Wednesday, August 27, 2008

Setahun Dah Berlalu

Masa berlalu pantas, sedar atau tidak pokok bunga kantan semakin membesar rumpunnya. Kadang-kadang seakan tidak percaya dua gambar di tempat yang sama ini setelah setahun berlalu. Begitulah pentingnya masa jika mengabai dan membuang masa tanpa faedah kita akan rugi. Sebaliknya masa yang ada kita berbakti pada tanah, Insyallah hasilnya pasti ada. Penyesalan kadang-kadang timbul kenapa setahun yang lalu tak terfikir menyemai anak pokok kantan ke dalam polybag, jika tidak saya akan dapat lihat pada hari ini.
Ogos 2008



Ogos 2007




Sunday, August 24, 2008

Fasa 10

Tidak lama lagi kita akan menyambut kedatangan bulan mulia, oleh itu adalah elok rasanya saya menghabiskan projek terbaru saya di fasa 10. Cuaca kering selama dua minggu lalu saya gunakan sepenuhnya meneroka kawasan baru dengan menebang pokok petai belalang yang memang banyak.Inilah kawasan yang saya bersihkan.

Alhamdulillah sejak lima hari lepas hujan kerap turun. Jadi cukup sesuai saya membuat lubang dan memindah anak benih pisang ke tapak baru.Di sebabkan tanah menjadi lembut kerja menanam tidak mengambil masa lama. Bermula jam 7 pagi hingga 11 pagi saya selesai mangambil,mengangkat dan menanam 92 batang pokok restali.








Friday, August 22, 2008

Permohonan Tanah

Hari ini saya bercuti selama 2 hari fuhhh lega rasanya dapat melupakan kerja2 opis yang tidak berkesudahan. Hari pertama cuti saya memotong rumput di kawasan anak pisang yang tengah nak hidup subur maklumlah rumput sama tinggi dgn anak pisang. Hampir 4 jam tugasan membersihkan dah selesai, hah baru nampak cantik dan kemas masa memotong rumput tadi agak sukar kerana dah dekat 2 minggu hujan tak turun. Kemudian kerja2 menabur baja gemuk di sekeliling anak pisang manalah tahu hari esok hujan turun, baja akan menyerap ke dlm tanah dan daun pokok tambah hijau, Insyallah. Penat ya kerja potong rumput hinggakan nak suap nasi pun tangan terasa sakit dan terketar-ketar.



Hari kedua percutian, setelah berfikir panjang akhirnya saya ke pejabat tanah Petaling memohon tanah (TOL) maklumlah dah 4 tahun mengusahakan tanah ini. Biasalah pergi bhg teknikal lihat peta dan meminta 2 salinan kedudukan tanah yang hendak di pohon. Lepas isi borang dan menjelaskan bayaran saya dengan rasminya pada tarikh 22/8/08 memohon tanah yg di usahakan selama ini. Pegawai kata tunggulah dlm masa 4 atau 5 bulan sama berjaya atau sebaliknya. Berjaya atau tidak saya akan terus bertani, hobilah katakan. Kalau dah minat dan pekara itu baik Insyallah kita akan berjaya.