Rasanya petani konversional tidak menang tangan membersihkan kebun pada musim hujan sejak kebelakangan ini.Hujan bukan saja menyuburkan tanaman tetapi juga semak samun. Bayangkan dalam masa 3minggu saja rumput yang di tebas pendek kembali keadaan asal bahkan lebih tinggi lagi. Bukan senang nak menjadi petani, ia memerlukan kerja yang konsisten. Baru-baru ini saya menjumpai satu pondok persembunyian pendatang tanpa izin di dalam belukar semasa membersihkan kawasan tepi sungai.
Jika di tinjau dari dalam pondok ianya boleh menampung 8 orang dewasa.Keadaanya pondok masih baik dan boleh di diami, cuma mungkin orang kita tidak mampu tinggal dalam keadaan begini. Bayangkan bertapa susah mereka mencari rezeki di perantuan mengadai nyawa di lautan untuk sampai, sesudah sampai di daratan mereka di hambat lagi. Begitulah nasib mereka. Adakah kita mampu jika stuasi sama menimpa bangsa dan negara kita? Usah leka walaupun kita mungkin seorang jutawan kita harus bersiap sedia dari segi mental dan fizikal menghadapi saat-saat genting dan tidak di sangka.
1 comment:
Salam..betul tu...
hidup ni mesti selalu beringat..
'orang yang paling bijak adalah orang yang selalu mengingati mati'
kenapa dengan selalu mengingati mati boleh menjadi bijak?..fikir-fikirkan...
Post a Comment