Hinggalah pada minggu lepas saya terima surat yang di gantung pada pokok pisang dan pada masa sama beliau telah mencabut dan memusnahkan sebahagian anak2 pisang yang baru 2 minggu di tanam. Apa yang menghirankan semasa saya membersihkan belukar dan menebang pokok2 sebesar pemeluk selama dua minggu saya tidak pernah melihat kehadirannya. Setelah kebun itu menjadi cantik dan teratur baru cerita ini timbul.Pada hari minggu lepas saya menghubungi beliau (pihak ketiga)untuk berjumpa di kebun melalui nombor tel yang di tulis dalam surat yang di tinggalkan. Dengan harapan agar dapat meleraikan kekusutan dan mencari jalan penyelesainya.Kami berjanji akan bertemu, lamalah juga saya menunggu di kebun, hampir 1 jam barulah beliau(bangsa india) muncul dengan geng dengan membawa parang. Saya tidak langsung merasa takut walaupun mereka datang dengan muka bengis dan berparang. Bagi saya hanya Allahlah pelindung. Tuan tanah terjerit-jerit dari jauh bercakap yang sukar saya fahami. Saya angkat tangan dan bersalam, saya katakan kalau kita marah-marah semua takkan selesai. Saya terangkan satu persatu termasuklah surat dari Pejabat tanah. Saya meletakkan 1 syarat daripada 3 yang di tetapakan, sekiranya setuju :-
1. Saya akan memulangkan tanah sekiranya dia boleh membayar upah saya membersihkan tanah dan anak pisang yang di tanam.Walaupun beliau gagal menunjukkan permohon tanah yang di anggap miliknya.
2. Saya akan membayar gantirugi yang berpatutan tanah yang di tuntut dan menyerahkan tanah itu kepada saya.
3. Jika tidak bersetuju pekara di atas,izinkan saya mengusahakan selama setahun sebelum di serahkan kembali.
2 comments:
Salam buat Eldor,
Sesungguhnya kejadian seperti yg saudara alami sering terjadi.Sekiranya kita tidak kuat semangat & cukup persediaan memang 'buta-buta' kena buli la.Apa pun syabas kerana berjaya menangani masalah itu dgn baik.Sekiranya pihak yg menuntut itu tetap tidak berpuas hati, saya sedia membantu sekadar yg termampu.ada kala nya sikap kasar perlu ditangani dgn kasar juga..sungguhpun saya tiada rakan dikalangan 'gangster', mungkin kenalan semasa projek pasir dahulu boleh menangani sebarang masalah berbangkit.
Semoga Eldor akan terus bersemangat dlm mengusahakan tanah2 tersebut.
Wassalam.
isy, saya yg tukang baca pun menyirap jugak darah .....
diorg igt kita takut sgt dgn parang dia tu....
Post a Comment