Sunday, April 29, 2007

Pondok Sebagai Pangkalan Semangat


Tiada yang seronok selain dapat mencapai impian,oleh itu dengan siapnya sebuah pondok maka kekuatan semangat dapat di mulakan.Saya telah menamakan pondok ini sebagai"Pangkalan Semangat".Segala peralatan pertanian seperti jebak,cangkul,parang dan tong penyembur racun saya letak di sini.Bahkan tempat ini saya jadikan stor barang-barang lama dari rumah saya.Saya juga meletakan 3 bekas air untuk menadah air hujan.Tujuan air ini adalah untuk mencuci tangan dan membersihkan diri, di samping boleh digunakan untuk menyiram tanaman.

Tetapkan Niat Kuatkan Semangat

Setelah hampir kecundang pada pusingan pertama kini saya melangkah ke pusingan seterusnya.Saya perlu akur bahawa perancangan awal yang di buat mestilah diselesaikan.Saya yakin boleh dan saya mesti buktikan....Langkah untuk membina pondok yang terbengkalai hendaklah di sempurnakan.Maka pada penghujung tahun setelah saya ada sedikit modal,saya telah memulakan projek.Hasilnya....walaupun tak secantik namun cukup untuk saya berteduh dan berehat.Inilah pondok saya....

Wednesday, April 25, 2007

Hidup Ceria Kembali


Setelah meninggalkan projek kebun hidup serba tidak seceria seperti dulu.Minda saya terhalang kerana satu dari aktiviti kegemaran saya tidak dapat dipenuhi.Hidup saya sunyi dan sepi terutama pada hari-hari cuti kerana banyak masa terluang.Sehinggalah satu hari saya nekad untuk menjenguk projek yang di tinggalkan,bukan main banyak pisang yang dah berbuah begitu juga dengan bunga kantan ada 5 rumpun telah membiak.Sayang, pun begitu rumput dan semak pun setinggi pokok pisang.Gambar ini diambil menggunakan h/p berkemera kerana saya tidak bersedia sewaktu melawat tapak ini.Saya terasa begitu seronok sekali dan berjanji akan datang lagi untuk membersihkan seterusnya menjayakan projek ini.

Thursday, April 19, 2007

Pondok punca segalanya




Saya meninggalkan projek ini kerana menerima ugutan dari kontroktor pondok yang mengenakan upah lebih.Pada hal segala bentuk upah telah di persetujui dari awal lagi.Saya dengan perasaan yang sedih telah menamatkan projek pondok ini walaupun ianya 45% siap. Bayangkan pondok ini kelihatan seperti tangki air berbentuk empat segi.Jika saya naik ke atas tiang tidak dapat menampung berat dan saya mesti naik secara berhati-hati kerana ia bergoyang.Lihatlah pondok ini...di belakang pokok pisang.Maaflah gambar pondok tidak beberapa jelas.

Wednesday, April 18, 2007

Hujan oh hujan


Oleh kerana tanah yang saya uasahakan jauh dari jalan besar maka saya bercadang untuk mendirikan pondok untuk tujuan berehat.Pada kebiasaannya saya berlindung di bawah pokok besar setelah penat berkerja, tetapi ia tidak sesuai jika hujan turun.Maklumlah jika hujan lebat maka saya turut basah dan keduanya ialah takut kilat suka pokok yang tinggi dan rimbun....takut..daboooomm....
Setelah memilih lokasi tapak yang sesuai saya telah mendirikan pondokt.Buat kali pertama saya terpaksa mengeluarkan modal untuk membayar upah orang untuk membuat pondok.Setelah membandingkan harga saya memilih untuk mendirikan pondok batu.

Wednesday, April 11, 2007

Kegagalan projek utama






Kecewa sungguh bila mengenangkan banyak pokok kantan yang tidak dapat tumbuh selepas di tunggu.Apa yang kelihatan hanya 20 peratus saja yang tumbuh.Banyak faktor yang menyumbang dari kegagalan ini,pertama ialah pemilihan benih dari umbisi yang salah.Kedua pula ialah kedudukan terlalu terlindung dari cahaya matahari.Oleh itu langkah drastik mesti di ambil untuk menjayakan projek utama dari gagal.Di sebabkan tiada peralatan (mesin tebang pokok)saya hanya mengunakan sejenis racun pokok yang di campur dengan minyak disel.Caranya dengan menyapukan campuran racun ini ke atas batang pokok yang di tarah di keliling pokok.



Tuesday, April 10, 2007

Menanam pisang klon baru




Pada Fasa 1 terdapat 3 baris pokok bunga kantan di mana setiap baris terdapat 30 pokok.Manakala setiap antara baris saya ada menanam pokok pisang dengan tujuan untuk pokok pelindung.Pokok bunga kantan sesuai pada tanah yang lembab dan tidak berapa sesuai jika terdedah terus kepada cahaya matahari terutama bila baru ditanam melalui umbisi.

Saya juga ada menanam pisang tanduk dan klon baru pisang yang saya panggil Raja Tylon.Orang tua saya telah memberi benih-benih ini untuk di biakkan di bandaraya takut pupus kerana keadaan tanah di kampong sekerang ini sudah tidak sesuai untuk tanaman pisang.Saya pun perasaan juga keadaan kampung di mana pisang-pisang dah tidak subur jika di bandingkan dengan sewaktu saya kecil dulu.Apakah kampung saya mengalami akan tempias kepanasan sejagat.

Monday, April 09, 2007

Menanam

Saya sekali lagi balik kampong untuk melihat orang tua dan pada masa yang sama membawa benih pokok kantan.Saya mengangkat satu guni besar ke dalam 'bonet' kenderaan hinggakan baju beg saya letakkan di celah-celah kaki.Setelah sampai ke bandar saya terus bergagas ke ke tapak yang sudah di bersihkan.Berat mata memandang,berat bahu yang memikul seguni benih kantan.Saya dah banyak kali berhenti berehat dari tempat 'parking' ke tapak semaian.

Rasanya macam patah pinggang berjalan 1 km dengan membawa beban.Sebaik berehat seketika saya meneruskan proses penanaman pokok kantan.Jarak lubang pokok ke pokok sejauh 2 meter.
Mata cangkul sudah rosak kerana banyak kali terkena batu, tetapi nasib baik lubang yang saya gali sudah mencukupi untuk setiap benih yang saya bawa dari kampong.

Friday, April 06, 2007

Meracun

Orang tua saya telah memberi tunjuk ajar apa yang perlu untuk segala proses kerja ini.Saya pergi kekedai pertanian untuk mendapat barang yang diperlukan di samping itu juga saya mendapat sedikit sebanyak panduan, hampir sama dengan yang di terangkan seperti orang tua saya.

Orang tua saya memberikan pam racun manual yang boleh mengisi 20 liter air secara percuma.Lega juga rasanya kerana semua peralatan sudah lengkap.Saya memilih hari yang sesuai untuk membuat kerja ini, saya memilih waktu pagi kerana kurang berangin.Tambahan lagi cuaca sedikit panas mempercepat resapan racun ke rumput.

Saya telah menghabiskan hampir 17 tong untuk menyiapkan Fasa 1.Lenguh dan rasa sengal-sengal badan terutama pada bahagian bahu sebab mengambil sumber air jauh dari Fasa 1.Tapi lihatlah hasilnya sebelum(kiri) dan selepas(kanan).



Thursday, April 05, 2007

Bermulanya Fasa 1

Setelah mendapatkan peralatan yang sesuai untuk membersih belukar maka kerja-kerja menebas pun di lakukan.Kerja ini di lakukan pada waktu petang sesudah pulang dari kerja.Bukan main semangat lagi untuk menjayakan projek ini,yang pastinya libasan demi libasan hingga tidak menyedari masa dah hampir jam 7:00 petang.Acap kali juga parang terkena batu, malah mata parang banyak yang sumpik hinggakan menjadi tumpul.Besar juga kawasan di fasa 1 dah nampak cerah dan lapang.

Saya bercadang selepas fasa 1 dah habis menebas maka kerja-kerja meracun pula saya nak buat.Nasihat dari orang tua saya perlukan untuk kerja meracun kerana saya tak pasti racun yang sesuai untuk rumput kat sini.Saya cuba meminiminakan penggunaan racun takut tak baik untuk tanah dan tanaman kelak.

Wednesday, April 04, 2007

Plot Kawasan


Kawasan ini saya boleh pecah-pecahkan kepada beberapa fasa mengikut kesusahan untuk dikerjakan dan masa yang terhad.Terdapat 9 fasa yang harus di selesaikan dalam tempoh yang saya telah tetapkan.Menurut dalam perancangan saya secara kasar untuk membersihkan fasa 1 hingga fasa 9 mengambil masa 9 bulan.Masa yang lama di perlukan adalah di sebabkan beberapa faktor:-
i .Saya cuma dapat turun 2 hari dalam seminggu itu pun jika tiada aktiviti-aktiviti lain.
ii. Mengunakan tenaga empat kerat dan peralatan ringkas saja.
iii. Modal kecil tak mengupah/menggaji
buruh.
Mengikut anggaran keluasan tanah yang saya lakar secara kasar seluas 2 ekar.

Tuesday, April 03, 2007

Survey Tempat

Tinggal di bandar besar memang terlalu sukar untuk mencari tapak yang sesuai.Jika ada pun tempat yang yang di buat mesti susah untuk di lalui maklum tiada jalan masuk.Saya telah meninjau di beberapa kawasan sehinggalah menemui sebuah lokasi yang paling ideal.Objektif utama tak perlu keluarkan modal untuk menyewa tapak sudah ada di depan mata.


Lokasi ini berhampiran tepi sungai dan ini di anggap sebagai rejab sungai.Saya terpaksa berjalan kaki sejauh hampir 1 km dari jalan luar.Kali pertama melihat lokasi ini macam tak yakin nak bersihkan kawasan belukar ini,malkumlah kawasan semak ini sama tinggi dengan saya sendiri.Tambahan lagi ia terdapat banyak pacat maklum hari masa buat survey baru lepas hujan.