Petang semalam saya melawat kebun selepas tamat waktu pejabat.Agak terperanjat laluan ke kebun yang penuh dengan longgokkan tanah merah telah habis di ratakan dengan jentolak.Mudahlah perjalanan ke kebun, tapi saya risau kerana pihak pemaju perumahan telah menimbus ke atas tasik ladam yang bersempadankan kebun rezab saya. Dan salah satu tiang sempadan telah memasuki tanah rezab sungai.Dua tahun lalu saya telah merujuk ke JPS Selangor dan Pejabat tanah Petaling memaklumkan status tanah rezab sungai.Mereka tidak membenarkan sesiapa pun mendirikan bangunan atau rumah di tanah tersebut.Kelebaran rezab sungai bergantung kepada lebarnya sungai tersebut.Jika lebar sungai 20-40m maka lebar rezab kiri dan kanan sungai ialah 40m.Jika lebar sungai lebih 40m maka lebar rezab kiri dan kanan ialah 50m.
Kemungkinan sekembali saya bercuti di kampong minggu depan banyak tanaman saya akan di bersihkan.Kekadang saya merasa hairan bagaimana pihak pemaju membina rumah di atas tanah rezab sungai tanpa tiada sebarang tegahan dari pihak berkuasa.
No comments:
Post a Comment