Thursday, October 25, 2007

Penjelajahan Ke Utara Semenanjung Malaysia

Alam Misteri

Saya berkesempatan ke utara minggu ini bermula hari Rabu hingga Jumaat atas urusan resmi kerja pejabat.Saya bertolak dari tempat kerja pada waktu pagi dan sampai jam 12:30 tengah hari di Ipoh.Selepas menyelesaikan semua masalah saya menuju ke Penang iaitu di Menara Komtar.Sempat juga saya singgah kawasan rawat dan rehat di Sg Siput yang berwajah baru untuk solat dan makan tengah hari.Jam 3:30 petang saya meneruskan lagi perjalanan dan tepat jam 5:15 petang saya dah sampai ke Komtar, setelah menyelesaikan tugasan kerja yang telah di amanahkan untuk hari ini saya bertolak pula ke Alor Setar kerana ingin bermalam di sana. Saya benar2 keletihan kerana terperangkap 2 jam akibat kesesakan semasa melalui jambatan Pulau Pinang.Hujan geremis turut menyumbang 'tangki air' kawan saya cepat penuh.Pada mulanya saya berhenti di lorong kecemasan untuk melepas hajat kecil tapi rasa tidak selesa pula.Jadi saya memandu laju untuk mencari tempat, sehinggalah sampai ke destenasi Sg Muda.Setelah semuanya selesai kami pun bertolak.Sepanjang perjalanan ke Alor Setar saya tehidu bau yang hanyir macam bau ikan, nak bertanya kawan takut dia terasa pula.Hiran juga dari mana datang bau hamis, tingkap kederaan saya semua rapat.Hinggalah sampai di rumah kawan, bila dia mahu membuka pintu saya bertanya samada dia berbau hanyir.Dia diam.Dalam perjalanan ke hotel saya menyesal kerana bertanya tadi mungkin dia tersinggung agaknya. Keesokan hari kawan pun memberi tahu dia juga bau hanyir macam bau darah semasa di Sg Muda hinggalah ke Alor Setar.Dia berkata ada "orang" lain menumpang. Dan berpesan jangan menegur tapi hendaklah membaca ayat Kursi jika ada sesuatu pekara yg pelik secara tiba-tiba.Syukur semuanya selamat.

Alam Pertanian
Kebetulan ada ekspo pertanian di perkarangan stadium Darul Aman bersebelahan dengan hotel saya tinggal. Malam tadi saya bercadang meninjau tapi kerana keletihan saya tertidur hingga ke pagi. Selepas segala kerja opis dah beres, saya meninjau semua gerai2 pertanian. Jabatan pertanian dari daerah Kuala Muda ada menjual benih kelapa pandan dan matag. Saya memang berhajat membeli pokok kelapa pandan.Memang kenalah tu, harga pula berpatutan.Bukan itu saja, mereka juga menawarkan benih mangga chokanan dengan diskaun hebat. Sayang kenderaan saya dah penuh dengan muatan lain, jika tidak saya beli banyak. Banyak lagi Jabatan yang mempamerkan produk masing-masing, salah satunya lembu gergasi. Sesiapa yang tinggal berhampiran Alor Setar kalau tidak berkunjung memang rugi, macam-macam ada.

No comments: