Tuesday, February 24, 2009

Kambing Masuk Kandang

Pada tanggal 22/2/2009 pagi, kandang untuk projek PKKK telah siap sepenuhnya. Jadi saya pun menghubungi berapa rakan dan kenalan yang bercadang untuk menjual kambing. Salah seorang sahabat saya En. Malik telah memberikan nombor kenalannya di Bukit Lancong. Tanpa membuang masa saya dan keluarga ke tempat yang di maksudkan dan menemui tuan empunya kambing yang mempunyai 300 ekor kambing. Siapa lagi kalau tidak Pakcik Abd Ghani atau di kenali sebagai Pak Teh. Pada asalnya saya cuma ingin melawat semata tapi entah macam dengan sikap ramah dan ingin menolong saya terus membeli kambingnya. Lebih kurang 1 jam kemudian kambing itu sudah pun sampai ke kebun. Rupanya tempat Pak Teh cuma 15 minit dari kebun saya. Saya menggunakan sistem pawah dengan rakan kongsi; saya keluar modal untuk kambing manakala beliau keluar modal/buat kandang. Tugas menjaga dan merawat ialah tugas rakan kongsi saya. Bila induk beranak jumlah akan di bahagi dua. Buat masa ini saya cuma membeli 4 ekor betina dan seekor jantan. Insyallah jika ada keupayaan nanti saya akan menambah bilangannya. Seperti mana yang di nyatakan sebelum ini, tujuan projek ini untuk menghapuskan penggunaan racun dalam mengawal semak dan rumpai. Projek PKKK ini bukan bertujuan menternak secara serius kerana ianya tidak sesuai di lakukan di kawasan bandaraya ini. Tengah hari tadi saya ke Sek 15 Shah Alam untuk mendaftarkan diri sebagai penternak baru, jadi pihak pejabat haiwan bolehlah memantau jika ada kes-kes tertentu.

Thursday, February 19, 2009

Projek Baru dan Lama

1.Projek Syawal -Masih memerlukan perhatian walaupun sudah berusia 5 bulan.Projek Nipah-Satu projek penghalang angin di mana satu baris pokok pisang nipah di tanaman tepi Sg. Klang. Fungsi utama mengelak pokok pisang restali yg berada di atas ban tidak pecah daun. Ia merupakan pokok yang tahan dari serangan penyakit dan angin.

Projek 170- Ada 2 pokok pisang yang mati akibat penyakit dan sebanyak 33 pokok kelapa di tanam di tengah baris.

Titian Semangat TS- Memudahkan laluan membawa hasil untuk di jual dan penghubung jalan utama. Titi ini siap pada 14/2/2009.

Projek Kambing Kecil-Kecilan ,PKKK- Projek bertujuan mengamalkan satu kitaran lengkap secara semulajadi dan bebas racun dalam mengawal rumpai. Keduanya merasai sendiri kenapa para sahabat dan nabi dulu memelihara/gembala kambing.Apakah rahsianya?

Kalau ikut cita-cita memang banyak projek yang akan datang, dari yang sikit hinggalah juta2....hee...heee....






Thursday, February 05, 2009

PS 2 Siap Untuk Di Duduki














Alhamdulillah, syukur akhirnya siap juga Pengekalan Semangat 2, PS2. Banyak juga pengalaman dari mula mencari kayu, skru, paku, papan, genting sehinggalah menyediakan alat-alat pertukangan pemotong kayu dan besi, pembuat lubang, ini termasuklah menyediakan generator untuk memberi bekalan kuasa, maklumlah tiada elektrik seperti di rumah. Walau tidak secantik seperti lukisan asal tapi saya berbangga kerana semua usaha berbaloi. Cuma perlukan sedikit kerja2 akhir seperti cat dan salur air untuk mengumpul air hujan. Saya tidak dapat melupakan peristiwa membawa 3 keping tingkap dari kampong semasa cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Ramai orang memandang bumbung kenderaan saya sehingga ada yang tersenyum sewaktu melalui Elite highway. Tak kisahlah! Yang penting saya boleh bawa tingkap ini, banyak kenangan semasa saya kecil dulu. Tingkap yang saya bawa ini mengingatkan zaman kecil saya di rotan dan di kurung oleh ayah.Ini adalah hukuman kerana mengajak kawan-kawan melastik cermin rumah sendiri sehingga pecah. Nakal betul saya.Terima kasih ayah kerana mendidik. Bagi mendapat barakah PS2 kami mengadakan doa kesyukuran semoga tahun 2009 menjadi titik permulaan.