Hari Jumaat lepas saya kena ambil EL kerana banyak pekara yang hendak di selesaikan.Pertamanya bayar loan kereta dan bil-bil bulanan yang ada kat rumah maklumlah gaji dah dapat.Lepas solat jumaat terus ke kebun (salin pakai 'tradisional hang kebun' kat PS).Sempatlah beraksi 4-5 jam mengambil 7 tandan pisang restali,70 btg bunga kantan,15 jantung pisang dan 5 biji betik muda.Rutin ini mesti saya buat takut 'kontrak'dengan kedai Cina buah (pisang) dan juga kedai Minang sayur kampong terjejas jika bekalan tak konsisten.
Sabtu pagi sebelum ke kebun hantar barang2 tu dulu.Hari ini jadual memang ketat,target nak dapatkan sekurang2nya 15 kg kerepek pisang, sebab tempahan 30kg dari Rawang dalam masa dua hari.Saya gunakan periuk mengantikan kuali untuk menampung kadar gorengan yg lebih besar.Jika menggunakan kuali saya boleh mengisi 6 kg minyak tapi dengan periuk ini 12kg minyak saya boleh masukkan sekaligus.Wow 11 biji pisang tanduk untuk setiap gorengan.Nak di jadikan cerita dlm pertengahan mengoreng 12:30 tengah hari gas masak habis alamakkkkk.....macam mana ini?Saya mencari kekuatan,teringat dulu kat gunung Kinabalu orang perempuan Sabah mengalas tong gas turun naik gunung.Hebat.Takan saya tak boleh buat.Bila fikiran dah betul2 kuat saya pun memikul tong gas dan memulakan langkah sejauh 1km ke kereta.Sampai pun.Selepas membeli dan menukar dgn tong yang baru kali ini beban bertambah berat.Minda saya kena set supaya lebih kuat, kali ini cerita perang Khandak pula.Cerita Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya bersusah payah menggali parit di tengah perit matahari menjadi motivasi semasa berjalan dan memikul tong ke pondok.Alhamdullilah selamat juga saya membawa balik tong gas baru, rasanya mcm cepat sampai.Agaknya saya berlari-lari anak tadi kut.
Setelah berehat saya pun mandi kat PS,aduhhhh...nikmatnya mandi air hujan.Hilang semua rasa penat tadi.Memang berbaloi saya menyimpan/menadah air hujan.Saya mandi sepuas-puasnya.Akhirnya dapat juga target untuk hari Sabtu.Petang itu saya hanya minum air kelapa muda untuk berbuka.Itu yang saya inginkan sejak tengah hari tadi.
Hari Ahad saya membawa generator untuk menghidupkan kipas angin.Memang rasa sejuk kerja hari ini, santai aje. Semuanya tiada masalah yang timbul .Target dapat.Penat tu memang lah, rasa2 tak sanggup nak terima tempahan lagi.Sebenarnya ini bagus untuk saya menghargai kerja tetap saya sekarang.Ialah kadang-kadang saya rasa nak berhenti kerja jika menerima tekanan tetapi nampaknya pengalaman kerja sendiri lebih sukar buat masa ini,tapi entahlah.....
Cleaning The Mini Set
3 months ago
No comments:
Post a Comment