Monday, November 03, 2008

Projek Syawal atau Fasa 11

Syukur akhirnya selesai juga Projek Syawal boleh di katakan kesemuanya kerja-kerja di kebun di lakukan oleh pekerja indon. Biasalah pekerja ini sebenarnya mahir membuat rumah tetapi kebanyakan berasal dari keluarga petani maka mudah dan tiada masalah. Bayarnya agak mahal kerana mereka di bayar mengikut pengalaman kerja pertukangan. Apa yang penting ia masih dalam budget saya.


Rumpun yang di pindahkan untuk di tanam di tempat baru.
Sebanyak 112 pokok pisang restali di tanam di lereng-lereng ban manakala sebanyak 258 rumpun pokok kantan ditanam di bawah ban. Projek Syawal ini merupakan fasa yang terbanyak penanaman pokok bunga kantan. Fasa ini di kenali juga sebagai Fasa 11dan jika ianya mengeluarkan hasil akan merupakan terbesar sekali di bandingkan dengan fasa lain.Insyallah.










4 comments:

Norhayati Ahmad aka eixora said...

kagum betul sy tengok projek nih...
penat lelah dah berbayar yer..
sy nih baru mula projek pisang nih...

tajudin said...

Alhamdulillah, semoga terus berjaya...

MET said...

saya pun kagum2..

eldor.nak tanya sket la.mintak tips sket2..biasa pertanian ni nak cari market kat mana ye..

thru pemborong ka or tolak kat pasar2 and kedai2..?

thanks

Ladang Bumi Cahaya Emas said...

Salam bro,

Nak tanya sikit .... jual bunga kantan kat mana ... ??