Monsun Barat Daya banyak mempengaruhi tanaman di kebun, rasanya sejak tiga bulan yang lepas jumlah hujan turun boleh dikira dengan jari. Kawalan rumput tidak seteruk pada awal bulan Nov-Feb jadi banyak kerja-kerja lain boleh dilakukan. Dengan jumlah kambing yang sedikit cukup 1ekar saja rumput saya tinggal, lainnya saya terpaksa racun. Kesempatan cuaca panas begini baik untuk kerja pengawalan rumpai. Kedua, kerja-kerja pembinaan kandang kambing sedang berjalan...Mungkin akan di tangguhkan dulu kerana kekurangan kayu percuma, lagipun budget pun tidak mengizinkan lagi. Matlamat asal berternak kambing ialah untuk menghasilkan emas hitam kerana terbukti berkesan. Pokok bunga kantan dan pisang yang diberi tinja kambing yang di rawat nampak lebih subur dan besar dan banyak hasilnya.
Cleaning The Mini Set
2 months ago
3 comments:
Salam Eldor :D
Berapa jenis pisang yang Eldor tanam sekarang? Kekerapan membaja camana? Sebulan sekali cukup ke? Rawat tinja kambing guna EM yek?
Salam Tobie,Pisang yg paling byk ialah restali.Lain2 setakat bg kwn dan mkn sendiri spt tanduk,emas nipah dan nangka. Buat masa ni dua kali dlm semusim pisang. Masa tanam lepas 3 bulan selepas tu. Lagi bagus klu 2 bulan sekali ini tergantung pada kandungan nutrisi dlm tanah. Sy guna stardec buat baja sebab kedai dia dekat dgn rumah.
salam abg eldor, wah... dah bina kandang kambing... tahniah, sama-sama kita mantapkan ekonomi umah dan "bisnes org kita" nih... IsyaAllah
Post a Comment