Alhamdulillah akhirnya projek kandang kambing yang di mulakan pada bulan Julai lalu dah selesai juga. Konsep kandang yang menggunakan semua barangan terpakai menyebabkan masa yang lama untuk menyempurnakan keseluruhan projek ini. Insyallah, untuk tahun depan 2010 saya akan mengumpulkan barang-barang terpakai dulu jika ingin membesarkan dan membina kandang. Inilah untungnya duduk di bandar, banyak barang mudah di perolehi yang masih boleh di gunakan dan mereka membuang begitu saja. Kandang Habibi ini boleh memuatkan lebih 40 ekor tetapi buat masa ini terdapat 12 ekor kambing termasuk dari baka kambing boer F3/F4 menghuni Kandang Habibi ini.
Pada pertengahan bulan Disember lalu saya telah di tawarkan 3 ekor lembu dengan harga yang amat rendah. Mulanya agak risau juga takut ada yang tidak betul, setelah mengenal pasti pekara sebenar maka saya membeli lembu tersebut. Seminggu kemudian lembu yang saya beli telah melahirkan seekor anak betina. Buat masa ini lembu-lembu ini saya gunakan untuk membersihakan kawasan projek syawal (tanaman bunga kantan dan pisang Abu) yang sudah menjadi semak samun. Lembu ini di tempatkan di bawah kandang Habibi kerana ada 2 petak/ruang yang belum ada kambing pada bahagian atasnya.
3 comments:
Salam Eldor. Besar juga kandang kambing tu ye :) Dah ada pengalaman bela lembu ke sebelum ni? Lembu tu nampak kurus jer. Agaknya kurang vitamin kot. Biasanya kalau lembu byk bermain kawasan paya akan mudah kena cacing. Tanda-tandanya cirit dan kurus walaupun byk makan. tulang pinggul akan nampak kalau terlalu kurus. Ubatnya senang jer. Belikan batu vitamin utk dijilat oleh lembu tu. Biasanya ada dijual di jabatan haiwan. Batu vitamin tu warna merah dan keras. Harga lebih kurang RM70. papepon tahniah di atas perkembangan projek eldor tu :)
Betul tu Tobie, najis dia agak cair, makan punyalah kuat.Anak dia yang baru lahir pun dah tegur kenapa emak kurus sgt.....tk byk2.
saya pun penah bela lembu dulu...memandangkan pokok sawit dah tebang jadi xder tempat ragutan. Terpaksa jual, takut masuk kawasan tanaman semula. Nanti orang kampung marah plak klu anak sawit kena makan. Kesiannn... :)
Oh ye...kenapa tukar nickname? Eldor asal keluarga petani bendang ke? 'Orang Padi'....simbolik nama tu..huhuhu
Post a Comment