Update ttg kebun, alhamdulillah bulan Ramadan untuk tahun ini pasaran bunga kantan tiada masalah. Permintaan dari kawan sebagai peniaga untuk pasaran sekitar Shah Alam,Subang dan Damansara sentiasa konsisten.
Insyallah tahun depan kami sekeluarga akan berpindah ke rumah baru. Jarak rumah baru kami tidak sampai 3 meter dari kebun. Persiapan telah di buat sedikit demi sedikit. Ini termasukan pemasangan pagar yang memisah kandang kambing dengan kawasan tanaman sayuran untuk sara diri. Tiada modal diperlukan untuk membina pagar kerana kayu pagar di perolehi dari palet2 batu-bata dari projek perumahan yg kami bakal duduki nanti.
Kami bersyukur kerana ternakan kambing sudah memasuki tahun ke 4 dan terus bertahan. Plan utama kami adalah emas hitam dari hasil ternakan sebagai keuntungan. Hasil tanaman kami telah bertambah menggunakan baja ini. Begitu juga lembu, walaupun hanya 3 ekor pada Dis 2009 ia bertambah menjadi 5 ekor. Insyallah tidak lama lagi sekor ibu muda akan melahirkan anak.
Ramai di antara kawan-kawan bertanya kenapa membeli rumah di tepi Sungai Klang, tambah mereka lagi dengan harga ini boleh memiliki rumah dan persekitaran yang lebih menarik. Saya jelaskan kepada mereka bahawa setiap orang berbeza akal tetapi tujuan satu iaitu mencari kepuasan hidup. Mungkin 20 tahun lagi bila saya tidak berkerja tetap seperti sekarang mungkin masa saya banyak di kebun, sebab saya minat.
Saya percaya rakyat Malaysia akan lebih prihatin di masa medatang tentang semula jadi seperti penjagaan serta kebersihan sungai dan sumber makanan dsb. Masyarakat bandar akan cuba mencari alternatif macam rancangan tv di UK 'River Cottage', di mana mereka sebagai satu komuniti yg mengusahakan tanah terbiar. Rasanya dulu kita ada program seperti ini di kawasan Putrajaya.
Saya ada beratus gambar yg saya ambil mulai tahun 2004 semasa saya mula 'menceroboh' kebun ini. Begitu juga gambar rumah yg bakal saya duduki dari awal pembinaan dan Insyallah sampai siap. Saya mengambil bila ada perubahan besar, yang terkini ialah pemasangan bumbung.