Pengalaman cuti kali ini agak unik kerana saya dedahkan mencari kayu di dalam tanah gambut. Lihat gambar-gambar di bawah( maaflah gambar kurang jelas krn di ambil dari kamera hp).
Kebanyakan tanah2 kepunyaan orang tua saya yang telah tanam kelapa sawit sejak 20 tahun dulu mengandungi kayu balak yang tertanam di dalam tanah.Kayu ini masih berkeadaan baik walau telah tumbang puluhan tahun lalu. Untuk itu 2 pakar dari Sumetara di bawa khas untuk misi ini.Apa yang saya perhatikan kayu yang di potong menjadi burti dan papan begitu lurus dan cantik seolah-olah dari kilang kayu walau hanya menggunakan chainsaw saja. Menurut pakar, mereka menghasilkan purata 1 tan sehari kayu bergergaji jika benasib baik. Tambah beliau masih banyak kayu sebesar dua pemeluk yang masih tertanam.


