Friday, August 22, 2008

Permohonan Tanah

Hari ini saya bercuti selama 2 hari fuhhh lega rasanya dapat melupakan kerja2 opis yang tidak berkesudahan. Hari pertama cuti saya memotong rumput di kawasan anak pisang yang tengah nak hidup subur maklumlah rumput sama tinggi dgn anak pisang. Hampir 4 jam tugasan membersihkan dah selesai, hah baru nampak cantik dan kemas masa memotong rumput tadi agak sukar kerana dah dekat 2 minggu hujan tak turun. Kemudian kerja2 menabur baja gemuk di sekeliling anak pisang manalah tahu hari esok hujan turun, baja akan menyerap ke dlm tanah dan daun pokok tambah hijau, Insyallah. Penat ya kerja potong rumput hinggakan nak suap nasi pun tangan terasa sakit dan terketar-ketar.



Hari kedua percutian, setelah berfikir panjang akhirnya saya ke pejabat tanah Petaling memohon tanah (TOL) maklumlah dah 4 tahun mengusahakan tanah ini. Biasalah pergi bhg teknikal lihat peta dan meminta 2 salinan kedudukan tanah yang hendak di pohon. Lepas isi borang dan menjelaskan bayaran saya dengan rasminya pada tarikh 22/8/08 memohon tanah yg di usahakan selama ini. Pegawai kata tunggulah dlm masa 4 atau 5 bulan sama berjaya atau sebaliknya. Berjaya atau tidak saya akan terus bertani, hobilah katakan. Kalau dah minat dan pekara itu baik Insyallah kita akan berjaya.

1 comment:

Haslinda Ibrahim said...

Bagaimana kah kita dapat mengenalpasti tanah itu tanah kosong untuk kita bercucuk tanam ? Selalunya ianya udah bertuan,itu masalahnya.minta pertolongan untuk mengenalpasti tanah kosong untuk pertanian sebagai punca rezeki.