Mengikut dari semak samun yang kelihatan seolah-olah tiada apa-apa aktiviti, pokok tanaman langsung tak terjaga, terlalu banyak pokok pisang dalam satu rumpun hinggakan buah terlalu kecil.Banyak pisang yang sudah ranum di atas pokok.Kerap kali saya terkejut apabila banyak ayam hutan berterbangan sambil berbunyi keluar di celah-celah semak.
Sepanjang petang tadi saya mencarinya di taman perumahan berhampiran dengan kebun.Satu lorong ke lorong.Satu blok ke blok.Semua orang yang saya temui saya ceritakan gambaran tentangnya.Semuanya hampa.Menyesal saya kerana dulu tidak terlintas untuk meminta nombor telepon atau alamat rumahnya.
Ia mengingatkan saya di kampung 9 tahun dulu.Pada masa tu saya mencari pemilik-pemilik tanah yang berhampiran dengan kebun kurnia ayah.Cuma masa tu caranya agak mudah kerana saya gunakan pejabat tanah daerah untuk mencari alamat setiap pemilik lot tanah.Kemudian dengan adanya alamat(biasanya rumah tak bernombor) barulah saya pergi ke merata mukim dan daerah.Masalahnya kebanyakan orang saya yang temui cuma tahu nama gelarannya sahaja;contoh Pak Din Singer(pengedar barangan Singer) merujuk kepada Mohd Zainuddin.Hanya orang tua-tua yang seusia yang tahu.Tanah kurnia yang kerajaan beri tu banyak pemilik tidak tahu di mana lokasinya.Ada yang menawarkan untuk menjual atas alasan mereka tidak berkemampuan untuk mengusahakan.Sebenarnya tanah kurnia TIDAK boleh dijual,itu yang di tegaskan oleh pegawai di pejabat tanah.Projek yang saya usaha bersama-sama abang ipar selama 7 tahun akhirnya selesai pada 2003 merangkumi kawasan seluas hampir 30 ekar yang di tanam kelapa sawit.Kelambatan projek banyak di sebabkan oleh proses ganti rugi dan tukar nama.Pemandangan dari atas Projek di Johor.
Sempena ulang tahun ke 10 saya ingin menambah tanah di kawasan bandar pula . Tapi kali ini di negeri Selangor.Fasa 1 telah bermula pada tahun 2005 manakala fasa terakhir Fasa 9a di jangka siap dalam sebulan lagi, Insyallah. Bagi menambah keluasan yang sedia ada, saya cuba membayar ganti rugi keatas tanah jiran.Tahun lepas jiran ini ada menawarkan tanah rezab dia, tapi saya tidak yakin kerana kerja di bahagian saya pun tak terhabis. Alhamdulillah, setelah ada kekuatan dan boleh mengawal selia tanah rezab yang sedia ada,kini saya cuba meluaskan kawasan di sebelah utara pula.Semoga Allah merestui perkerjaan ini,amin....Lakaran Projek Selangor.
No comments:
Post a Comment