Banyak aktiviti-aktiviti berlaku dalam bulan Febuari ini bukan sahaja di kebun tetapi sibuk mengurusan tentang kehidupan. Alhamdulillah tercapai juga hajat anak sulung kami mengerjakan umrah berkat dari simpanan menjual hasil sayuran dari usaha selama ini. Walaupun hasilnya tidaklah sebanyak mana tetapi atas semangatnya mengumpul selama 3 tahun Allah merelasasikan cita-citanya. Permohonan ke sekolah asrama penuh Sains Seremban (SASER) juga di terima masuk pada 2/2/2010 sehari selepas permergian umrah. Nampaknya mulai bulan ini kerja-kerja kebun terpaksa di lakukan bersendirian. Awalnya agak sukar sebab beliau banyak membantu mengambil sayur-sayuran terutama bunga kantan.
Semalam saya ada membuat kunjungan ke asrama, katanya jika masa boleh di undurkan kembali dia tidak mahu mengisi borang kemasukan SBP. Biasalah selama ini duduk dengan keluarga semua beres...baru tahu langit tinggi rendah.
Akhirnya Kandang Habibi telah selamat di rasmikan semalam selepas menunggu 4 bulan. Isunya tuan punya kandang tidak ada masa kerana asyik menangis siang malam, macam Ahmad Albab dalam cerita P. Ramlee.
Syukur selepas neneknya balik dari umrah semua nampak ok...Kebetulan kambing baru melahirkan kambing kembar dua. Rezeki.
No comments:
Post a Comment