Alhamdulillah, syukur akhirnya siap juga Pengekalan Semangat 2, PS2. Banyak juga pengalaman dari mula mencari kayu, skru, paku, papan, genting sehinggalah menyediakan alat-alat pertukangan pemotong kayu dan besi, pembuat lubang, ini termasuklah menyediakan generator untuk memberi bekalan kuasa, maklumlah tiada elektrik seperti di rumah. Walau tidak secantik seperti lukisan asal tapi saya berbangga kerana semua usaha berbaloi. Cuma perlukan sedikit kerja2 akhir seperti cat dan salur air untuk mengumpul air hujan. Saya tidak dapat melupakan peristiwa membawa 3 keping tingkap dari kampong semasa cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Ramai orang memandang bumbung kenderaan saya sehingga ada yang tersenyum sewaktu melalui Elite highway. Tak kisahlah! Yang penting saya boleh bawa tingkap ini, banyak kenangan semasa saya kecil dulu. Tingkap yang saya bawa ini mengingatkan zaman kecil saya di rotan dan di kurung oleh ayah.Ini adalah hukuman kerana mengajak kawan-kawan melastik cermin rumah sendiri sehingga pecah. Nakal betul saya.Terima kasih ayah kerana mendidik. Bagi mendapat barakah PS2 kami mengadakan doa kesyukuran semoga tahun 2009 menjadi titik permulaan.
Cleaning The Mini Set
2 months ago
No comments:
Post a Comment