Thursday, October 25, 2007

Penjelajahan Ke Utara Semenanjung Malaysia

Alam Misteri

Saya berkesempatan ke utara minggu ini bermula hari Rabu hingga Jumaat atas urusan resmi kerja pejabat.Saya bertolak dari tempat kerja pada waktu pagi dan sampai jam 12:30 tengah hari di Ipoh.Selepas menyelesaikan semua masalah saya menuju ke Penang iaitu di Menara Komtar.Sempat juga saya singgah kawasan rawat dan rehat di Sg Siput yang berwajah baru untuk solat dan makan tengah hari.Jam 3:30 petang saya meneruskan lagi perjalanan dan tepat jam 5:15 petang saya dah sampai ke Komtar, setelah menyelesaikan tugasan kerja yang telah di amanahkan untuk hari ini saya bertolak pula ke Alor Setar kerana ingin bermalam di sana. Saya benar2 keletihan kerana terperangkap 2 jam akibat kesesakan semasa melalui jambatan Pulau Pinang.Hujan geremis turut menyumbang 'tangki air' kawan saya cepat penuh.Pada mulanya saya berhenti di lorong kecemasan untuk melepas hajat kecil tapi rasa tidak selesa pula.Jadi saya memandu laju untuk mencari tempat, sehinggalah sampai ke destenasi Sg Muda.Setelah semuanya selesai kami pun bertolak.Sepanjang perjalanan ke Alor Setar saya tehidu bau yang hanyir macam bau ikan, nak bertanya kawan takut dia terasa pula.Hiran juga dari mana datang bau hamis, tingkap kederaan saya semua rapat.Hinggalah sampai di rumah kawan, bila dia mahu membuka pintu saya bertanya samada dia berbau hanyir.Dia diam.Dalam perjalanan ke hotel saya menyesal kerana bertanya tadi mungkin dia tersinggung agaknya. Keesokan hari kawan pun memberi tahu dia juga bau hanyir macam bau darah semasa di Sg Muda hinggalah ke Alor Setar.Dia berkata ada "orang" lain menumpang. Dan berpesan jangan menegur tapi hendaklah membaca ayat Kursi jika ada sesuatu pekara yg pelik secara tiba-tiba.Syukur semuanya selamat.

Alam Pertanian
Kebetulan ada ekspo pertanian di perkarangan stadium Darul Aman bersebelahan dengan hotel saya tinggal. Malam tadi saya bercadang meninjau tapi kerana keletihan saya tertidur hingga ke pagi. Selepas segala kerja opis dah beres, saya meninjau semua gerai2 pertanian. Jabatan pertanian dari daerah Kuala Muda ada menjual benih kelapa pandan dan matag. Saya memang berhajat membeli pokok kelapa pandan.Memang kenalah tu, harga pula berpatutan.Bukan itu saja, mereka juga menawarkan benih mangga chokanan dengan diskaun hebat. Sayang kenderaan saya dah penuh dengan muatan lain, jika tidak saya beli banyak. Banyak lagi Jabatan yang mempamerkan produk masing-masing, salah satunya lembu gergasi. Sesiapa yang tinggal berhampiran Alor Setar kalau tidak berkunjung memang rugi, macam-macam ada.

Tuesday, October 23, 2007

Gambar terbaru Fasa1~Fasa9A & Cawangan

Berikut ialah kawasan tanah rezab seluas 2.5 ekar yang telah selesai saya tanam bermula pada akhir tahun 2004 hinggalah Raya ketiga tahun ini.Walaupun memakan masa yang lama tetapi usaha dan kesabaran berbaloi juga.

Fasa 1 Tanaman terawal Pokok Kantan semasa mula meneroka pada akhir tahun 2004 dulu. Fasa 2-Terdiri dari pisang tanduk,berangan dan restali.80 pokok cili padi dan b.kantan.
Fasa 3 Pisang restali, bunga kantan dan serai.Fasa 4-Pisang Raja Tylon,berangan,restali tanduk,lemak manis,bunga kantan,kelapa pandan,durian tembaga dan keladi. Fasa 5-Pisang Abu,restali,pokok pandan dan bunga kantan.Fasa 6-Bunga Kantan.Kawasan berpenyakit pisang dalam proses kuarintin (anak pisang akan dimusnahkan semua peralatan spt parang tidak boleh digunakan di fasa lain.Diganti tanaman keladi.Fasa 7-Satu lagi pit stop terdapat pisang Abu dan restaliFasa 8 Pisang restaliFasa 9-Pisang Restali Fasa 9A Cili padi 200 pokok. Cawangan Di Antara Gapi-80 pokok pisang,2kelapa pandan,10 kelapa gading dan 18 kelapa matag.










Monday, October 15, 2007

Pulang Dari Kampong

Tahun ini merupakan cuti hari raya yang paling pendek saya ambil.Apa tidaknya hari kedua saya dah bertolak dari kampong.Masuk hari ketiga (Isnin) saya dah mula projek menanam cili padi di Fasa 9A.Jika mengikut perancangan awal, fasa ini sepatutnya dah sebulan lewat dari tarikh asal.Sebab pertama kerana projek kerepek yang tidak dijangka mendapat sambutan ramai. Keduanya, ketiadaaan hujan yang kerap maklumlah dah masuk monsun peralihan. Alhamdulilah, sejak masuk bulan syawal hujan kerap kali turun.Mengikut kiraan hampir 200 pokok cili padi saya pindahkan dari tapak semaian ke batas.Batas-batas ini telah siap dibuat sebelum bulan puasa lagi.


Oh ya sebelum itu semasa saya berjalan kaki ke kebun, tasik ladam hampir separuh telah di kambus.Dan tanah-tanah dah diratakan.

Tuesday, October 09, 2007

Rakusnya Pihak Pemaju.


Petang semalam saya melawat kebun selepas tamat waktu pejabat.Agak terperanjat laluan ke kebun yang penuh dengan longgokkan tanah merah telah habis di ratakan dengan jentolak.Mudahlah perjalanan ke kebun, tapi saya risau kerana pihak pemaju perumahan telah menimbus ke atas tasik ladam yang bersempadankan kebun rezab saya. Dan salah satu tiang sempadan telah memasuki tanah rezab sungai.Dua tahun lalu saya telah merujuk ke JPS Selangor dan Pejabat tanah Petaling memaklumkan status tanah rezab sungai.Mereka tidak membenarkan sesiapa pun mendirikan bangunan atau rumah di tanah tersebut.Kelebaran rezab sungai bergantung kepada lebarnya sungai tersebut.Jika lebar sungai 20-40m maka lebar rezab kiri dan kanan sungai ialah 40m.Jika lebar sungai lebih 40m maka lebar rezab kiri dan kanan ialah 50m.

Kemungkinan sekembali saya bercuti di kampong minggu depan banyak tanaman saya akan di bersihkan.Kekadang saya merasa hairan bagaimana pihak pemaju membina rumah di atas tanah rezab sungai tanpa tiada sebarang tegahan dari pihak berkuasa.






Monday, October 01, 2007

Minggu Yang Sibuk

Hari Jumaat lepas saya kena ambil EL kerana banyak pekara yang hendak di selesaikan.Pertamanya bayar loan kereta dan bil-bil bulanan yang ada kat rumah maklumlah gaji dah dapat.Lepas solat jumaat terus ke kebun (salin pakai 'tradisional hang kebun' kat PS).Sempatlah beraksi 4-5 jam mengambil 7 tandan pisang restali,70 btg bunga kantan,15 jantung pisang dan 5 biji betik muda.Rutin ini mesti saya buat takut 'kontrak'dengan kedai Cina buah (pisang) dan juga kedai Minang sayur kampong terjejas jika bekalan tak konsisten.


Sabtu pagi sebelum ke kebun hantar barang2 tu dulu.Hari ini jadual memang ketat,target nak dapatkan sekurang2nya 15 kg kerepek pisang, sebab tempahan 30kg dari Rawang dalam masa dua hari.Saya gunakan periuk mengantikan kuali untuk menampung kadar gorengan yg lebih besar.Jika menggunakan kuali saya boleh mengisi 6 kg minyak tapi dengan periuk ini 12kg minyak saya boleh masukkan sekaligus.Wow 11 biji pisang tanduk untuk setiap gorengan.Nak di jadikan cerita dlm pertengahan mengoreng 12:30 tengah hari gas masak habis alamakkkkk.....macam mana ini?Saya mencari kekuatan,teringat dulu kat gunung Kinabalu orang perempuan Sabah mengalas tong gas turun naik gunung.Hebat.Takan saya tak boleh buat.Bila fikiran dah betul2 kuat saya pun memikul tong gas dan memulakan langkah sejauh 1km ke kereta.Sampai pun.Selepas membeli dan menukar dgn tong yang baru kali ini beban bertambah berat.Minda saya kena set supaya lebih kuat, kali ini cerita perang Khandak pula.Cerita Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya bersusah payah menggali parit di tengah perit matahari menjadi motivasi semasa berjalan dan memikul tong ke pondok.Alhamdullilah selamat juga saya membawa balik tong gas baru, rasanya mcm cepat sampai.Agaknya saya berlari-lari anak tadi kut.

Setelah berehat saya pun mandi kat PS,aduhhhh...nikmatnya mandi air hujan.Hilang semua rasa penat tadi.Memang berbaloi saya menyimpan/menadah air hujan.Saya mandi sepuas-puasnya.Akhirnya dapat juga target untuk hari Sabtu.Petang itu saya hanya minum air kelapa muda untuk berbuka.Itu yang saya inginkan sejak tengah hari tadi.


Hari Ahad saya membawa generator untuk menghidupkan kipas angin.Memang rasa sejuk kerja hari ini, santai aje. Semuanya tiada masalah yang timbul .Target dapat.Penat tu memang lah, rasa2 tak sanggup nak terima tempahan lagi.Sebenarnya ini bagus untuk saya menghargai kerja tetap saya sekarang.Ialah kadang-kadang saya rasa nak berhenti kerja jika menerima tekanan tetapi nampaknya pengalaman kerja sendiri lebih sukar buat masa ini,tapi entahlah.....