Tuesday, January 07, 2014

Kunci Dan Kontraktor

Assalamualaikum wbt,

Dengan rezeki, rahmat dan kekuasaanNya kami berpindah ke rumah baru pada 28hb Sept 2013 yang lalu. Saya bersama isteri di temani anak bongsu dan sulung cuma membawa barang perlu untuk bermalam di rumah buat kali pertama. Mengikut rancangan asal kami sepatutnya berpindah minggu depan tapi kerana  ada faktor lain kami  terpaksa percepatkan. Pihak kontraktor  telah menyiapkan kerja selama pengubahan suaian selama 6 bulan seperti yang di janjikan.Ia bermula pada 18 Mac 2013.

Pihak kontraktor telah menyempurnakan pada 7/10/2013 dimana terlambat hampir 2 minggu dari plan asal yang di janjikan.Kami bersyukur kerana semua kerja di permudahkanNya dan  berpuas hati atas kualiti kerja yang telah dibuat oleh kontraktor yang kami kenali selama hampir 15 tahun.Belaiu merupakan jiran sebelah rumah lama.
 
Sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih pada kontraktor, En Sapawi dan rakan-rakan yang menganggap juga kami sebagai daripada keluarga beliau sendiri.

Harapan kami semoga rumah 'semantara' ini sebagai jalan menuju ke berkatan dan keredaan Allah swt.amin...

3 comments:

Fiza Rahman said...

Tahniah. Cantiknya rumah.

alyani said...

tahniah man & Cik Liya..
Insya Allah kami akan sampai jugak ke sana satu hari nanti.

Orang Padi said...

Terima kasih semua.Datanglah melawat ke kebun sekali....tengah bersihkan kawasan baru utk projek kantan merah.