Friday, April 08, 2011

AL-FATIHAH UNTUK AYAHANDA MERTUA SYED MOHAMED YASIN SYED ABD RAHMAN

Seawal jam 5:30pagi pada 5/4/2011 saya terjaga dari tidur, niat hati saya ingin melihat ‘abah’, ayah mertua yang berada di PPUM sejak semalam. Matlamatnya selepas waktu subuh saya bercadang ke PPUM sebab malam tadi abah banyak kali membuat panggilan ke handphone org rumah tapi bila di angkat tiada jawapan cuma dengar sayup-sayup bunyi mesin degupan jantung. Biasanya abah acap kali tertekan nombor orang rumah. Entah mengapa pagi tu, saya tidak jadi singgah ke PPUM sebaliknya terus ke pejabat kerana jam 8:45pagi ada kelas latihan WiFi yang perlu di uruskan. Saya bercadang datang selepas perasmian kerana boleh melawat abah lebih lama lagi taklah perlu tergesa-gesa. Tapi perancangan Allah yang mengubah segalanya, saya dapat berita abah meninggal sebelum membuat perasmian. Sempat saya bacakan teks ucapan Al-Fatihah untuk abah sebelum perasmian dan 5 minit kemudian saya terus ke hospital. Dalam perjalanan melalui DUKE saya mengubungi ibupejabat memaklumkan berita ini dan biasanya pengumuman ke seluruh staff melalui sistem audio akan disebarkan. Maaf pada kekawan kerana tak dapat balas balik sms yg di hantar.

Mencari tempat letak kereta di PPUM memang sukar terutama dalam waktu pejabat, dulu abah ada zikir yang diturunkan kpd org rumah jika jalan sesak,tiada parking atau sbgnya dia suruh baca…..semuanya akan mudah,insyallah. Sesampai saya di tingkat 4 CCU ramai sudara yang sudah menunggu. 20 minit kemudian jenazah abah sudah di bawa keluar dari hospital dan anak sulung beliau meminta ke masjid jalan 224 PJ untuk di mandikan. Alhamdulillah, saya dapat memandikan dan memkafankan beliau, sewaktu hayat dulu abah suka naik basikal (sebab itulah yang dia ada) dan memakai selipar. Jadi peluang memandikan ini saya gunakan untuk bersihkan tapak kaki dan tangan. Tapi….semua sudah bersih tiada tumit yang pecah-pecah yang biasa saya nampak dan tiada dedaki dan tiada najis bila di tekan perutnya. Wajah beliau bersih seolah-olah dia sedang tidur. Selepas tu jenazah abah di bawa ke Masjid Al Nahdah Al-Islam Seksyen 18 Shah Alam pula untuk di sembayangkan tapi di sebabkan waktu zohor sudah hampir kami menunggu azan. Selesai solat tahiyatul masjid, saya terlihat kucing masuk dan duduk bersebelah saya. Kuching yang sama duduk bersebelah keranda yang kami letakkan di depan bilik pak siak ke dalam masjid tadi. Hati saya berdetik kenapa biarkan kuching masuk kedalam masjid takut ia kencing kat karpet kan susah. Bila sekarang saya fikirkan semula, baru saya ingat abah selalu suka kasi makan kuching-kuching kat belakang rumah saya. Kadang mak mertua saya bising bila bersihkan lorong belakang rumah sebab tulang-tulang ayam atau ikan berselerak katanya malu kat jiran. Kadang abah jawap kerana ikhlas pada anjing org boleh boleh masuk syurga. Selesai solat zuhur pihak masjid terus membuat pengumumum dan menerangkan serba ringkas solat jenazah. Masa solat jenazah hujan lebat turun tapi terlalu sekejap rasanya kurang 5 minit. Sebab bila bawa jenazah keluar dari masjid hujan dah berhenti tapi nampak sekitar masjid dah basah. Saya singgah ke Carefour Sek 23 untuk membeli air100 plus dan air mineral untuk jemaah yang menghantar jenazah. Rasanya lewat 15 minit dari van jenazah tapi bila sampai sana semua sudah selesai cuma baru nak mulakan bacaan talkin. Laju betul dia orang buat kerja menguruskan perkuburan di sek 21 Shah Alam semuanya teratur. Rugi betul saya tak sempat turun menyambut arwah dlm kubur, bila balik rumah saya besan yg sama2 turun meyambut jenazah bercerita dia tidak pernah mengangkat jenazah seringan abah. Terlalu mudah.

Apa yang terkilan saya tidak sempat meminta ampun di saat kematianya, entah kenapa saya tidak tergerak hati untuk melawat semasa arwah membuat banyak panggilan pada malam jam 11 sebelum meninggal. Rasa teramat bersalah dan menyesal mungkin sukar untuk dipadamkan , semoga daku mendapat petunjuk. Al Fatihah pada abah Syed Mohamed Yasin bin Syed Abd Rahman semoga ruhmu ditempatkan dikalangan orang-orang yg beruntung dan semoga kami mengikuti sifat-sifat mulia abah.Amin.

Friday, February 25, 2011

Rumah Belum Terjual Lagi

Dah banyak kali orang datang tengok rumah yang saya duduk sekarang tapi belum ada rezeki lagi yang buat serius deal. Kebanyakan nak minta kurangkan harga.Kalau sikit2 tak ada hal, buat masa ini masih menunggu lagi....Insyallah esok, lusa,tulat atau mungkin tahun depan kalau ada, jika tidak nampak gayanya kena sewakan rumah ini.
Terima kasih pada kekawan yang mendoakan cita-cita saya membeli rumah dekat tepi kebun. S&P sudah di tandatangani pada bulan 12 yang lalu. Sekarang ni kerja-kerja dah 20 peratus.Di jangka rumah boleh diduduki pada Ogos 2012, tapi rasanya mengikut track rekod pemaju ia siap lebih awal.Gambar di ambil bermula bulan 5 tahun lepas hinggalah la ni.....

Wednesday, September 15, 2010

Perkembangan Terkini Tanah Rezab Sungai.

Masih belum terlambat bagi saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Semoga puasa yang telah ditempuhi tahun ini menjadi pemangkin untuk menjadi insan yang lebih baik, Insyallah.

Pada pagi 1 Syawal kami telah menerima kelahiran satu kambing boer, kebetulan pada masa itu kami berada di kampung.Walaupun tiada siapa yang menyambut kelahirannya ia selamat dan sihat, Alhamdulillah. Begitu pada bulan puasa kami juga dapat seekor lagi anak kambing. Sempena menyambut bulan kelahiran kami menamakan kedua-dua anak kambing betina sebagai Ramadani dan Syawali.
Mengenai lembu pula, 2 ekor induk betina bersedia untuk menjalani proses untuk mengandung selepas raya ini berikutan Jabatan Verterina bersetuju datang kekebun.

Tanaman pucuk manis dan pokok asam yang ditanam secara percubaan bagi kegunaan sendiri seakan berjaya. Pembesaran agak perlahan kerana tidak pernah menyirami seperti di ladang en. Zakaria.


Projek syawal yang di lancarkan 2 tahun lepas yang melibatkan tanaman pokok kantan dan pisang nipah juga telah mengeluarkan hasil.

Sunday, August 29, 2010

Rumahku Syurgaku Untuk Dijual

Sebenarnya saya tidak tahu cara yang paling berkesan untuk mengiklankan rumah untuk dijual. Entah mana mahu mula dulu, tapi niat hati ingin menjual rumah yang saya duduki sekarang ini. Rumah yang saya diami ini sudah banyak berubah daripada keadaan asal. Lantai simen dari tingkat bawah ke tingkat 3 sudah di ubahsuai. Di tingkat bawah lantainya dipasang 'broken marble high grade' manakala tingkat1 dan 2 dipasang dengan parkir kayu grade A. Bahagian dapur telah dibesarkan dan tile sehingga ke siling. Manakala ruang tamu kami kami besarkan dan pintu kaca berbingkai kayu bagi mendapatkan pengcahayaan lebih di siang hari. Bilik air di tingkat 1 dan 2 juga telah diubah suai mengikut citarasa terkini termasuk tile2 yang di import dari Spain. Kedudukan rumah selang dua pintu dari rumah tepi banyak memberi banyak ruang letak kereta jika ramai tamu datang ke rumah.Begitu juga jarak dari sekolah rendah kebangsaan (2) cuma 150 meter memberi keselesaan jika ada anak yang bersekolah dengan berjalan kaki. Tambahan tanah yang berstatus 'freehold' memang jarang-jarang ada di Shah Alam. Rumah yang berada di Seksyen 25 di jual bukan atas dasar keuntungan tetapi untuk mendapatkan titik pulang modal agar tuan rumah baru nanti menikmati setuasi menang-menang seterusnya merasai barakah, Insyallah....
hubungi eldor 016-2199967 untuk harga terbaik.


Saturday, July 03, 2010

Lawatan Kedua Ke Ladang Pucuk Manis


Alhamdulillah petang tadi sampai hajat untuk melawat kali kedua ke ladang En. Zakaria di Beranang. Misi kali ini adalah mengambil anak benih berupa keratan batang pucuk manis. Saya pernah menulis tentang En. Zakaria dalam post terdahulu, cuma kali ini ada gambar ladangnya sekali. Sebelum ini ada diantara kawan-kawan di tempat kerja berat untuk mempercayai adanya tanaman pucuk manis yang melebih dari 10 ekar bila saya ceritakan tentang keluasanya . Kali ini mungkin mereka percaya bila melihat gambar kehijauan pokok-pokok pucuk manis yang begitu luas bukan itu saja beliau juga menanam sayur asam yang di tanam berhampiran ladang ini. Projek sayur asam ini telah dimulakan tahun lalu dan buat masa ini hanya 2 ekar yang mengeluarkan hasil.

Bila menyebut tentang pengalaman dulu beliau pernah mencuba berbagai projek tanaman seperti timun,kacang,serai dan tebu hinggalah kepada ternakan ayam kampong. Tetapi dia cukup serasi dan selesa bila mencuba tanam ini kerana pokok sayur ini cuma ditanam sekali sahaja dan hasilnya masih boleh dipetik hingga ke hari ini walaupun ada pucuk manis yang melebehi 4 tahun.

Saya mengenali En Zakaria bukan sahaja rajin semasa bekerja di TM bahkan selepas pencen dia masih begitu komited bila melakukan sesuatu kerja. Itulah rahsia kejayaan beliau.

Tuesday, June 15, 2010

Tanam Semula Di Fasa 1,2 dan 3


Penanaman semula rumpun pokok kantan telah di mulakan pada fasa 1,2 dan 3 pada hari minggu selepas kerja meracun rumput selesai.Sebanyak lebih 75 rumpun yang mengandungi sekurang-kurangnya 3 batang pokok pada setiap rumpun selesai di tanam. Jarak antara rumpun ialah 5-6kaki dan hanya sebaris yang di tanam kerana kawasan ban yang sempit disamping saya akan menanam pokok pisang nangka di sebelah tepi ban tidak lama lagi. Pada hari minggu juga saya telah menanam rumput napier taiwan di lereng-lereng ban berhadapan kawasan perumahan, hanya sebaris yang telah ditanam memandang pihak pemaju akan memenuhi lereng ban dengan rumput bagi mengelakan hakisan.

Thursday, June 10, 2010

Tolak dan Ansur

Pagi tadi Mr. Teoh dari pemaju perumahaan yang membangunkan kawasan perumahan berhampiran kebun menawarkan untuk membersihkan atas ban sungai. Sebenarnya saya meminta pihak pemaju supaya dapat membuang sampah dari kerja-kerja membersihkan dan meratakan tapak rumah sebelum menanam cerucuk dimulakan. Sebelum ini sampah banyak di longgokan di sepanjang ban sungai bukan sahaja menggangu jalan tetapi mencacatkan pemandangan.


Inilah tapak perumahan yang berhampiran dengan ban sungai sudah siap ditanam cerucuk. Jumlah bilangan rumah yang bakal di bina pada fasa ini mengandungi 59 unit. Ia mempunyai 4 baris dan baris yang terakhir akan dibina 4 unit, terletak hampir 150 meter dari PS2.




Memandangkan kerja-kerja membersih longgokan sampah atas ban siap awal, saya meminta pemandu back-hoe membuang rimbunan pokok-pokok pisang yang terkena penyakit. Bekas tapak pokok pisang ini akan digantikan dengan pokok kantan.Nampak sungguh cepat bila kerja kebun menggunakan mesin, rasanya kalau guna manual dua tiga hari baru siap. Selepas selesai kerja, Mr Teoh berjumpa saya di PS2 dan mengucapkan terima kasih atas tolak ansur dan kerjasama yang di beri selama ini.

Thursday, May 27, 2010

Runtuhnya Pengkalan Semangat 1

Petang semalam selepas balik kerja saya melawat perkembangan terbaru tanah di sebelah utara. Di sinilah terletaknya fasa 1 dan 2 yang mengandungi pondok pertama yang di dirikan empat tahun dulu. Pondok ini saya namakan Pengkalan Semangat 1,PS1 bersempena dengan pembukaan tanah dan lambang penerokaan tanah rezab sungai di bandar. Banyak kenangan semasa dan selepas pondok ini di dirikan salah satunya ialah membuat kerepek pada bulan puasa tiga tahun lepas.

2 tahun lepas pihak jurukur telah memaklum kepada saya bahawa kawasan pondok ini akan di majukan. Ini bermakna pondok dan tanaman jika termasuk dalam sempadan akan di bersihkan. Saya masih mengingati kata-kata juruukur supaya memindahkan pondok dan tanaman yang terlibat. Saya akur saranan beliau cuma saya tidak dapat memindakan pokok kelapa dan pondok. Pagi tadi saya berjumpa jurukur (Teo) dan beliau masih mengenali saya lagi. Dia menawarkan untuk memindahkan pondok dan pokok kelapa di tempat mana yang saya pilih. Malang sekali di sebab pondok yang telah usang ia tidak dapat di selamatkan, tetapi pokok kelapa pandan, durian dan mangga selamat di pindahkan di tempat baru. Pokok-pokok itu di tempatkan di tepi rumah yang akan saya beli nanti, Insyallah jika ada rezeki.
Rasanya jika menggunakan kudrat 4 kerat ini tidak mungkin saya mampu untuk mengangkat pokok-pokok kelapa ini. Alhamdulillah semua kerja-kerja telah selesai dipindahkan cuma saya selepas ini akan memberi pemantauan lebih ke atas pokok -pokok di tapak baru ini.

Tuesday, May 11, 2010

Capaikan Cita-Cita Kami.


Seperti biasa sebelum ke pejabat sempat singgah ke kebun dulu, rasa ada kelainan sedikit kerana tapak perumahan yang berhampiran dengan kebun sudah ada tanda-tanda untuk di majukan. Banyak tanah merah yang di longgokan tempoh hari sudah di ratakan dan kayu-kayu penanda untuk menanam cerucuk-cerucuk sudah berada di tempatnya. Sebenarnya saya sudah menunggu terlalu lama untuk melihat saat-saat seperti ini. Sejak bermulanya projek perumahan dulu perasaan ingin membeli rumah di kawasan ini sudah ada tetapi kerana jarak pada fasa terdahulu jauh dari kebun maka saya terus menanti.

Oleh kerana terlalu lama mengikuti master plan kawasan perumahan ini, saya sudah menentukan lokasi mana yang terbaik. Kerap datang ke kebun sambil meninjau kemajuan perumahan membuat saya di kenali pekerja-pekerja yang tinggal di kongsi yang berkerja di tapak perumahan, baik yang datang dari indon hinggalah bangla. Mengenali dan berbuat baik kepada mereka sebenarnya membawa kebaikan kepada kita, jika dulu banyak tanaman yang hilang tapi kini mereka sama-sama menjadi mata-mata jika ada orang luar datang ke kebun.

Di kesempatan ini saya meminta saudara dan kawan-kawan mendoakan bersama.Ya Allah, permudahkan dan capaikan cita-cita kami untuk membeli rumah berhampiran kebun ini dan semoga daku sentiasa terdiri dari orang-orang yang bersyukur.



Tuesday, May 04, 2010

Lawatan ke Kebun Pucuk Manis

Lama betul tidak mendengar berita tentang kawan saya ini, rasanya sudah berpuluh tahun. Saya mengenalinya semasa membuat ibusawat Beranang, entah macam mana bila baru-baru ini saya ada masalah talian telefon di kawasan Semenyih terus saya menghubunginya melalui telefon, katanya dia baru bersara dan sekarang dia ada kat kebun. Borak punya borak dia mengajak saya datang ke kebunya.
Pada bulan lepas saya berkesempatan singgah kekebun En. Zakaria di Batu Rembau, cukup luas tanaman beliau hingga kelihatan sayu sejauh mata memandang. Berbaris pucuk manis di tanam atas beratus-ratus batas. Menurut En. Zakaria buat masa sekarang terdapat lebih 200000 pokok pucuk manis di atas lebih 10 ekar dan secara konsisten mengeluarkan 300kg pucuk manis sehari.
Kerana terlalu asyik bercerita hingga terlupa langsung mengambil gambar, Insyallah saya akan masukkan kemudian bila buat lawatan kedua nanti.

Saturday, April 03, 2010

Lawatan Ke Kebun Bunga Kantan.


Minggu lepas kawan saya memberitahu ada saudaranya mengusahakan kebun dengan menanam pokok bunga kantan. Menurutnya penanaman ini telah lama di buat dan ia merupakan sumber pendapatan tambahan. Alhamdulillah, sampai juga saya ke rumahnya semalam itupun setelah bertanya pada penduduk kampong kerana saya tiada alamat lengkap. Saya di sambut mesra dengan Tuan Haji Asmaui walaupun tidak pernah berjumpa dan tidak mengenali tetapi atas dasar persaudaraan seagama beliau menceritakan pengalaman tentang pokok kantan. Katanya dia telah berkecimpung dengan penanaman ini sejak tahun 90an lagi. Pihak jabatan pertanian telah memberi bantuan dari segi benih, baja dan cara penjagaan yang betul kerana pada masa itu belum ada lagi pekebun yang mengusahakan secara serius. Dulu beliau ada dua 2 kebun yang di tanam sepenuhnya dengan kantan, tetapi kini hanya tinggal satu kebun yang juga tempat tinggal beliau sekarang. Kebun yang ada sekarang seluas 2 ekar, dari tinjauan saya luasnya tanah yang di tanam kantan ialah 1 1/4 ekar setelah di tolak dengan tapak rumah dan pokok lain seperti kelapa dan buahan. Katanya dari keluasan yang ada beliau boleh mengeluarkan 600-700 kuntum seminggu jika musim hujan. Hasilnya akan merosot kepada 300-400 kuntum seminggu ketika musim kemarau. Buat masa ini pasaran untuk sekuntum ialah 40 sen beliau menjual kepada peraih. Menurutnya peraih ini membekalkan kepada satu kilang untuk membuat sos laksa dan tomyam yang di ekspot ke Thailand dan Singapura. Saya meminta beliau jika mengetahui kilang tempat pemprosesan bunga kantan supaya dapat menghubungi saya, manalah tahu jika dapat peluang melawat ke dalam kilang.

Tuesday, March 16, 2010

Harapan Pada Sungai Klang

Pemandangan sampah-sarap yang hanyut di sungai Klang terutama bila air pasang sudah menjadi pekara biasa. Ada kalanya sampah terlalu banyak dan membentuk berpuluh-puluh rangakaian pulau yang hanyut berbatu jauhnya. Pasti setiap orang yang melalui jambatan ke Taman Alam Impian dan jambatan menuju ke Taman Seksyen 25 Shah Alam mudah melihatnya dan akan menggelengkan kepala. Mungkin suatu masa nanti generasi akan datang akan dapat melihat Sg. Klang yang cantik dan bersih sebagaimana sungai-sungai di serata seperti di Amerika, UK, Germany, Jepun, Singapura dan lainya yang telah di pulihara. Harapan saya semoga apa yang hendak di laksanakan oleh pihak kerajaan negeri Selangor ini tercapai, Insyallah.

Four Companies Selected To Rehabilitate Klang River

The Selangor government has selected four companies to carry out the Klang River rehabilitation and development project, which is part of the state's economic stimulus package, unveiled last year. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim said the three companies, TSS-Mako Engineering Sdn Bhd, GJA Engineering Sdn Bhd and YTL's Wessex Water I-Bhd Consortium were chosen from among 37 companies. He said the RM1 billion would be spent in development cost while another RM1.0 billion would be spent on cleaning and rehabilitating the river. The government has gazetted 50 metres from the river as a "river reserve" to prevent any new development or settlement along the 120 kilometre-long river. The initial stage of the project would take between two to three years to complete while the entire project will be developed in about 15 years.

Sunday, March 14, 2010

Senjata Makan Tuan.


Seperti hari-hari hujung minggu atau cuti umum, biasanya saya sudah sampai ke kebun awal-awal pagi. Begitulah hari ini. Niat hati mahu bersihkan kawasan tepi sungai seperti yang telah dirancang sebelum ini. Gambar di mana tapak projek yang akan di buat pun sudah di ambil bahkan sudah di teliti dalam pc malam tadi. Bila tekad sudah kuat dan matlamat nampak jelas maka mudahlah sikit ia dilaksanakan. Pekara pertama ialah membersihkan di bawah pokok kayu-kayu besar dengan menggunakan parang. Banyak jenis tumbuhan yang menjalar dan memanjat di kawasan ini, jika tidak di bersihkan dulu susah dan merbahaya bila pokok besar di tebang. Ada setengah pokok jenis memanjat ini amat kuat memaut dahan pokok, jika pokok ini di potong dengan chain saw dan tumbang dahan yang di paut ini boleh patah dan kemungkinan mengempap tanpa di sedari.Ini penting memotong tumbuhan menjalar dan membersihkan di bawah dulu. Sebenarnya bahaya berada di mana-mana, pagi tadi semasa membersihkan bawah pokok saya telah terkena parang. Mulanya saya tidak merasai kesakitan jadi saya meneruskan kerja tapi lama-kelamaan kaki rasa pedih. Ya Rabbi! Banyaknya darah sampai sarung kaki pun basah. Ingat sedikit lukanya rupanya panjang dan dalam. Saya mengikat luka dengan kain dan bergegas balik ke rumah dan ke klinik. Selepas doktor mencuci luka, memberi 6 jahitan dan suntikan kancing gigi barulah terpaksa berehat. Inilah hari minggu yang mejemukan, rasa begitu lama berada di rumah. Moral dalam kejadian ini, kita hanya boleh merancang tetapi Allahlah yang menentukan segala-galanya.

Saturday, March 13, 2010

Memperbarui projek Syawal 2008

Inilah foto yang diambil pada bulan Syawal 2008. Ia menunjukkan dua baris bunga kantan di tanam di sebelah bawah ban sungai (kedudukan sungai di sebelah kiri). Tanah di sebelah kanan pada foto ini agak cerun sedikit dikenali sebagai ban sungai. Lebar antara jarak tebing sungai dengan kaki cerun pada ban ini lebih kurang 60 kaki. Manakala panjang yang telah di tanam dengan pokok kantan melebihi 1km. Mengimbau kembali foto ini mengingatkan saya tujuan saya memindahkan pokok kantan dari atas ban ke sebelah bawah adalah untuk memperbanyakkan jumlah pungutan hasil. Pada masa itu tidak terfikir di manakah pasaran yang hendak di jual nanti.


Sebenarnya foto ini di ambil untuk menunjukkan lembu yang baru sampai pada bulan Dec 2009, tetapi kebetulan kedudukan lembu berposing berdekatan dgn pokok kantan yang di tanam. Jadi bolehlah di gunakan untuk melihat perkembangan projek syawal selepas setahun berlalu. Inilah keadaan pokok kantan selepas berumur setahun satu bulan dan sememangnya masih belum lagi boleh mengeluarkan hasil. Saya membiar pokok kantan tanpa baja bagi melihat pembesaran secara semula jadi dan cuma mengawal rumput pada sekeliling pokok supaya tidak terlalu semak.

Ini gambar terkini yang di ambil pagi tadi 13/3/2010 setelah hampir setahun lima bulan. Setelah agak lama menunggu Alhamdulillah sudah ada pokok pisang yang berbuah begitu juga bunga kantan yang boleh dipetik. Dulu saya tidak tahu di mana mahu memasarkan bunga kantan jika banyak jumlahnya tapi kini bekalan ini tidak mencukupi untuk di bekalkan di sekitar tempat tinggal saya.





b








Bagi memenuhi pasaran untuk dua tahun mendatang saya cuba menambah jumlah tanaman dan pembesaran kawasan baru. Jika di perhati di belakang lembu pada foto di atas terdapat rimbunan pokok tebu sungai. Sebenarnya itulah kawasan zon penampan selebar 30 kaki yang saya tinggalkan. Oleh kerana pokok kantan sesuai mengantikan fungsi tebu sungai sebagai pengurang hakisan tanah saya telah menjalankan kajian. Minggu lepas saya memulakan projek menebas dan membersihkan kawasan tebu sungai (tinggi hampir 7-8kaki, 10kaki pun ada), takut juga masa itu sebab buat kerja seorang-seorang. Sebenarnya saya takut pada binatang berbisa, nasib baik ada lembu bolehlah saya parking berdekatan jadikan 'teman dan front liner' bila mahu bersihkan satu-satu kawasan.





Tuesday, February 23, 2010

Rezeki Datang Lagi

Semalam dapat panggilan kambing melahirkan kembar 3 anak jantan.
Ini nerupakan kali pertama Kandang Habibi menerima kehadiran kembar 3. Dalam tempoh seminggu ini Kandang Habibi sudah mempunyai tambahan 5 ekor lagi. Pagi tadi saya mengambil gambar kambing yang melahirkan kembar 3 itu dan nampaknya semua sihat-sihat belaka, cuma puting susu ibu kambing agak bengkak. Biasanya kena urut supaya susu dapat keluar dengan mudah dan anak2 kambing dapat menyusu. Penting bagi anak-anak kambing mendapat susu awal ibunya kerana banyak mengandungi banyak khasiat bagi tumbesaran.

Projek tanaman anak pisang tanduk yang di beli dari Ijal (Ayam Pulau) telah selesai, di sini saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau kerana dapat menyediakan pesanan bahkan memberi lagi tambahan percuma.Semoga beliau dapat mudah rezeki nanti, Amin.
Projek tanaman pokok rumput Napier India yang di beli dari Hee (ternakboer.blogspot.com)
pun sudah selesai. Musim panas ini banyak rumput memerlukan lebih tumpuan dari segi siraman air.



Sunday, February 21, 2010

Kehidupan seperti biasa...

Banyak aktiviti-aktiviti berlaku dalam bulan Febuari ini bukan sahaja di kebun tetapi sibuk mengurusan tentang kehidupan. Alhamdulillah tercapai juga hajat anak sulung kami mengerjakan umrah berkat dari simpanan menjual hasil sayuran dari usaha selama ini. Walaupun hasilnya tidaklah sebanyak mana tetapi atas semangatnya mengumpul selama 3 tahun Allah merelasasikan cita-citanya. Permohonan ke sekolah asrama penuh Sains Seremban (SASER) juga di terima masuk pada 2/2/2010 sehari selepas permergian umrah. Nampaknya mulai bulan ini kerja-kerja kebun terpaksa di lakukan bersendirian. Awalnya agak sukar sebab beliau banyak membantu mengambil sayur-sayuran terutama bunga kantan. Semalam saya ada membuat kunjungan ke asrama, katanya jika masa boleh di undurkan kembali dia tidak mahu mengisi borang kemasukan SBP. Biasalah selama ini duduk dengan keluarga semua beres...baru tahu langit tinggi rendah.



Akhirnya Kandang Habibi telah selamat di rasmikan semalam selepas menunggu 4 bulan. Isunya tuan punya kandang tidak ada masa kerana asyik menangis siang malam, macam Ahmad Albab dalam cerita P. Ramlee.
Syukur selepas neneknya balik dari umrah semua nampak ok...Kebetulan kambing baru melahirkan kambing kembar dua. Rezeki.

Friday, January 15, 2010

Kebun Sayur

Pada minggu lepas saya ada menemui seorang penanam sayur berhampiran pejabat di Batu Cave, Gombak. Mungkin sudah biasa berjumpa, pekebun cina ini berkongsi pelbagai tip-tip dan pengalaman sejak menanam sayur di tanah rezab ini. Tujuan saya ke sini ialah ingin mengetahui cara-cara beliau mengusahakan tanah yang kecil ini kurang dari 1 ekar bagi menjana pendapatan yang maksimum dengan kadar segera. Sayur berdaun dan Salad. Beliau menggunakan jentera beroda dua bila membuat batas dan mengemburkan tanah, tambahnya sudah 3 tahun jentera buatan china ini di guna tanpa pernah rosak. Kira berbaloi juga dgn harga RM1500 bleh guna 3 tahun.Sebab saya bertanya kenapa beliau tidak membeli jentera buatan Jepun (>RM5000).Maaf gambar jentera tidak kelihatan kerana di tutup dengan kanvas sebab tidak di gunakan pada hari itu.

Berhubung dengan pasaran, beliau menjual sendiri sayuran ini di pasar malam di sekitar
Gombak. Cara sayur ditanam mengikut masa yang dan kuantiti yang telah di tetapkan bagi menjamin sentiasa ada pungutan setiap hari.







Sistem pengairan yang mudah dan ringkas

Saturday, December 26, 2009

Salam Maal Hijrah dan Tahun Baru


Alhamdulillah akhirnya projek kandang kambing yang di mulakan pada bulan Julai lalu dah selesai juga. Konsep kandang yang menggunakan semua barangan terpakai menyebabkan masa yang lama untuk menyempurnakan keseluruhan projek ini. Insyallah, untuk tahun depan 2010 saya akan mengumpulkan barang-barang terpakai dulu jika ingin membesarkan dan membina kandang. Inilah untungnya duduk di bandar, banyak barang mudah di perolehi yang masih boleh di gunakan dan mereka membuang begitu saja. Kandang Habibi ini boleh memuatkan lebih 40 ekor tetapi buat masa ini terdapat 12 ekor kambing termasuk dari baka kambing boer F3/F4 menghuni Kandang Habibi ini.
Pada pertengahan bulan Disember lalu saya telah di tawarkan 3 ekor lembu dengan harga yang amat rendah. Mulanya agak risau juga takut ada yang tidak betul, setelah mengenal pasti pekara sebenar maka saya membeli lembu tersebut. Seminggu kemudian lembu yang saya beli telah melahirkan seekor anak betina. Buat masa ini lembu-lembu ini saya gunakan untuk membersihakan kawasan projek syawal (tanaman bunga kantan dan pisang Abu) yang sudah menjadi semak samun. Lembu ini di tempatkan di bawah kandang Habibi kerana ada 2 petak/ruang yang belum ada kambing pada bahagian atasnya.




Wednesday, November 18, 2009

Baja Kompos

Baja kompos terhasil apabila bahan organik mereput dan pecah kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil "humus" melalui haba dan respirasi yang di lakukan oleh organisma dalam tanah (cacing, semut, bakteria dan kulat). Apa-apa sahaja bahan organik, contohnya daun dan sisa makanan boleh menjadi baja kompos. Pembuatan baja kompos dapat membantu menyelesaikan banyak masalah alam sekitar jika dilakukan dalam sesebuah komuniti dan disertai oleh ramai individu. Hampir 40 peratus daripada sampah sarap di rumah kita setiap hari terdiri daripada sayur-sayuran dan sisa dapur yang lain. Cara yang biasa dilakukan untuk menghapuskan sampah ini ialah dengan melonggokkan bahan yang berguna ini di tempat pembuangan sampah. Pembuatan baja kompos menggunakan bahan organik ini dengan mengitar semula sampah kepada humus yang kaya dengan nutrien.

Humus ialah baja tanah natural yang sangat baik. Dengan mencampurkannya dengan tanah, humus boleh membantu pokok membesar dengan lebih sihat dan lebih cantik TANPA bahan kimia!
Petani tradisional dan pemilik ladang moden di Malaysia tahu menghargai kebaikan baja kompos untuk mengkayakan tanah dan mengurangkan bahan buangan. Humus juga boleh membantu
membaikpulih tanah di kawasan-kawasan seperti bekas kuari.

Hampir apa sahaja bahan organik boleh dijadikan baja kompos. Bahan-bahan yang boleh dijadikan baja kompos termasuklah bahan yang kaya dengan nitrogen dan karbon, rumput,
sayur-sayuran, kulit buah-buahan, daun kering, topi mengkuang, kulit telur, beg kertas, kertas atau karbod, daun teh, serpihan kayu, tulang-tulang kecil, serbuk kopi, serbuk papan, najis
haiwan (lembu, ayam,lembu,KAMBING,kuda, arnab), sisa meja makan (nasi, roti) dan
sebagainya.

Alam semulajadi memproses baja kompos setiap masa – apabila daun gugur ke tanah, apabila
haiwan membuang najis mereka, dan apabila semua makhluk mati. Alam mempunyai komuniti
khas yang membantu memecahkan bahan-bahan ini dan menukarnya kepada nutrien yang
berguna kepada semua tumbuh-tumbuhan. Komuniti ini dikenali sebagai komuniti detritus, dan
ia termasuklah bakteria, kulat dan cacing. Proses penghasilan baja kompos hanya memerlukan beberapa elemen asas: bahan organik, organisma tanah, air, oksigen dan haba. Sisa organik seperti daun, sayur-sayuran dan kulit buah-buahan, daun teh, serbuk kopi dan kertas tisu semuanya boleh dijadikan baja kompos.

Rumput yang telah dipotong adalah bahan terbaik untuk dibuat baja kompos dan ia juga mereput dengan cepat. Sisa organik lain seperti kulit telur, kulit manggis dan bahan organik keras yang lain akan mengambil masa
yang lebih untuk mereput.

Organisma tanah juga penting dalam pembuatan baja. Kebanyakan komuniti akan “muncul” perlahan-lahan apabila anda mula melonggokkan bahan ini di tanah

Adakah Pembuatan Baja Kompos Menguntungkan..??
Persoalannya adakah membuatan baja kompos ini menguntungkan para penternak
atau pengusaha baja kompos sendiri?Jawapan
memang ya!sebenarnya kos untuk membuat baja kompos satu tan
hanya sekitar RM200 tetapi boleh dijual kepada pemborong dengan harga sekitar RM800.
Bayangkan jika itu di jual kepada pemborong,bagaimana menjualnya terus kepada pengguna yang membeli secara kecil-kecilan di mana membeli dengan harga 1 kg
RM2.00.Ia akan menyebabkan kita beroleh
keuntungan dengan modal hanya berlandaskan 1 tan/1000 kg baja kompos bermodalkan
RM200 dan boleh menjana keuntungan sebanyak RM2000..WOW!Itulah keuntungan menjual
Emas Hitam.

Pembuatan Baja Kompos
Industri baja organik pada masa kini amat
berkembang pesat di sebabkan kerajaan menggalakkan para usahawan menceburi sektor pertanian.Bagi penternak kecil-kecilan boleh juga
menggunakan sisa ladang mereka yang ada
untuk di jadikan pendapatan
sampingan dengan menjadikan sisa ladang sebagai baja kompos di samping dapat mengamalkan konsep sifar sisa dalam ladang.Di sini saya cuba
penerangkan proses pembuatan baja kompos secara menual ataua secara kecil-kecilan.Pada asasnya caranya sama juga pada peringkat komersial tetapi di peringkat itu banyak menggunakan teknologi moden dan jentera.

Proses yang saya paparkan ini adalah hanya menggunakan satu tan tinja kambing/lembu
bersamaan 1000 kg.

Keperluan Asas
1.Tinja Lembu / Kambing
2.Bangsal- berbumbung penuh (mengindari dari sinar matahari secara langsung)
-dinding bangsal daripada batu setinggi 2 kaki dari lantai (supaya tidak basah terkena air hujan)
-lantai tidak bersimen
3.Skop/Penyodok/Cangkul

Bahan-bahan
1.Tinja / kotoran ternakan - 83%
2.Abu ( dari bahan bakar ) - 10%
3.Abuk Kayu Gergaji - 5 %
4.Kapor - 2%5.STAR DEC - 0.25%

Proses Membuat Baja Kompos

1.Pengumpulan Tinja/ kotoran ternakan
2.Pengkomposan
3.Penapisan
4.Pembungkusan
5.Pemasaran

1.Pengumpulan Tinja/ kotoran ternakan

Tinja kambing/lembu ini di ambil daripada kandang dan di kumpulkan di sebuah bangsal untuk dijadikan baja kompos.Kebiasaannya untuk
mendapatkan kuantiti tinja yang banyak mestilah dibiarkan beberapa minggu/bulan untuk mengumpul tinja tersebut berdasarkan kuantiti ternakan yang ada.Bagi penternak yang baru mula menjinakkan diri dalam bidang ini,kuantiti tinja dan lain-lain bahan mestilah di sukat
dengan kuantiti yang betul supaya peratusan adunan dapat dilakukan dengan tepat.

2.Pengkomposan
Dalam memproses pengkomposan baja kompos ini terdapat 6 langkah iaitu :
Langkah 1
Pengkomposan baja bermula dengan mengadunkan bahan-bahan seperti tinja






Langkah 2
Kemudian perlulah menaburi STAR DEC pada tinja tersebut dengan peratusan 0.25% sahaja






Langkah 3
Seterusnya ditaburi pula Abu ( dari bahan bakar ) pada tinja yang telah ditaburi STARDEC
dengan peratusan 10% daripada kauntiti tinja tersebut.





Langkah 4
Langkah seterusnya adalah memasukkan Abuk Kayu Gergaji dengan peratusan 5 % sahaja.






Langkah 5
Akhir sekali,hendaklah diadunkan dengan Kapor dengan peratusan sebanyak 2%






Langkah 6
Setelah semua bahan diadunkan dan digaul sama rata,adunan tinja tersebut hendaklah disusun/ditimbun berlapis-lapis sehingga ketinggian lebih kurang 1.5 meter.Timbunan tersebut hendaklah dibiarkan timbunan selama seminggu dan dilakukan pembalikan dengan setiap 7 hari dengan 4 kali pembalikkan



Maklumat Tambahan
Semasa pembalikan dilakukan pastikan keadaan kelembapan sekitar 60%.Secara manualnya kita boleh memegang timbunan tersebut untuk merasai kelembapannya dengan tangan sahaja.Jika terlalu kering hendaklah direnjiskan air.






Ciri-ciri Baja Kompos Yang Baik

1.Suhu dingin secara alami (35°c)2.Warna Coklat kehitaman
3. Sudah tidak berbau
4.Kadar air lebih kurang 40%




3.Penapisan

Selepas di lakukan 4 pembalikkan,mestilah kita menapisnya menjadi sebuk yang halus untuk menjadikan kualiti semasa kita pasarkan itu nampak baik.Jika hanya untuk kegunaan sendiri terpulanglah kepada tuan punya badan itu sendiri.Penapisan bolehlah dilakukan oleh mesin yang terdapat di pasaran sekarang dan harganya amatlah berpatutan atau tapisan boleh juga dibuat menggunakan jarring dawai yang biasa digunakan oleh tukang rumah untuk mengasingkan pasir kasar dan pasir halus untuk mendapatkan tekstur yang seragamdan mengasingkan benda asing yang tidakdiperlukan.Hasilnya selepas ditapus akan jadi seperti pada gambar di sebelah.

4.Pembungkusan

Selepas selesai ditapis dan hendaklah di timbang mengikut saiz pelastik
pembungkusan.Pembungkusan boleh dibuat menggunakanjenama tertentu mengikut saiz 1kg, 5kg , 10kg atau 20kg mengikut permintaan pasaran.Jika baja baja kompos ini hendak dipasarkan secara besar-
besaran hendaklah memasukan label/maklumat baja tersebut seperti nilai keasidan,peratusan kandungan bahan abik doi dalam baja dan lain-lain seperti jugamakanan adanya label maklumat pemakanan yang mempunyai peratusan lemak,nutrien dan lain-lain untuk menyakinkan para pengguna/pembeli.

5.Pemasaran

Pemasaran amatlah penting dalam sesuatu perniagaan.Jadi untuk baja kompos ini adalah pasarannya amatlah luas disebabkan setiap aktiviti pertanian atau nursery memerlukan baja.Oleh itu,baja kompos ini boleh di pasarkan di pelbagai tempat dengan mengutarakan kelebihan baja kompos berbanding baja kimia.Antara tempat-tempat yang boleh dipasarkan produk ini ialah pasar tani,internet dan lain-lain lagi.

Kelebihan Baja Kompos

1.Tidak berbau
2.Meningkatkan kesuburan tanah
3.Memperbaiki struktur dan mengemburkan tanah
4.Memperbaiki pH tanah
5.Merangsang pertumbuhan pokok
6.Meningkatkan kualiti hasil pertanian

Faedah

1.Menyelesaikan masalah pencemaran dan bau busuk
2.Menjimatkan kos penyediaan kumbahan najis ternakan
3.Menjimatkan kos eletrik dan air
4.Mesra alam sekitar
5.Menarik minat pengusaha
6.Membantu mencapai sasaran Dasar Pedaging Negara

Sekian.