Tuesday, February 23, 2010

Rezeki Datang Lagi

Semalam dapat panggilan kambing melahirkan kembar 3 anak jantan.
Ini nerupakan kali pertama Kandang Habibi menerima kehadiran kembar 3. Dalam tempoh seminggu ini Kandang Habibi sudah mempunyai tambahan 5 ekor lagi. Pagi tadi saya mengambil gambar kambing yang melahirkan kembar 3 itu dan nampaknya semua sihat-sihat belaka, cuma puting susu ibu kambing agak bengkak. Biasanya kena urut supaya susu dapat keluar dengan mudah dan anak2 kambing dapat menyusu. Penting bagi anak-anak kambing mendapat susu awal ibunya kerana banyak mengandungi banyak khasiat bagi tumbesaran.

Projek tanaman anak pisang tanduk yang di beli dari Ijal (Ayam Pulau) telah selesai, di sini saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau kerana dapat menyediakan pesanan bahkan memberi lagi tambahan percuma.Semoga beliau dapat mudah rezeki nanti, Amin.
Projek tanaman pokok rumput Napier India yang di beli dari Hee (ternakboer.blogspot.com)
pun sudah selesai. Musim panas ini banyak rumput memerlukan lebih tumpuan dari segi siraman air.



Sunday, February 21, 2010

Kehidupan seperti biasa...

Banyak aktiviti-aktiviti berlaku dalam bulan Febuari ini bukan sahaja di kebun tetapi sibuk mengurusan tentang kehidupan. Alhamdulillah tercapai juga hajat anak sulung kami mengerjakan umrah berkat dari simpanan menjual hasil sayuran dari usaha selama ini. Walaupun hasilnya tidaklah sebanyak mana tetapi atas semangatnya mengumpul selama 3 tahun Allah merelasasikan cita-citanya. Permohonan ke sekolah asrama penuh Sains Seremban (SASER) juga di terima masuk pada 2/2/2010 sehari selepas permergian umrah. Nampaknya mulai bulan ini kerja-kerja kebun terpaksa di lakukan bersendirian. Awalnya agak sukar sebab beliau banyak membantu mengambil sayur-sayuran terutama bunga kantan. Semalam saya ada membuat kunjungan ke asrama, katanya jika masa boleh di undurkan kembali dia tidak mahu mengisi borang kemasukan SBP. Biasalah selama ini duduk dengan keluarga semua beres...baru tahu langit tinggi rendah.



Akhirnya Kandang Habibi telah selamat di rasmikan semalam selepas menunggu 4 bulan. Isunya tuan punya kandang tidak ada masa kerana asyik menangis siang malam, macam Ahmad Albab dalam cerita P. Ramlee.
Syukur selepas neneknya balik dari umrah semua nampak ok...Kebetulan kambing baru melahirkan kambing kembar dua. Rezeki.