Rezeki sampai tidak mengira masa,selesai saja penanam pokok pisang sebanyak 200 pokok hujan pun turun.Ini menyuburkan pokok dan melembutkan tanah seterusnya tunas pokok pisang yg di cantas cepat tumbuh dgn kadar yang cepat sekali.Tujuan menanam pokok pisang adalah untuk perlindungan anak pokok kantan dari terik cahaya matahari dan melembabkan tanah.Pada masa yang sama hasilnya boleh di jual.Satu Serampang Dua Mata.
Bapa saya mengajar jika menanam anak pokok pisang,benihnya hendaklah di cantas (1 kaki dari pangkal akarnya) kemudian dicelupkan dalam trusi (warna hijau kebiruan)di campur kapur dan air seterusnya di tanam.Benarlah kata orang tua, saya ada menanam anak pisang yg agak besar dan tidak mencantas pucuknya; hasilnya bila pokok itu berbuah hasilnya tak seberapa cuma ada 3 hingga 4 sisir berbanding 8 atau 9 sisir kalau di cantas.Genarasi kedua bagi pokok yang tidak di cantas tiada bezanya.
1 comment:
trusi tu apa yek? mintak pencerahan
Post a Comment