Wednesday, September 26, 2007

Promosi Kerepek Pisang

Kerepek pisang di ambil dan di buat terus di kebun, ini untuk memastikan jaminan kesegarannya.
InsyaAllah beberapa minggu saja lagi kita akan bertemu dengan bulan Syawal. Seperti biasa dgn kedatangan bulan Ramadhan ni taukey kuih raya dah mula mempromosikan produk masing-masing. Saya pun tak terkecuali lah ni, kerepek pisang tanduk, pisang nangka dan pisang Raja Tylon (favorite saya).
Berita baiknya ialah HARGA JUALAN MASIH HARGA 4 TAHUN DULU!! WOWWW unbelievable!!! Bagi berat 500g ini masih dijual dengan harga RM5.00.
Untuk order sila sms saya di 016-2032567 (data call-pc aktif pada jam 6ptg -8mlm). Kami tidak menyediakan khidmat penghantaran tapi temu janji boleh di buat. Order/booking ialah berdasarkan 'first come first serve' dan selagi stok masih ada.

Tuesday, September 25, 2007

Permintaan Kerepek Pisang

Hari Sabtu dan Ahad siang banyak masa saya gunakan untuk membuat kerepek pisang di Pengkalan Semangat,PS.Bulan puasa tahun ini banyak tempahan yang saya dapat.Mula-mula tu buat kerepek kerana terpaksa kerana harga pisang tanduk murah iaitu RM1.30 sekilo.Nak dapat harga RM1.50 sekilo bukan main susah.Bertapa susahnya saya memikul setiap tandan sejauh 1 km, tak berbaloi jika harga murah.Jadi, jalan terbaik ialah membuat end product iaitu kerepek.

Pengeluaran taklah banyak, untuk 2 hari saya dapat menghasilkan 20 kilo kerepek pisang tanduk. Buat taklah susah sangat cuma nak tunggu masa mengoreng yang agak lama 25 minit setiap gorengan. Panas,haus,muka berminyak dah tinggal biasa aje...

Harga untuk sekilo yang saya jual sekarang pada orang tengah ialah RM10.Saya sarankan dia orang boleh jual dengan harga yang berpatutan mungkin RM15 atau RM16. Biasanya harga kerepek pisang tanduk kat luar mahal iaitu RM18 dan yang RM25 sekilo pun ada.Kesian orang yang nak makan.Saya tak boleh jual terus kat customer.....malu tak boleh cakap...heee....

Friday, September 21, 2007

Akhirnya Saya Jatuh Sakit

Semua kegiatan kebun pada minggu ini terhenti, sebabnya saya dan keluarga mengalami sakit secara serentak.Saya tak tahu dari mana punca penyakit.Jika di ikutkan dari makanan yang tercemar; ianya tak mungkin.Saya tidak pernah membeli makanan dari luar samada di restoran atau gerai atau bazaar Ramadan.Lagipun emak yang menyediakan makanan tidak menggalakan kami untuk membeli di luar, dia cerewet jika makanan yang di sediakan tidak bersih.

Kemungkinan kami di jangkiti dari keluarga adik yang datang minggu lepas.Sebelum itu, mereka ini mengalami sympton sama dan telah di masukkan ke wad. Kami tak melawat beliau semasa di hospital takut ia berjangkit.Selepas mereka keluar dari wad mereka terus ke rumah kami. Keesokan hari kami pula mengalami muntah-muntah dan cirit-birit yang berterusan.Kami ke hospital dan kami di tahan.Dah bertahun saya tidak pernah membatalkan puasa hinggalah kelmarin saya mengalah juga.Saya kena memakan ubat untuk menghentikan semuanya.Jika tidak badan kami akan kekeringan.

Bila saya sakit banyak hikmah yang saya dapat.Pertamanya bila sakit saya dapat bezakan nikmat semasa saya sihat selama ini.Keduanya rupanya sakit ialah rahmat juga samada dari segi sains mahupun rohaniah.Ketiga saya dapat bonus maklumlah pihak insuran akan membayar jumlah hari kami tinggal di hospital.

Saya ingin mengucapakan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Zalina dan Dr. Indon dan semua kakitangan hospital Subang Jaya Medical Center yang sentiasa memberi perkhidmatan yang cermerlang dari dahulu sehingga sekarang (saya dah 13 tahun mengenali mereka).Saya sanggup menunggu di ER selama 3 jam dan bertegas tidak mahu ke hospital lain walau di sarankan berbuat demikian kerana wad penuh semasa kedatangan tempoh hari.

(6:45am21/9/07SJMC264)

Friday, September 14, 2007

Membuat Kerepek Di Pengkalan Semangat

Hari ini masuk hari ketiga umat Islam berpuasa.Setelah selesai solat subuh saya bersiap mengemas barang yang perlu untuk di bawa ke Pengkalan Semangat.Kali ini lebih banyak barang perlu di bawa ke pondok seolah-olah mahu berpindah ke rumah baru.Tong gas,dapur gas, minyak masak, kuali besar,dulang,sudip,penapis,pisau, garam,bawang putih,plastik beg dan mancis.Saya dah listkan barang tu sebelum tidur malam tadi.Bukannya apa kalau bersiap awal kurang risikonya untuk tertinggal barang.



Jam 6:30 pagi saya dah siap masukkan semuanya ke dalam bonet kereta.Perjalanan dari rumah ke kebun mengambil masa 5 minit aje.Cuma dari tempat parking kereta ke kebun perlu berjalan kaki sejauh hampir 3/4 km.Jalannya agak sukar kerana banyak longgokan tanah merah. Jika jalan berlengang pun dah penat apatah lagi pikul tong gas.Aduh...susah beb...Mujurlah awal pagi taklah panas sangat.Saya berulang alik sebanyak 3 kali dari kereta ke pondok barulah semuanya habis di punggah.


Sesampai ke kebun terus menebang 4 tandan pokok pisang tanduk.Kena pilih pisang yang special sikit untuk dibuat kerepek,pertengahan antara muda dan tua.Jika terlalu tua kerepek cepat lemau tapi rasanya manis dan terlalu muda ianya bergetah dan angin satu badan.


Pisang tanduk mudah di kopek dari kulit kerana saiznya yang besar.Lukakan satu garisan dengan hujung mata pisau pada segi pisang, ia mudah ditanggalkan kulitnya walaupun dengan tangan saja.


Biarkan sejenak pisang yang telah di kopek tadi ini bertujuan supaya getah pada permukaan isi itu kering.
Pada masa yang sama bolehlah panaskan kuali yang berisi minyak.Setelah minyak panas,iriskan/sagat pisang kedalam kuali.Biasanya dengan memasukkan 5kg minyak masak saya boleh mengoreng 6 batang isi pisang sekaligus.
Kerepek pisang sudah masak jika semua isi timbul ke permukaan minyak dan rasa ringan ketika membalik-balikkannya.Masukkan garam dan bawang putih yang di tumbuk lumat sebelum di angkat.Biarkan ia sejuk sebelum di masukkan ke dalam bekas.

Saya bercadang proses pembungkusan dibuat selepas solat terawih malam ini di sebabkan badan terlalu letih.Selepas membersihkan semua peralatan saya pun berangkat pulang ke rumah.Kali ini perjalanannya membawa barang ke kereta dirasakan terlalu jauh apatah lagi dengan terik matahari.Tuhan sajalah yang tahu bertapa hausnya saya, semua minuman yang sedap terlintas pada masa itu,jus limau,air kelapa,pehhh...



Alhamdulillah tercapai juga puasa hari ini, selepas bersolat terawih saya balik ke rumah dan terus membungkus kerepek ke dalam plastik.500g untuk satu bungkus plastik.Sebanyak 10kg kerepek habis saya bungkus untuk malam ini. Terhasillah kerepek yang tak berjenama yang paling segar di hasilkan dan di goreng terus dari ladang. Bukan itu saja setiap penghasilan sejak mula ia di tanam di mulai dengan kalimah syahadah.Semoga sesiapa memakannya beroleh kebaikan di dunia dan akhirat.Aminnn....

Tuesday, September 11, 2007

MARHABAN YAA RAMADHAN



Mata kekadang salah melihat....


Mulut kekadang salah berucap....


Hati kekadang salah menduga.....


Maafkan segala kesilapan yang pasti Ada....


*** Mohon Maaf Zahir Dan Batin ***


Marhaban ya Ramadhan,


Bulan dimana nafas Kita menjadi tasbih, tidur Kita menjadi ibadah, amal Kita diterima Dan


do'a Kita di ijabah,


Sungguh cantik kain plekat, dipakai orang pergi ke pekan.


Puasa Ramadhan semakin dekat, silap Dan salah mohon dimaafkan


Berharap padi dalam lesung, yang Ada cuma rumpun jerami,


Harapan hati bertatap langsung, cuma terpapar di blog ini.


Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir,


Sebelum pintu tobat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,


Saya mohon maaf lahir Dan bathin....


Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,


Marhaban Ya Ramadhan


Allaahumma baariklanaa if Sya'ban WA ballighnaa Ramadhan


Aminn.


" Do'a Malaikat Zibril Menjelang Ramadhan "


"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih Ada);


* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;


* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat Kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat Dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah Dan para sahabat, Dan dilakukan pada Hari Jum'at.


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA


SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL,


AAMIN.

Saturday, September 08, 2007

Mencari kawasan baru

Sudah berbulan saya tidak nampak kelibatnya.Rasanya semenjak menggunakan jalan baru untuk ke kebun.Dulu saya kerap terserempak bila berjalan melalui kebun beliau.Kali terakhir saya bercakap dengannya semasa dia masih cedera kerana patah kaki.Pagi tadi saya cuba meninjau kebunnya, tak terkata saya. Semaknya....
Mengikut dari semak samun yang kelihatan seolah-olah tiada apa-apa aktiviti, pokok tanaman langsung tak terjaga, terlalu banyak pokok pisang dalam satu rumpun hinggakan buah terlalu kecil.Banyak pisang yang sudah ranum di atas pokok.Kerap kali saya terkejut apabila banyak ayam hutan berterbangan sambil berbunyi keluar di celah-celah semak.
Sepanjang petang tadi saya mencarinya di taman perumahan berhampiran dengan kebun.Satu lorong ke lorong.Satu blok ke blok.Semua orang yang saya temui saya ceritakan gambaran tentangnya.Semuanya hampa.Menyesal saya kerana dulu tidak terlintas untuk meminta nombor telepon atau alamat rumahnya.

Ia mengingatkan saya di kampung 9 tahun dulu.Pada masa tu saya mencari pemilik-pemilik tanah yang berhampiran dengan kebun kurnia ayah.Cuma masa tu caranya agak mudah kerana saya gunakan pejabat tanah daerah untuk mencari alamat setiap pemilik lot tanah.Kemudian dengan adanya alamat(biasanya rumah tak bernombor) barulah saya pergi ke merata mukim dan daerah.Masalahnya kebanyakan orang saya yang temui cuma tahu nama gelarannya sahaja;contoh Pak Din Singer(pengedar barangan Singer) merujuk kepada Mohd Zainuddin.Hanya orang tua-tua yang seusia yang tahu.Tanah kurnia yang kerajaan beri tu banyak pemilik tidak tahu di mana lokasinya.Ada yang menawarkan untuk menjual atas alasan mereka tidak berkemampuan untuk mengusahakan.Sebenarnya tanah kurnia TIDAK boleh dijual,itu yang di tegaskan oleh pegawai di pejabat tanah.Projek yang saya usaha bersama-sama abang ipar selama 7 tahun akhirnya selesai pada 2003 merangkumi kawasan seluas hampir 30 ekar yang di tanam kelapa sawit.Kelambatan projek banyak di sebabkan oleh proses ganti rugi dan tukar nama.Pemandangan dari atas Projek di Johor.
Sempena ulang tahun ke 10 saya ingin menambah tanah di kawasan bandar pula . Tapi kali ini di negeri Selangor.Fasa 1 telah bermula pada tahun 2005 manakala fasa terakhir Fasa 9a di jangka siap dalam sebulan lagi, Insyallah. Bagi menambah keluasan yang sedia ada, saya cuba membayar ganti rugi keatas tanah jiran.Tahun lepas jiran ini ada menawarkan tanah rezab dia, tapi saya tidak yakin kerana kerja di bahagian saya pun tak terhabis. Alhamdulillah, setelah ada kekuatan dan boleh mengawal selia tanah rezab yang sedia ada,kini saya cuba meluaskan kawasan di sebelah utara pula.Semoga Allah merestui perkerjaan ini,amin....Lakaran Projek Selangor.






Thursday, September 06, 2007

Cubaan Menanam Serai

Menyedari cara penanaman serai salah, kali ini saya cuba menanam semula setelah rasa yakin pada diri sendiri. Sebenarnya banyak maklumat dan ilmu saya ceduk dari blog lain, terima kasih pada blog AkuSeorangPetani yang menceritakan pengalaman beliau.Semoga ilmu anda menjadi sedekah dan mendapat balasan yang berterusan.Saya mempratikkan menanam secara lambang 'Mercedes'.Manalah tahu suatu masa nanti saya mampu memilikinya, Insyalah...


Tuesday, September 04, 2007

Tak Terhabis Nak Makan Sendiri....

Inilah hasil timbangan cili padi yang sebenarnya untuk kegunaan sendiri iaitu sebanyak 2.75kg. Rasa-rasanya tak habis saya nak gunakan sendiri untuk sebulan, jadi pagi tadi sebelum ke office saya singgah ke pasar pagi.Abang yang mengambil cili tadi siap offer kalau ada lagi tolong hantar tiap- tiap minggu,tapi harga agak rendah RM7 berbanding kalau kat kampong saya RM10 sekilo.Dalam perjalanan ke tempat kerja sempat berangan2 kalau saya gandakan 10 kali tanaman cili sekarang, banyak juga hasilnya.




=====================================================

Di bawah ini wajah perumahan di Singapura,kalau di ikutkan perumahan dah 3o tahun berpenghuni.Keadaan rumah dan persekitaran amat bersih sehinggakan saya nak cari sampah pun susah.Terdetik hati saya, bilakah rakyat kita sedar tentang kebersihan.....
Tahun lepas saya kena denda sebanyak $50 dollar kerana meletak kenderaan di petak parking warna merah.Saya terpaksa bayar sebelum keluar ke Singapura takut nanti auto card saya stuck kat check point. Jadi, kali ini naik bas dari JB ke Singapura adalah lebih pratikal bukannya apa, parking kat rumah sediri (saudara)pun kena bayar jika berkereta sendiri.Lagi pun sistem pengangkutan di kota Singa ini memang boleh di harap.Kali ini nak rasa bas panjang.....




Sunday, September 02, 2007

Kena Curi Lagi......

Agak memeranjatkan bila balik dari kampong banyak bunga kantan yang di curi orang.Inilah kali pertama kejadian kecurian yang melibatkan bunga kantan sejak sejarah penanaman.Selain dari itu 2 tandan pisang tanduk turut hilang.Pada mulanya memang ada perasaan sedih tetapi bila teringat semua rezeki datang dari Allah saya cepat2 beristifar. Jika kita redha kita akan mendapat rezeki lain, mungkin lebih banyak lagi.........

Yang pasti cili padi yang saya tanam telah mengeluarkan banyak buah.Esok saya bercadang memetik cili kemudian jika ada masa saya ingin menanam benih pokok serai yang di bawa dari kampong.Selama ini saya salah cara menanam pokok serai, itulah sebabnya pokoknya segan nak hidup.Orang tua kata tanam sampai akarnya saja, jika terlampau dalam nanti susah nak membiak.Esok saya nak cuba test.....tak sabar rasa menunggu hari esok.