Tuesday, November 14, 2017



Kebun Bandar


projek tanaman pisang 3 ekar.




Thursday, August 20, 2015

Janji

Janji

Dipanjangkan pesanan dari nota UMKI

Segala puji hanyalah milik Allah Swt.  Tidak ada yang patut disembah selain Allah.  Tidak ada yang boleh kita minta petunjuk dan pertolongan selain Allah.  Dan, tidak ada yang berkuasa menghidupkan dan mematikan, kecuali Allah. Di tangan-Nya lah segala yang nampak dan segala yang ghaib. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan ahli keluarga Baginda. 
Alhamdulilah, dewan kuliah ini terus meluncur membawa tazkirah dan muhasabah, agar diri pensyarah khususnya dan semua siswa/i amnya memperoleh sedikit bekalan kehidupan bersandarkan pengalaman.
Pengalaman tidak akan menipu … ia menjanjikan kupasan kehidupan lebih bermakna. Misalnya, dalam hidup kita banyak berjanji. Kita berjanji dengan mak dan ayah, suami(isteri), anak-anak, bos, rakan pejabat mahupun musuh politik. Bagi orang-orang beriman, ALLAH mengingatkan:
“Wahai orang-orang beriman, penuhilah setiap janji dalam aqad-aqad itu…” (Terjemahan surah al-Maidah:1)
Kita banyak menabur janji. Namun politikus di Tanah Air kelihatan lebih teruk … berjanji dan kemudian menipu. Seolah-olah ia tidak dapat dipisahkan. Janji menuntut akauntabiliti. Jika berjanji hendak bayar hutang, maka wujud tanggungjawab untuk membayar hutang. Besar atau kecil janji, nilainya tetap sama iaitu dipertangungjawabkan di depan ALLAH.
Rasululah s.a.w terkenal dengan sifat al-amin. Bila Rasululah s.a.w berjanji, maka segera dikotakan, tiada istilah tunggu esok, atau bila senang.
Ini kisah menarik. Baru-baru ini saya melatih anak berusia lapan tahun bermain monopoli. Ianya satu proses latihan dan pembinaan perniagaan melalui strategi perniagaan.
Saya berjanji kepada diri sendiri untuk terus menjadi mentor kepada kejayaan anak sendiri. Bila saya berjanji, ia membawa kepada akauntabiliti. Ada kesungguhan di sini. Bila kita tidak letakkan janji, maka ianya tinggal tanggungjawab tanpa diikuti dengan kesungguhan.  
Menyingkap sejarah hidup, arwah abah tidak pernah berjanji apa-apa kepada saya. Arwah abah tahu dia tidak berkemampuan untuk memberi kekayaan kepada anak-anaknya.
Masa saya kecil dahulu, saya selalu bertandang rumah kawan untuk main monopoli (mainan orang kaya masa itu). Saya minta arwah abah belikan monopoli, tetapi arwah abah cuma membisu. Dengan pendapatan bulanan RM385 ketika itu, saya tahu arwah abah tidak mampu memenuhi keinginan tersebut.
Saya tidak berputus asa. Saya berjanji kepada diri sendiri untuk ‘design’ monopoli hasil buatan sendiri dengan nama Monopoli RB. Dengan kreativiti kecil yang ada, saya buat sendiri papan dan not wang monopoli dengan kertas A4 yang ada ketika itu. Setiap not wang saya gunakan pensil warna untuk mewarnakan mengikut nilai RM yang ada pada ketika itu.
Ya Monopoli RB terhasil. Janji diikuti dengan akauntabiliti dan kesungguhan…
Walaupun hasil kerja saya diketawakan oleh rakan-rakan serba kaya, tetapi arwah abah memuji saya. Walaupun kualiti Monopoli RB tidaklah baik, tetapi saya gembira dengan produk RB saya. Self esteem saya meningkat dengan pujian arwah abah, dan ketawa rakan-rakan tidak menjanjikan apa-apa.
Pagi tadi tiba-tiba hati saya syahdu mengenangkan arwah abah. Pengorbanan arwah abah dan mak tidak mampu untuk saya balas. Lebih-lebih lagi sumbangan besar abah dalam Tarbiah Haji & Motivasi Umrah, wawasan hidup, disiplin diri dan kewangan untuk anak-anaknya. Arwah abah banyak berpesan tetapi kurang berjanji. Hidupnya lapang dan tenang biarpun berpendapatan kecil.
Kita pula …
banyak berjanji tetapi kurang berpesan …. (Rujuk Surah Al_Asr). Hidup berhutang biarpun berpendapatan besar.
Airmata saya berlinang ketika mengetuk keyboard PC ini. Berlinang kerana arwah abah sumber self esteem diri sudah tiada di sisi. Mak pula semakin uzur usia dipertengahan 80 tahun.
Terlalu banyak kita berjanji,
Kita janji dengan ALLAH tetapi kita tidak menghadirkan hati ketika mengadapnya, Sekurang-kurangnya 17 kali sehari kita berjanji bahawa Hanya kepadaMU kami menyembah dan meminta pertolongan,
 Tetapi akauntabiliti dan kesungguhan tidak menemani kita diluar solat.
Kita masih mengagungkan makhluq dan meminta pertolongan dari makhluq.
Dunia masih kuat dalam diri kita rupanya….
Kita berjanji hendak pergi masjid, tetapi kita tetap melayan TV.
Kita janji hendak bertahajud, tetapi tidur menjadi keutamaan 
Benar, banyak janji kita dengan ALLAH tetapi tidak diikuti dengan akauntbiliti dan kesungguhan.
Sang suami berjanji macam-macam kepada isteri, tetapi janji hanya tinggal janji. Ramai dikalangan masyarakat kita yang tidak melayan isteri dengan baik hatta sanggup memukul isteri dan anak-anak. Ada juga yang mengabaikan nafkah isteri dan anak-anak. Masa aqad nikah, sang suami berjanji dengan melaksanakan amanah. Tetapi tidak semua mampu memikul janji dan amanah. Kita juga turut berjanji dengan anak-anak, tetapi janji akan berakhir dengan mainan kata-kata.
Jadilah Hamba ALLAH yang memegang teguh dengan melaksanakan janji
Jadilah suami/isteri yang sama-sama mengambil akauntabiliti
Jadilah ayah/ibu yang kurang berjanji, tetapi banyak berpesan dan meneliti…
Usahlah jadi ahli politik yang janjinya akan dihisab di Akhirat. Usahlah membiarkan diri untuk dipanggang di neraka ALLAH akibat menipu atas setiap janji.
Janji lebih bererti jika dihadirkan bersama dengan akauntabiliti dan kesungguhan.
 Wallah’alam.

Wednesday, August 20, 2014

Salam Kembali

Assalamualaikum wbt.Dikesempatan syawal ni, saya memohon ampun dan maaf pada pembaca atas kesalahan dan kelemahan. Terlalu lama tidak memberitahu keadaan semasa di kebun. Alhamdulillah....masih lagi di beri daya untuk terus berkebun walau dilakukan pada hujung minggu.
Bulan Febuari lalu siap membersihkan kawasan baru bersebelah tapak sedia ada. Saya telah siap menanam pisang dan pokok bunga kantan.




Buat masa ini masih tidak dapat memasukan gambar-gambar terkini di kebun pada blog ini. Insyallah jika diizin nanti saya akan masukkan.













Tuesday, January 07, 2014

Kunci Dan Kontraktor

Assalamualaikum wbt,

Dengan rezeki, rahmat dan kekuasaanNya kami berpindah ke rumah baru pada 28hb Sept 2013 yang lalu. Saya bersama isteri di temani anak bongsu dan sulung cuma membawa barang perlu untuk bermalam di rumah buat kali pertama. Mengikut rancangan asal kami sepatutnya berpindah minggu depan tapi kerana  ada faktor lain kami  terpaksa percepatkan. Pihak kontraktor  telah menyiapkan kerja selama pengubahan suaian selama 6 bulan seperti yang di janjikan.Ia bermula pada 18 Mac 2013.

Pihak kontraktor telah menyempurnakan pada 7/10/2013 dimana terlambat hampir 2 minggu dari plan asal yang di janjikan.Kami bersyukur kerana semua kerja di permudahkanNya dan  berpuas hati atas kualiti kerja yang telah dibuat oleh kontraktor yang kami kenali selama hampir 15 tahun.Belaiu merupakan jiran sebelah rumah lama.
 
Sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih pada kontraktor, En Sapawi dan rakan-rakan yang menganggap juga kami sebagai daripada keluarga beliau sendiri.

Harapan kami semoga rumah 'semantara' ini sebagai jalan menuju ke berkatan dan keredaan Allah swt.amin...

Wednesday, January 30, 2013

Kunci dan Syabas

Alhamdulillah, akhirnya sebuah penantian telah  tiba minggu lepas pada tarikh 21Jan13 kami telah menerima kunci rumah baru. Selesai saja penyerahan kunci rumah, saya bergegas pulang ke rumah lama untuk mengambil ibu kemudian ke rumah baru kami.Saya berniat supaya ibu merupakan orang pertama memasuki rumah tersebut.Syukur hajat tercapai.

Kami memeriksa keadaan rumah dan perlu mengisi borang yang di beri tentang kualiti rumah.Walau borang F sudah di terima tetapi tiada sambungan meter air.Ini menyukarkan kami mengetahui masalah seperti air bocor, tersumbat dan sebagainya.

Sehingga kini meter air yang di bekalkan oleh pihak Syabas masih belum dipasang. Ini amat menyulitkan bagi sesiapa yang ingin membasuh atau membuat kerja-kerja ubahsuai rumah.

Dalam banyak gambar yang telah saya ambil untuk rumah ini ada satu gambar yang saya suka semasa pembinaan rumah baru saya ini.



Monday, July 16, 2012

Surau Al Husna Sek 20 Shah Alam

Masya-Allah malam tadi saya belajar sesunggunya pemberian kesenangan dan kesukaran milik mutlak Allah swt.
Mulanya saya berasa yakin suaru ini mudah di cari, jadi tidak perlulah mengambil alamat lengkap.  Puas saya memberhentikan kenderaan dan bertanya jemaah di surau Al Nur Sek 20 tapi mereka juga tidak tahu.  di mana surau ini, azan sudah kedengaran tapi saya masih tercari-cari.Akhirnya waktu maghrib saya solat di masjid Ubaidiah Sek 19, usai solat saya bertanya jemaah. Jalan yg di tunjukkan seolah menuju Surau Al Nur juga. Saya masih ingin mencuba hampir 40 minit akhirnya saya solat Isyak di tmn sendiri. Tanpa mendengar tazkirah dari Prof Dr Muhd Kamil saya berfikir.....Ya Allah  ampuni daku  di atas kesalahanku .
Bila sy balik rumah terus perhati pada map pada pc....kat sini rupanya, Masya-Allah.

Kisah pelancaran buku di Intekma pada 14/7,semasa berbaris bertujuan mendapatkan  tanda tangan prof, teringin untuk bergambar dgn beliau. Saya pendamkan dan pujuk hati kerana sy tidak membawa kamera,  tak apalah kalau rezeki Allah swt bagi nanti.... Bila sy belek-belek gambar-gambar dlm blog KRTS malam tadi ...Allah ...Allah mmg Dia Maha Mendengar. Terima kasih pada blog http://mariafirdaus.blogspot.com  yg membimbing ke jalan yg lurus. Semoga Allah memberkati usaha-usaha beliau.

Thursday, April 26, 2012

Sungai Klang Bertambah Cetek

Salam semua,

Bulan lepas saya dapat melihat bagaimana Sungai Klang sudah tidak dapat menampung jumlah air yang banyak. Jika berlaku banjir di Kuala Lumpur dan pada masa yang sama air laut pasang maka terjadilah air sungai melimpah hingga sampai ke paras dada jika kita berdiri berhampiran tebing sungai.

 Lihat keadaan normal tempat istirehat saya di bawah pohon kelapa sawit yang berkedudukan hampir dengan tebing sungai. Sebenarnya  tempat rehat ini saya dirikan sempena projek tanaman keladi  di sepanjang sungai ini.
Dan inilah yang berlaku bila fenomena air pasang dan banjir di KL datang serentak semua kayu-kayu palet utk tempat duduk, bakul,baldi dan barangan lain habis di hanyutkan air sungai. Hinggakan untuk mengambil gambar saya takut hanyut  dek kerana air yang deras.
Alhamdulillah, selepas dua hari berendam , air mulai surut. Pokok kantan tiada masalah dgn air, begitu juga pokok keladi. Masalahnya, banyak ikan yang terdampar yang perlu di buang semula ke sungai  jika tidak nanti kawasan ini menjadi busuk. Saya pernah bertanya kepada  orang indon yang biasa memacing di sungai ini bagi petua hilangkan bau hamis yg teramat sebelum ikan dimasak. Mereka akan biarkan ikan hidup dengan membela dulu 2-3 hari dalam bekas  dan air selalu di ganti kemudian barulah dimasak.