Pada tanggal 22/2/2009 pagi, kandang untuk projek PKKK telah siap sepenuhnya. Jadi saya pun menghubungi berapa rakan dan kenalan yang bercadang untuk menjual kambing. Salah seorang sahabat saya En. Malik telah memberikan nombor kenalannya di Bukit Lancong. Tanpa membuang masa saya dan keluarga ke tempat yang di maksudkan dan menemui tuan empunya kambing yang mempunyai 300 ekor kambing. Siapa lagi kalau tidak Pakcik Abd Ghani atau di kenali sebagai Pak Teh. Pada asalnya saya cuma ingin melawat semata tapi entah macam dengan sikap ramah dan ingin menolong saya terus membeli kambingnya. Lebih kurang 1 jam kemudian kambing itu sudah pun sampai ke kebun. Rupanya tempat Pak Teh cuma 15 minit dari kebun saya. Saya menggunakan sistem pawah dengan rakan kongsi; saya keluar modal untuk kambing manakala beliau keluar modal/buat kandang. Tugas menjaga dan merawat ialah tugas rakan kongsi saya. Bila induk beranak jumlah akan di bahagi dua. Buat masa ini saya cuma membeli 4 ekor betina dan seekor jantan. Insyallah jika ada keupayaan nanti saya akan menambah bilangannya. Seperti mana yang di nyatakan sebelum ini, tujuan projek ini untuk menghapuskan penggunaan racun dalam mengawal semak dan rumpai. Projek PKKK ini bukan bertujuan menternak secara serius kerana ianya tidak sesuai di lakukan di kawasan bandaraya ini. Tengah hari tadi saya ke Sek 15 Shah Alam untuk mendaftarkan diri sebagai penternak baru, jadi pihak pejabat haiwan bolehlah memantau jika ada kes-kes tertentu.
1 comment:
sangat cemerlang. saya doakan projek ini dan projek sebelum ini berjaya.
kalau ada orang nak buat kambing golek, boleh lah beli kat sini ye...
Post a Comment