,Kelantan,Selangor, Johor,Melaka dan Pahang.Walaupun kesemua peserta dikehendaki tinggal di resort yang disediakan, tetapi ada juga peserta yang tidak bermalam di resort atas beberapa sebab tersendiri.Pada pagi hari kedua juga,para peserta telah diberi taklimat secara teori mengenai Cara-cara Pemprosesan Makanan dan Sisa Buangan Ternakan oleh En. Aris yang berasal dari Solo,Indonesia merangkap sebagai Pengurus Ternakan di Ladang Syamille serta taklimat dari En. Abd Shukor dari Agro Bank berkaitan Produk-produk dan pinjaman Perniagaan Agro Bank.Di sebelah petangnya pula kami di beri pendedahan secara praktikal cara-cara pemprosesan makanan ternakan seperti silaj,pallet dan jerami.Pada sebelah malamnya pula,para peserta hanya berdiskusi bersama En. Hiruddin iaitu Ketua Pegawai Operasi Syamille Agro Farm mengenai "Penternakan Satu Perniagaan".Pada pagi hari ketiga pula penerangan tentang kesihatan dan penyakit-penyakit kambing oleh Dr Azam dan Dr Zul dari Glovet Sdn. Bhd. Disamping itu juga latihan praktikal di kandang juga dilakukan selepas minum pagi.Kemudian peserta diajar cara-cara mengubati penyakit kambing termasuk memberi suntikan, memotong ekor biri-biri dan sebagainya.Pelbagai ragam peserta kursus yang dapat saya lihat ketika membuat latihan amali tersebut.Tetapi kepada saya yang belum pernah melihat atau mengetahui cara penjagaan kesihatan ternakan dilakukan,inilah pengalaman paling berharga buat saya. Pada sebelah petangnya pula,sekali lagi En. Aris pemberi penerangan kepada para peserta mengenai Cara-cara pembuatan Baja Kompos secara paktikal.Ini membolehkan para peserta mengetahui secara lebih mendalam mengenai cara pembuatan baja kompos dimana keseluruhan peserta beranggapan amat mudah proses yang dilakukan.Di sebelah malam pula, kesemua peserta disajikan dengan barbecue daging kambing dan turut disertai oleh pemilik Syamille Agro Farm iaitu Tn. Haji Zainuri Mohd. Idrus serta En Abd Hamid iaitu Ketua Operasi Agro Bank Development Institute (ABADI) yang turut memberi sesi motivasi kepada para peserta kursus selepas tamat program babecue.Dengan kata-kata perangsang oleh En. Abd Hamid kepada para peserta,membuatkan para peserta lebih yakin dengan projek yang diimpikan selepas tamat kursus.Pada pagi hari terakhir pula En. Zainal iaitu beliau adalah wakil dari May Counsult telah memberi sedikit tunjuk ajar kepada para peserta mengenai Rancangan Perniagaan dan Aliran Tunai Kewangan.Pada sebelah petangnya pula,wakil dari FAMA iaitu En. Mohari Moharal membincangkan topik Pemasaran. Selepas itu,sessi tamat kursus diakhiri dengan penyampaian sijil kursus kepada peserta-peserta oleh En Abd Hamid iaitu Ketua Operasi Agro Bank Development Institute (ABADI). Secara keseluruhannya, saya amat berpuashati dengan segala ilmu yang di perolehi di Syamille Agro Farm yang mana pembelajaran kelas dan amali adalah seimbang. Cuma sessi untuk melihat gigi kambing dan cara melihat skor untuk kambing secara praktikal tidak dapat disaksikan kerana pada kali ini.Walaubagaimanapun saya amat berterima kasih kepada pihak Syamille Agro Farm & Resort, En Hiruddin yang bersedia pada bila-bila masa memberikan tunjuk ajar yang amat baik. Tentang bab makan, ada peserta yang beri markah 11/10 kerana memang sedap pun masakan yang disediakan.Sepanjang menghadiri kursus ini, ramai kenalan yang saya dapat juga berkongsi ilmu dengan mereka. Memang...pada hari pertama agak segan-segan, tetapi bila masuk hari kedua, suasana bertukar menjadi lebih ceria bila mana semua peserta mula mengenali antara satu sama lain.Saya harap sepanjang perkenalan di Syamille Agro Farm & Resort, akan tersemat satu ikatan networking sesama peserta untuk melebarkan lagi sempadan yang sedia ada.


Kepada rakan-rakan yang sama-sama mengikuti kursus ini, saya ucapkan semoga penjalanan untuk menjadi seorang penternak dan usahawan yang berjaya akan tercapai. Walaupun agak perit untuk menerima hakikat yang dimaksudkan oleh En Mohari Moharal di akhir sessi, saya bertekad untuk menyahut cabarannya itu dan merealsasikan ternakan di bandar sebagaimana saya lafazkan masa sessi perkenalan diri tempoh hari. Saya akan jadikan harga kambing murah sebagaimana tambang murah AirAsia. Seterusnya dapatlah membantu kawan2 membuat amal ibadah aqiqah dan korban dengan lebih mudah.

(catatan: Sebahagian kandungan di ambil dari blog saypool agro, harap maaf dan halalkan)

Thursday, April 09, 2009

Bila Tanah Rezab Jadi Rebutan

Baru-baru ini saya ada mengusahakan tanah yang telah lama di tinggalkan oleh tuannya seingat saya lebih dari dua tahun. Kawasan ini terletak di sebelah utara sempadan tanah yang saya usahakan, ianya memang semak dan terdapat banyak pokok-pokok besar seperti petai belalang. Pernah saya sarankan pada kawan saya (En. Abd Ghani) untuk mengusahakan kerana kawannya berminat untuk bercucuk tanam. Tapi saya khuatir kerana saya belum menemui tuan asal tanah ini walaupun banyak kali saya berusaha mencarinya di sekitar taman tempat tinggalnya. Kali terakhir saya terserempak pada akhir 2006.

Hinggalah pada minggu lepas saya terima surat yang di gantung pada pokok pisang dan pada masa sama beliau telah mencabut dan memusnahkan sebahagian anak2 pisang yang baru 2 minggu di tanam. Apa yang menghirankan semasa saya membersihkan belukar dan menebang pokok2 sebesar pemeluk selama dua minggu saya tidak pernah melihat kehadirannya. Setelah kebun itu menjadi cantik dan teratur baru cerita ini timbul.Pada hari minggu lepas saya menghubungi beliau (pihak ketiga)untuk berjumpa di kebun melalui nombor tel yang di tulis dalam surat yang di tinggalkan. Dengan harapan agar dapat meleraikan kekusutan dan mencari jalan penyelesainya.Kami berjanji akan bertemu, lamalah juga saya menunggu di kebun, hampir 1 jam barulah beliau(bangsa india) muncul dengan geng dengan membawa parang. Saya tidak langsung merasa takut walaupun mereka datang dengan muka bengis dan berparang. Bagi saya hanya Allahlah pelindung. Tuan tanah terjerit-jerit dari jauh bercakap yang sukar saya fahami. Saya angkat tangan dan bersalam, saya katakan kalau kita marah-marah semua takkan selesai. Saya terangkan satu persatu termasuklah surat dari Pejabat tanah. Saya meletakkan 1 syarat daripada 3 yang di tetapakan, sekiranya setuju :-
1. Saya akan memulangkan tanah sekiranya dia boleh membayar upah saya membersihkan tanah dan anak pisang yang di tanam.Walaupun beliau gagal menunjukkan permohon tanah yang di anggap miliknya.
2. Saya akan membayar gantirugi yang berpatutan tanah yang di tuntut dan menyerahkan tanah itu kepada saya.
3. Jika tidak bersetuju pekara di atas,izinkan saya mengusahakan selama setahun sebelum di serahkan kembali.


Inilah kawasan sempadan yang telah saya usahakan, taklah besar mana, hanya dapat menempatkan 250 pokok anak pisang. Sehingga kini saya menunggu syarat, katanya dia nak check kat pejabat tanah. Kalau saya gagal, Insyallah ada hikmah terlindung yang Allah berikan, semangat untuk terus berusaha.Amin.

Tuesday, March 24, 2009

Projek 170- Sesudah 7 bulan

Projek 170 sudah masuk 8 bulan ianya bermula pada bulan Julai 2008 dan masih belum menunjukkan hasil yang memberasangkan. Di lihat dari rupa paras pokok pisang, tanah di bahagian ini tidak berapa subur, ini kerana tanah agak becak dan berair. Tanah di sini perlu sistem pengaliran untuk memudahkan air keluar dari bertakung. Sebenarnya semasa proses meratakan tanah dulu sepatutnya aras yang rendah berhampiran longkang besar dan tinggi di sebelah dalam. Ini terbalik pulak, projek ini JPS yang buat dulu. Tidak kira apa kerja pun jika tidak di pantau kontraktor/pekerja buat sambil lewa kecuali mereka yang boleh memahami pengertiaan kerja halal itu ibadah. Apa yang saya perhatikan jika hujan lebat selama 2 hingga 3 jam tanah ini akan bertakung selama 2atau 3 hari. Ada pokok yang subur jika terletak di permukaan yang tidak di genangi air. Walaubagaimanapun terdapat 3 pokok yang sudah berbuah.




Tuesday, February 24, 2009

Kambing Masuk Kandang

Pada tanggal 22/2/2009 pagi, kandang untuk projek PKKK telah siap sepenuhnya. Jadi saya pun menghubungi berapa rakan dan kenalan yang bercadang untuk menjual kambing. Salah seorang sahabat saya En. Malik telah memberikan nombor kenalannya di Bukit Lancong. Tanpa membuang masa saya dan keluarga ke tempat yang di maksudkan dan menemui tuan empunya kambing yang mempunyai 300 ekor kambing. Siapa lagi kalau tidak Pakcik Abd Ghani atau di kenali sebagai Pak Teh. Pada asalnya saya cuma ingin melawat semata tapi entah macam dengan sikap ramah dan ingin menolong saya terus membeli kambingnya. Lebih kurang 1 jam kemudian kambing itu sudah pun sampai ke kebun. Rupanya tempat Pak Teh cuma 15 minit dari kebun saya. Saya menggunakan sistem pawah dengan rakan kongsi; saya keluar modal untuk kambing manakala beliau keluar modal/buat kandang. Tugas menjaga dan merawat ialah tugas rakan kongsi saya. Bila induk beranak jumlah akan di bahagi dua. Buat masa ini saya cuma membeli 4 ekor betina dan seekor jantan. Insyallah jika ada keupayaan nanti saya akan menambah bilangannya. Seperti mana yang di nyatakan sebelum ini, tujuan projek ini untuk menghapuskan penggunaan racun dalam mengawal semak dan rumpai. Projek PKKK ini bukan bertujuan menternak secara serius kerana ianya tidak sesuai di lakukan di kawasan bandaraya ini. Tengah hari tadi saya ke Sek 15 Shah Alam untuk mendaftarkan diri sebagai penternak baru, jadi pihak pejabat haiwan bolehlah memantau jika ada kes-kes tertentu.