Tuesday, January 13, 2009

PROJEK 170

Tahun 2009 merupakan tahun yang sukar, itu pandangan dari pakar-pakar ekonomi. Banyak perusahaan dan kilang mengurangkan perkerja dan operasi kerana tiada permintaan produk terutama dari negara-negara maju. Hari ini pekara itu berlaku pada sahabat kita, dan ianya tidak mustahil terkena pada diri kita. Apa yang penting kita mesti tabah kerana segala musibah yang menimpa sudah tercatat dalam kada dan kadar. Insyallah jika kita postif tahun 2009 merupakan tahun yang hebat untuk kita.
Saya ada satu projek yang saya namakan projek 170. Ia bukannya satu projek mega atau gah. Cuma ia satu projek untuk menyedarkan generasi muda (anak saya) apa itu pelaburan dlm pertanian. Dia telah menanam sebanyak 86 pokok pisang pada bulan july2008 dan saya telah memberi upah dan penyelanggaran sehingga ia dituai sebanyak RM170. Dan satu lagi beliau membuat kiraan jika dgn nilai yang sama di masukkan dalam ASB. Saya menyuruh supaya membuat catatan ke atas setiap akitiviti tersebut, seperti gambar hendaklah direkodkan setiap 2 bulan.Gambar di ambil pada 23/08/08,22/10/08 dan 25/12/2008.











































































1 comment:

tajudin said...

ye memang benar, setiap kos yang terlibat perlu direkod. ianya penting sebagai rujukan dan untung/rugi, kadang-kadang tak perasan.