Buat masa ini kayu percuma tiada masalah cuma atap abestos susah sikit, kena tunggu pemilik rumah beratap abestos menukar kepada yang lain. Mengikut kiraan sekurang-kurangnya 34 keping abestos jenis 7 kaki panjang di perlukan untuk menyiapkan keseluruhan projek ini.
Pada 3hb yang lalu kami telah menerima kelahiran anak lelaki, kali ini agak istimewa kerana
doktor telah memberi saya gunting untuk memotong tali pusat anak sendiri. Mulai detik itu saya mula menyegerakan agar kandang 2 siap. Perasaan kesian pada keadaan kambing di kandang 1 yang sempit dan tidak selesa bila
jumlah kian bertambah.Ia perlu di siapkan sebelum tempoh 40 hari selepas kelahiran ahli baru dalam keluarga kami. Saya bercadang untuk membawa cahayamata ini merasmikan kandang 2. Semoga hasrat kami tercapai.
No comments:
Post a Comment