Salam,tak tahulah kenapa bila dengar senikata lagu dari Allahyarham Ustaz Asri dari kumpulan nasyid Rabbani hati jadi sayu. Mungkin sudah sebati pada satu ketika dulu sewaktu selepas solat subuh saya kerap mendengar di radio IKIM akan mainkan lagu ini semasa memandu ke tempat kerja, dari Shah Alam ke Keramat. Terima kasih kepada kumpulan Rabbani yang mengingatkan saya pada ibubapa dan keluarga walau di bumi mana saya berada. Teruskan perjuangan anda.
Subuh Yang Terakhir
Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir
Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir
Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan
Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir
Andai esok takkan hadir
Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan
Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat
Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir
Cleaning The Mini Set
2 months ago
2 comments:
Semoga rohnya di cucuri rahmat...
amiinn....
Post a Comment