Sudah bertahun saya berkerja di Kuala Lumpur. Setiap pagi saya seperti robot yang di program automatik bangun tepat 5:30 pagi samada waktu kerja atau tidak, kadang-kadang jam penggera pun tak sempat berbunyi. Bagi saya itu semua sudah menjadi lumrah tinggal jauh dari tempat kerja. Saya lebih rela bangkit awal pagi dan sampai awal ke pejabat berbanding membuang masa di jalan raya akibat kesesakan lalu lintas. Cuma saya tidak boleh mengelak bila balik dari pejabat ke rumah, mesti sesak. Keadaan bertambah teruk sejak setahun dua kebelakangan ini. Saya rasa keadaan akan bertambah kritikal di masa depan walau banyak jalan di bina dan di besarkan. Tambahan pula, kos minyak dan tol yang semakin tinggi.
Akhirnya saya mengambil keputusan untuk berhenti berkerja. Ini bermakna ilmu yang saya perolehi dari selama bekerja akan di tinggalkan begitu saja. Saya akan tinggalkan ISDN, No. #7 dan bebagai lagi istilah dalam dunia komunikasi. Ilmu yang telah membawa saya ke pelusuk benua. Mulai tanggal 6 November 2007 saya akan berkerja dengan anak syarikat lain di bawah syarikat induk yang sama. Terma syarat-syarat dan gaji yang tidak berubah. Ramai kawan-kawan tidak menggalakan saya berpindah, kerana mereka berpendapat syarikat baru ini menceburi bisnes waktu senja (tak berapa selamat). Bagi saya, lokasi pejabat di merata negara telah menambat hati saya, cuma saya akan berusaha bersungguh-sungguh agar ia berdaya maju. Jika gagal pun saya boleh berpatah ke tempat lama, Insyallah. Apa yang penting pejabat ini berhampiran dengan rumah.
Cleaning The Mini Set
2 months ago
1 comment:
Selamat berhijrah :)
Post a Comment