Thursday, April 26, 2012

Sungai Klang Bertambah Cetek

Salam semua,

Bulan lepas saya dapat melihat bagaimana Sungai Klang sudah tidak dapat menampung jumlah air yang banyak. Jika berlaku banjir di Kuala Lumpur dan pada masa yang sama air laut pasang maka terjadilah air sungai melimpah hingga sampai ke paras dada jika kita berdiri berhampiran tebing sungai.

 Lihat keadaan normal tempat istirehat saya di bawah pohon kelapa sawit yang berkedudukan hampir dengan tebing sungai. Sebenarnya  tempat rehat ini saya dirikan sempena projek tanaman keladi  di sepanjang sungai ini.
Dan inilah yang berlaku bila fenomena air pasang dan banjir di KL datang serentak semua kayu-kayu palet utk tempat duduk, bakul,baldi dan barangan lain habis di hanyutkan air sungai. Hinggakan untuk mengambil gambar saya takut hanyut  dek kerana air yang deras.
Alhamdulillah, selepas dua hari berendam , air mulai surut. Pokok kantan tiada masalah dgn air, begitu juga pokok keladi. Masalahnya, banyak ikan yang terdampar yang perlu di buang semula ke sungai  jika tidak nanti kawasan ini menjadi busuk. Saya pernah bertanya kepada  orang indon yang biasa memacing di sungai ini bagi petua hilangkan bau hamis yg teramat sebelum ikan dimasak. Mereka akan biarkan ikan hidup dengan membela dulu 2-3 hari dalam bekas  dan air selalu di ganti kemudian barulah dimasak.

5 comments:

Anonymous said...

uncle masih aktif bertani lagi ya? :) dah lama saya tak update blog...lembu uncle ada lagi ke?hehe...

Orang Padi said...

Salam, dah 4 bulan tak cite kat blog, apa halnya? ada projek baik ke?lembu ada lagi bertani semakin aktif tp tak akif dlm blog....biasa lee...

Anonymous said...

lama sudah saya tak update blog... projek tanaman saya agak aktif sebelum nie...cuma baru2 nie ada tergendala sikit kerana masalah kewangan dan harga sayuran yang tak menentu...sekarang dalam proses mencuba teknologi fertigasi tapi secara kecil2 dulu...masih menggali ilmu dan skill...sambil2 mencari semangat dan nasihat dari orang2 'lama' macam uncle :) hehehe... lagi pula, ramai blogger tani yang semakin menyepi kebelakangan ini... mungkin mereka juga sedang mengalami masalah yang sama dengan saya :)... cuma uncle jer yang maintain sampai sekarang :D hehe...

MalarSegar said...

salam. saya ada tanam pokok bunga kantan dalm 20 rumpun. da setahun da. pukuk pun da besar. tanah plak saya tanam kat tanah gambut. masalahnya sekarang adalah tanaman saya langsung tidak berbunga. so sy brharap sangan tuan boleh bantu dari segi pengetahuan mengenai pembajaan, penjagaan. skian tq

Orang Padi said...

Terima kasih tuan, biasanya org tua di kg guna baja npk 16:16:16 (cap Yara)untuk galakan bunga.Tapi kat kebun skg sy tak letak baja tu yg lambat bunga, masuk 2 tahun baru hendak berbunga.