Friday, December 26, 2008

Projek Syawal- Gambar Terkini

Anak pokok pisang restali yang ditanam pada 2Nov2008 di lereng ban mulai berdaun...
Keadaan di atas ban hanya boleh memuatkan 4 baris pokok pisang dan 1 baris b.kantan...



Pemotongan rumput ke atas tanaman kantan yang terletak di bawan ban. Jarak antara pokok ialah 10 kaki serta terdapat dua atau tiga baris sepanjang hampir 1km. Hampir keseluruhan rumpun yang di tanam telah megeluarkan tunas-tunas baru.


































































Bagi mengelakan pembaziran tanah, jalan menuju ke kebun juga di tanam dengan pokok pisang dan kelapa pandan.Keadaan anak pokok pisang yang di tanam enam bulan lepas...

Saturday, December 20, 2008

Susulan Projek Syawal-2 Bulan Belalu.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Pak Tani, maaflah tidak dapat datang ke rumah di PD minggu depan. Alhamdulillah sampai juga kami di sebelah pihak pengantin perempuan dekat P.Klang tengahari tadi 21/12/2008. Walau pada mulanya agak keliru kerana ada 4 majlis berhampiran dengan rumah pengantin. Lepas menjamu selera kami terus bergegas kerana ada satu lagi kenduri di Shah Alam. Entah macam mana kerana banyak jalan di tutup kami melalui depan dewan orang ramai dan terdetik untuk menoleh kat dewan tersebut. Banyak kereta dari Negeri, dan terfikir jangan2 ini mesti dari rombongan Pak Tani. Jika selama ini cuma berbalas di chat box tak sangka akhirnya saya bertemu juga. Allahu Akbar.

Dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini banyak masa saya habiskan berkerja di kebun. Nasib baik 'kebun' dekat dengan bandar tidak perlu bersusah payah balik kampong. Dulu, saya kerap berulang-alik setiap minggu semata-mata memenuhi minat bekerja kebun di kampung. Hasil kerja tidak sebanyak mana sebab kehabisan tenaga sewaktu memandu, maklumlah perjalanaan untuk sampai ke destanasi sudah memakan masa 3 atau 4 jam. Ini belum lagi soal kos minyak dan tol. Itu yang saya berfikir dan citakan setiap kali memandu berulang-alik, alangkah baiknya jika ada tanah di bandar. Sehinggalah saya di beri kekuatan untuk mencuba untuk membuktikan pada diri sendiri. Boleh ke generasi muda membuka kebun sebagaimana orang tua dahulu meneroka hutan menjadi kampung? Ayah kata kalau bagus seseorang itu, di campak ke laut menjadi pulau, di lontar ke darat menjadi gunung. Penerokaan tanah di bandar bermula pada akhir 2004. Insyallah ia akan berakhir sekiranya matlamat asal berjalan seperti yang di rancang.


Rumpun pokok kantan ditanam selepas raya tempohhari tiada kelihatan langsung.
Petani bukan kerja mudah, banyak tumpuan harus di berikan. Hari ini kebun nampak cantik mulalah kita ambil gambar, semuanya nampak indah. Tapi, bila alpa sedikit sekelip mata kebun indah bertukar menjadi belukar, rumput lebih tinggi dari tanaman. Masa tu semangat jadi luntur tiada lagi gambar terbaik untuk tontonan dan tiada lagi khabar berita untuk tatapan. Maka projek jadi sia-sia dan kerja ditinggalkan begitu saja. Itulah pengalaman dan saya melaluinya. Disini saya akan berkongsi bagaimana projek syawal tempohhari gagal kalau tiada tumpuan. Mungkin kerana dekatnya jarak kebun sedikit sebanyak memainkan peranan bagi kerja pemantauan, maka matlamat asal masih lagi mengikut landasan. Cuma kini masa akan menentukan.
Pemotongan rumput membersihkan semak, kebanyakan tunas baru b.kantan mulai tumbuh.

Tuesday, December 02, 2008

Sejarah serba sedikit siapakah Habib Noh.

Habib Noh bin Muhammad Al-Habshee datang dari Kedah, Malaysia. Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan awal beliau. Beliau datang darikeluarga empat adik-beradik lelaki iaitu Habib Noh, Habib Ariffin danHabib Zain (kedua-duanya meninggal di Pulau Pinang) dan Habib Salikin,yang meninggal di Daik, Indonesia.
Dari perkahwinan beliau dengan Anchik Hamidah yang berasal dariProvince Wellesley, Pulau Pinang, mereka dikurniakan hanya seorang anakperempuan bernama Sharifah Badaniah. Sharifah Badaniah kemudiannyaberkahwin dengan Syed Mohamad bin Hassan Al-Shatri di Jelutong, PulauPinang. Pasangan ini kemudiannya memberikan Habib Noh hanya seorangcucu perempuan bernama Sharifah Rugayah. Dia berkahwin dengan Syed Alwibin Ali Aljunied dan mereka mempunyai lima anak, dua lelaki dan tigaperempuan bernama Syed Abdul Rahman, Syed Abdullah, Syarifah Muznah,Sharifah Zainah dan Sharifah Zubaidah.
Dari banyak sumber, Habib Nuh sampai ke Singapura tidak lama setelahSir Stamford Raffles mendarat di pulau itu. Usianya pada ketika ituialah tiga puluhan tahun. Walaupun beliau telah menghabiskan saki-bakiusianya di Singapura dan meninggal dunia di sana, beliau banyakberjalan, terutamanya ke Johor Bahru dan negeri-negeri lain di Malaysiauntuk berdakwah. Beliau adalah seorang yang amat warak. Waktu malamnyabeliau gunakan untuk solat hingga terbit fajar. Dan beliau kerapberkunjung ke makam-makam (tanah perkuburan), selalu mendoakan roh-rohyang telah meninggalkan jasad. Beliau sentiasa berjalan bersama-samakawan-kawan rapat melainkan bila dia secara spesifik meminta untukbersaorangan diri.
Beliau amat digemari oleh semua peringkat umur, terutamanyakanak-kanak. Beliau selalu membelikan gula-gula dan memberi wang kepadakanak-kanak, fakir miskin dan yang memerlukan. Kerana itu tidaklahmenghairankan jika ramai yang melihat berbagai-bagai karamah beliau.
Beliau dikurniakan oleh Allah kebolehan untuk ghaib, dan dilihatkembali di tempat-tempat yang jauh. Ada yang memberitakan bahawa beliautelah dilihat sedang solat di Masjid Besar Makkah tanpa secarafizikalnya pergi ke sana. Pada satu masa, beliau pernah berkata kepadabakal haji bahawa mereka akan berjumpa di Makkah. Bila jemaah itusampai di sana, dia telah disambut oleh Habib Noh sendiri.
Habib Noh juga terkenal sebagai tabib yang hebat, terutamanya ke ataskanak-kanak yang memang disukainya. Pernah beliau menyembuhkan seorangkanak-kanak yang cedera di kakinya dengan hanya meletakkantangan-tangan beliau di atas luka itu dan membaca doa. Dalam masa yangsingkat, kanak-kanak itu sudah boleh berlari semula seolah-olah tiadaapa-apa yang berlaku ke atasnya. Bapa kepada kanak-kanak itu amatgembira, dia telah memberikan wang kepada Habib Noh, tapi Habib Nohmemberikan wang itu kepada yang memerlukan.
Habib Noh sanggup mengharungi ribut untuk pergi mengubati kanak-kanakyang sakit. Beliau pernah berjalan ke Paya Lebar dari rumah beliau diTelok Blangah ketika hujan lebat untuk mengubati seorang kanak-kanak.Bila beliau sampai di rumah kanak-kanak itu, ibubapa kanak-kanak ituterkejut melihat pakaian Habib Noh langsung tidak basah.
Dalam satu insiden lain, Habib Noh telah dikejutkan oleh tangisanberterusan anak jirannya. Bila beliau pergi ke sana, beliau dapatibahawa keluarga itu amat miskin dan tidak mampu membeli makanan untukanak yang kelaparan itu. Beliau mengalirkan airmata bila mendengarcerita itu, lantas mengambil satu tempurung kelapa, menuangkan air kedalamnya dan membaca doa. Dengan kehendak Allah, air itu bertukarmenjadi susu untuk diminum oleh kanak-kanak tersebut.
Habib Noh juga dikenali mempunyai kelebihan untuk tahu masa depan.Beliau seolah-olah tahu jika seseorang itu sakit, memerlukan beliauatau memaksudkan beliau. Pada satu masa seorang India Muslim balik keIndia mengikut jalan laut untuk melawat keluarganya. Dia telah berniatbahawa jika dia kembali ke Singapura dengan selamat, dia akanmenghadiahkan kepada Habib Noh satu hadiah. Bila dia pulang, diaterkejut bila melihat Habib Noh sudah sedia menunggunya di tepi laut.
Habib Noh kata kepadanya “Saya percaya bahawa awak sudah berjanji untukmemberikan sesuatu kepada saya.” Terkejut, India Muslim itu berkata,“Katakan kepada saya wahai tuan yang bijaksana, apakah yang tuan hajatidan saya akan dengan senang hati menghadiahkan kepada tuan.”
Habib Noh menjawab, “Saya mahukan beberapa gulung kain kuning untukbersedekah kepada orang miskin, yang memerlukannya dan kanak-kanak.”
Sambil memeluk Habib Noh, India Muslim itu berkata, “Demi Allah, sayaamat gembira untuk menghadiahkan kepada seorang lelaki yang dirahmatiAllah kerana baik budinya terhadap umat manusia. Berilah pada saya tigahari untuk menghadiahkannya kepada tuan.”
Dia telah menunaikan janjinya dalam masa yang dijanjikan.
Setelah 78 tahun mengabdikan diri beliau kepada Islam, Habib Noh telahpulang ke rahmatullah pada hari Jumaat, 27 Julai 1866 bersamaan dengan14 Rabiul Awal 1283. Beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia,beliau telah memberikan banyak nasihat kepada kawan-kawan setianya.Antara mutiara kata beliau ialah “Jangan jadi tamak terhadap hartadunia dan jangan punya perasaan hasad-dengki (dan sebarang perasaannegatif) terhadap sesiapa sepanjang hidup anda.”
Habib Noh menghembuskan nafasnya yang terakhir di Telok Blangah, dikediaman Temenggong Abu Bakar, Johor. Bila berita itu tersebar, ramaiorang dari berbagai peringkat, termasuk orang-orang Inggeris yang telahmasuk Islam melalui Habib Noh, dan mereka yang berada dikepulauan-kepulauan berhampiran telah datang untuk menziarahi beliau.Semua kereta kuda yang ada di Singapura memberhentikan aktiviti harianuntuk membawa pengunjung-pengunjung itu dengan percuma. Tapi sejurussebelum rombongan jenazah itu meninggalkan rumah Temenggong ke tanahperkuburan, satu fenomena ganjil telah berlaku.
Sebelum meninggal, Habib Noh telah berpesan kepada kawan-kawannya agarjenazah beliau dikebumikan di Mount Palmer, yang merupakan tanahperkuburan kecil pada masa itu. Walau bagaimana pun pada hari beliaumeninggal, setiap orang telah lupa mengenai pesan itu dan mereka semuabersedia untuk menuju ke tanah perkuburan Bidadari Muslim. Bila sampaimasanya untuk mengangkat keranda, ia tidak berganjak dari atas tanah.Tidak ada seorang pun terdaya mengangkatnya. Sekitaran jadi kelamkabut, dan hampir setiap orang menangis melihat keranda itu tidakberganjak walaupun cuba diangkat oleh lelaki-lelaki yang gagah.
Nasib baik, seseorang akhirnya teringat pada pesan Habib Noh dan telahtampil menceritakan hal yang sebenarnya kepada setiap orang. Setiaporang sedar bahawa mereka telah lupa pesanan itu lantas memutuskanuntuk bergerak ke Mount Palmer. Dengan kehendak Allah, keranda ituboleh diangkat dengan mudah dan laungan Allahu Akbar! bergema. Makajenazah Habib Noh telah selamat dikebumikan di Mount Palmer.
Karamah beliau tidak habis di situ saja. Semasa Perang Dunia Kedua,bila Telok Blangah dibom dengan hebatnya oleh Jepun, tidak ada satu bompun singgah di pusara Habib Noh. Dan bila kerajaan Singapura mahumembina satu jalanraya di Tanjung Pagar, jembatan telah direkabentukuntuk membengkok melengkarinya, tingginya hampir sama dengan kedudukanMakam Habib Noh. Hampir mustahil jika seorang pemandu kereta tidaknampak makam ini. Kini semua orang boleh menziarah makam ini tanpa perlu memanjat 49 tangga untuk ke sana.
Lain kali, bila anda sedang memandu kawasan itu ke arah jembatanjalanraya Tanjung Pagar ke arah Airport Changi, jangan lupa untuk membacakan Al-Fatihah untuk roh wali Allah ini.
Semoga Allah merahmati roh beliau.

Sumber: Sheikh Hassan Abdullah Al-Khatib, penjaga makam Habib Noh.

Di tujukan kepada Ayahanda mentua Syed Yasin bin Syed Abdul Rahman.

Monday, December 01, 2008

Balik Kampong di Singapura

Sebenarnya, Singapura adalah kampong orang rumah, di sinilah dia di lahirkan dan di besarkan. Rasanya sudah lama saya tidak ke Singapura dengan menaiki kenderaan sendiri. Jadi untuk sampai ke sana dengan memandu agak risau juga. Alhamdulillah dengan teknologi yang ada sekarang ini semuanya nampak mudah. Tugasan kali ini ialah bermalam di Bedok, mengziarahi makam Habib Noh di Plamer Rd dan jemputan perkawinan di Yisun. Di sebabkan saya tiada alat GPS, saya menggunakan Google Map untuk mencari ketiga-tiga lokasi. Semua lokasi saya simpan dalam fail PC.Risau kalau tak simpan dalam fail saya tidak boleh melayari internet melalui modem EDGE Digi semasa berada di Kota Singa. Sesampai di Woodland Checkpoint saya menyerahkan pemanduan pada orang rumah kerana saya akan membaca dan memberi arahan jalan melalui PC. Seronok juga kerana semua anak-anak pun terlibat sama membaca tanda dan nama jalan. Macam permainan mencari harta karun pula. Di sini semua nama-nama jalan nampak jelas. Rasanya tiada satu pun yang tertinggal atau hilang. Saya menggunakan dan melalui jalan tak bertol untuk menambah rasa seronok. Cukup sempurna saya sampai semua tempat tanpa bantuan dari orang. Syukur.

1. Bedok-Tempat tinggal di Tosca Terrace taman permainan masa dia kecil dulu. Rupanya bersebelahan jalan Singlap Rd (Singlap 5- Kugiran Pop Yeh Yeh Jafredin)

2. Makam dekat Palmer Rd. Hadiahkan Habib Noh surah Al-Fatihah.
3. Yisun-Selamat Pengantin Baru dan menempuh alam baru. Semoga Allah memberkati keluarga hingga ke akhir hayat. Amin.