Thursday, May 27, 2010

Runtuhnya Pengkalan Semangat 1

Petang semalam selepas balik kerja saya melawat perkembangan terbaru tanah di sebelah utara. Di sinilah terletaknya fasa 1 dan 2 yang mengandungi pondok pertama yang di dirikan empat tahun dulu. Pondok ini saya namakan Pengkalan Semangat 1,PS1 bersempena dengan pembukaan tanah dan lambang penerokaan tanah rezab sungai di bandar. Banyak kenangan semasa dan selepas pondok ini di dirikan salah satunya ialah membuat kerepek pada bulan puasa tiga tahun lepas.

2 tahun lepas pihak jurukur telah memaklum kepada saya bahawa kawasan pondok ini akan di majukan. Ini bermakna pondok dan tanaman jika termasuk dalam sempadan akan di bersihkan. Saya masih mengingati kata-kata juruukur supaya memindahkan pondok dan tanaman yang terlibat. Saya akur saranan beliau cuma saya tidak dapat memindakan pokok kelapa dan pondok. Pagi tadi saya berjumpa jurukur (Teo) dan beliau masih mengenali saya lagi. Dia menawarkan untuk memindahkan pondok dan pokok kelapa di tempat mana yang saya pilih. Malang sekali di sebab pondok yang telah usang ia tidak dapat di selamatkan, tetapi pokok kelapa pandan, durian dan mangga selamat di pindahkan di tempat baru. Pokok-pokok itu di tempatkan di tepi rumah yang akan saya beli nanti, Insyallah jika ada rezeki.
Rasanya jika menggunakan kudrat 4 kerat ini tidak mungkin saya mampu untuk mengangkat pokok-pokok kelapa ini. Alhamdulillah semua kerja-kerja telah selesai dipindahkan cuma saya selepas ini akan memberi pemantauan lebih ke atas pokok -pokok di tapak baru ini.

2 comments:

Mohd Noh Basri, said...

Salam. Susah nak cari orang yang bersemangat mcm En.Eldor nie :)
Saya kagum dengan istiqamah En.Eldor dalam mengusahakan projek tu... tahniah!....

Orang Padi said...

Terima kasih en Mohd Noh Basri, harta yang paling mahal ialah ilmu(akal) dan jika digunakan pada jalan kebaikan.Ayuh mari kita usahakan.