Saturday, December 20, 2008

Susulan Projek Syawal-2 Bulan Belalu.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Pak Tani, maaflah tidak dapat datang ke rumah di PD minggu depan. Alhamdulillah sampai juga kami di sebelah pihak pengantin perempuan dekat P.Klang tengahari tadi 21/12/2008. Walau pada mulanya agak keliru kerana ada 4 majlis berhampiran dengan rumah pengantin. Lepas menjamu selera kami terus bergegas kerana ada satu lagi kenduri di Shah Alam. Entah macam mana kerana banyak jalan di tutup kami melalui depan dewan orang ramai dan terdetik untuk menoleh kat dewan tersebut. Banyak kereta dari Negeri, dan terfikir jangan2 ini mesti dari rombongan Pak Tani. Jika selama ini cuma berbalas di chat box tak sangka akhirnya saya bertemu juga. Allahu Akbar.

Dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini banyak masa saya habiskan berkerja di kebun. Nasib baik 'kebun' dekat dengan bandar tidak perlu bersusah payah balik kampong. Dulu, saya kerap berulang-alik setiap minggu semata-mata memenuhi minat bekerja kebun di kampung. Hasil kerja tidak sebanyak mana sebab kehabisan tenaga sewaktu memandu, maklumlah perjalanaan untuk sampai ke destanasi sudah memakan masa 3 atau 4 jam. Ini belum lagi soal kos minyak dan tol. Itu yang saya berfikir dan citakan setiap kali memandu berulang-alik, alangkah baiknya jika ada tanah di bandar. Sehinggalah saya di beri kekuatan untuk mencuba untuk membuktikan pada diri sendiri. Boleh ke generasi muda membuka kebun sebagaimana orang tua dahulu meneroka hutan menjadi kampung? Ayah kata kalau bagus seseorang itu, di campak ke laut menjadi pulau, di lontar ke darat menjadi gunung. Penerokaan tanah di bandar bermula pada akhir 2004. Insyallah ia akan berakhir sekiranya matlamat asal berjalan seperti yang di rancang.


Rumpun pokok kantan ditanam selepas raya tempohhari tiada kelihatan langsung.
Petani bukan kerja mudah, banyak tumpuan harus di berikan. Hari ini kebun nampak cantik mulalah kita ambil gambar, semuanya nampak indah. Tapi, bila alpa sedikit sekelip mata kebun indah bertukar menjadi belukar, rumput lebih tinggi dari tanaman. Masa tu semangat jadi luntur tiada lagi gambar terbaik untuk tontonan dan tiada lagi khabar berita untuk tatapan. Maka projek jadi sia-sia dan kerja ditinggalkan begitu saja. Itulah pengalaman dan saya melaluinya. Disini saya akan berkongsi bagaimana projek syawal tempohhari gagal kalau tiada tumpuan. Mungkin kerana dekatnya jarak kebun sedikit sebanyak memainkan peranan bagi kerja pemantauan, maka matlamat asal masih lagi mengikut landasan. Cuma kini masa akan menentukan.
Pemotongan rumput membersihkan semak, kebanyakan tunas baru b.kantan mulai tumbuh.

No comments: