Tuesday, January 07, 2014
Kunci Dan Kontraktor
Dengan rezeki, rahmat dan kekuasaanNya kami berpindah ke rumah baru pada 28hb Sept 2013 yang lalu. Saya bersama isteri di temani anak bongsu dan sulung cuma membawa barang perlu untuk bermalam di rumah buat kali pertama. Mengikut rancangan asal kami sepatutnya berpindah minggu depan tapi kerana ada faktor lain kami terpaksa percepatkan. Pihak kontraktor telah menyiapkan kerja selama pengubahan suaian selama 6 bulan seperti yang di janjikan.Ia bermula pada 18 Mac 2013.
Pihak kontraktor telah menyempurnakan pada 7/10/2013 dimana terlambat hampir 2 minggu dari plan asal yang di janjikan.Kami bersyukur kerana semua kerja di permudahkanNya dan berpuas hati atas kualiti kerja yang telah dibuat oleh kontraktor yang kami kenali selama hampir 15 tahun.Belaiu merupakan jiran sebelah rumah lama.
Sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih pada kontraktor, En Sapawi dan rakan-rakan yang menganggap juga kami sebagai daripada keluarga beliau sendiri.
Harapan kami semoga rumah 'semantara' ini sebagai jalan menuju ke berkatan dan keredaan Allah swt.amin...
Wednesday, January 30, 2013
Kunci dan Syabas
Kami memeriksa keadaan rumah dan perlu mengisi borang yang di beri tentang kualiti rumah.Walau borang F sudah di terima tetapi tiada sambungan meter air.Ini menyukarkan kami mengetahui masalah seperti air bocor, tersumbat dan sebagainya.
Sehingga kini meter air yang di bekalkan oleh pihak Syabas masih belum dipasang. Ini amat menyulitkan bagi sesiapa yang ingin membasuh atau membuat kerja-kerja ubahsuai rumah.
Dalam banyak gambar yang telah saya ambil untuk rumah ini ada satu gambar yang saya suka semasa pembinaan rumah baru saya ini.
Monday, July 16, 2012
Surau Al Husna Sek 20 Shah Alam
Mulanya saya berasa yakin suaru ini mudah di cari, jadi tidak perlulah mengambil alamat lengkap. Puas saya memberhentikan kenderaan dan bertanya jemaah di surau Al Nur Sek 20 tapi mereka juga tidak tahu. di mana surau ini, azan sudah kedengaran tapi saya masih tercari-cari.Akhirnya waktu maghrib saya solat di masjid Ubaidiah Sek 19, usai solat saya bertanya jemaah. Jalan yg di tunjukkan seolah menuju Surau Al Nur juga. Saya masih ingin mencuba hampir 40 minit akhirnya saya solat Isyak di tmn sendiri. Tanpa mendengar tazkirah dari Prof Dr Muhd Kamil saya berfikir.....Ya Allah ampuni daku di atas kesalahanku .
Bila sy balik rumah terus perhati pada map pada pc....kat sini rupanya, Masya-Allah.
Kisah pelancaran buku di Intekma pada 14/7,semasa berbaris bertujuan mendapatkan tanda tangan prof, teringin untuk bergambar dgn beliau. Saya pendamkan dan pujuk hati kerana sy tidak membawa kamera, tak apalah kalau rezeki Allah swt bagi nanti.... Bila sy belek-belek gambar-gambar dlm blog KRTS malam tadi ...Allah ...Allah mmg Dia Maha Mendengar. Terima kasih pada blog http://mariafirdaus.blogspot.com yg membimbing ke jalan yg lurus. Semoga Allah memberkati usaha-usaha beliau.
Thursday, April 26, 2012
Sungai Klang Bertambah Cetek
Bulan lepas saya dapat melihat bagaimana Sungai Klang sudah tidak dapat menampung jumlah air yang banyak. Jika berlaku banjir di Kuala Lumpur dan pada masa yang sama air laut pasang maka terjadilah air sungai melimpah hingga sampai ke paras dada jika kita berdiri berhampiran tebing sungai.
Monday, April 23, 2012
Mencari Pasaran Dan Perkembangan terkini.
Pertamanya saya memohon maaf kerana sudah begitu lama tidak menjenguk blog sendiri di sebabkan sibuk dengan kerja di jabatan baru dan di pejabat baru, maklumlah berkerja makan gaji. Walaupun begitu sempat juga menjenguk seketika blog kekawan yg seangkatan yang lain. Macam-macam ada, ada blognya semakin cergas dan malangnya banyak blog yang langsung tidak di'update', termasuklah saya.
Saya masih lagi membekalkan bunga kantan untuk kawasan Subang dan Shah Alam. Buat masa ini bekalan untuk bulan April telah melepasi permintaan, hasil yang di kutip melebihi 1000 kuntum seminggu sedangkan pasaran yg diperolehi lebih kurang cuma 1000. Ini kerana pokok baru yang di tanam 2 tahun dulu telah pun mengeluarkan hasil di samping musimnya telah tiba. Jika ada sesiapa yang membaca blog ini dan ada peluang pasaran baru bolehlah tinggalkan pesanan di bawah.
Perkembangan rumah terkini, hampir 90 peratus rumah kami hampir siap.InsyAllah dalam bulan Julai atau Ogos ia boleh di duduki. Sehubungan dengan itu kami telah menanam (hampir 2 tahun) lebih 40 rumpun pokok kantan baru di atas ban sungai supaya kelihatan bersih dan hijau. Begitu juga kami telah menanam pokok limau nipis lebih 30 pokok bagi tujuan pemagaran tebing sungai bagi mengelak binatang2 seperti memerang dan biawak. 27 pokok kelapa gading dan matag.
Tuesday, September 06, 2011
Lembu Beranak Lagi
Thursday, August 25, 2011
Terkini Kantan Bunga Pink
Wednesday, July 06, 2011
Mencari Kasut Kebun di Vietnam
Tuesday, June 21, 2011
Mencari Peluang Lain
Tuesday, June 07, 2011
Wiring
Friday, April 08, 2011
AL-FATIHAH UNTUK AYAHANDA MERTUA SYED MOHAMED YASIN SYED ABD RAHMAN

Seawal jam 5:30pagi pada 5/4/2011 saya terjaga dari tidur, niat hati saya ingin melihat ‘abah’, ayah mertua yang berada di PPUM sejak semalam. Matlamatnya selepas waktu subuh saya bercadang ke PPUM sebab malam tadi abah banyak kali membuat panggilan ke handphone org rumah tapi bila di angkat tiada jawapan cuma dengar sayup-sayup bunyi mesin degupan jantung. Biasanya abah acap kali tertekan nombor orang rumah. Entah mengapa pagi tu, saya tidak jadi singgah ke PPUM sebaliknya terus ke pejabat kerana jam 8:45pagi ada kelas latihan WiFi yang perlu di uruskan. Saya bercadang datang selepas perasmian kerana boleh melawat abah lebih lama lagi taklah perlu tergesa-gesa. Tapi perancangan Allah yang mengubah segalanya, saya dapat berita abah meninggal sebelum membuat perasmian. Sempat saya bacakan teks ucapan Al-Fatihah untuk abah sebelum perasmian dan 5 minit kemudian saya terus ke hospital. Dalam perjalanan melalui DUKE saya mengubungi ibupejabat memaklumkan berita ini dan biasanya pengumuman ke seluruh staff melalui sistem audio akan disebarkan. Maaf pada kekawan kerana tak dapat balas balik sms yg di hantar.
Mencari tempat letak kereta di PPUM memang sukar terutama dalam waktu pejabat, dulu abah ada zikir yang diturunkan kpd org rumah jika jalan sesak,tiada parking atau sbgnya dia suruh baca…..semuanya akan mudah,insyallah. Sesampai saya di tingkat 4 CCU ramai sudara yang sudah menunggu. 20 minit kemudian jenazah abah sudah di bawa keluar dari hospital dan anak sulung beliau meminta ke masjid jalan 224 PJ untuk di mandikan. Alhamdulillah, saya dapat memandikan dan memkafankan beliau, sewaktu hayat dulu abah suka naik basikal (sebab itulah yang dia ada) dan memakai selipar. Jadi peluang memandikan ini saya gunakan untuk bersihkan tapak kaki dan tangan. Tapi….semua sudah bersih tiada tumit yang pecah-pecah yang biasa saya nampak dan tiada dedaki dan tiada najis bila di tekan perutnya. Wajah beliau bersih seolah-olah dia sedang tidur. Selepas tu jenazah abah di bawa ke Masjid Al Nahdah Al-Islam Seksyen 18 Shah Alam pula untuk di sembayangkan tapi di sebabkan waktu zohor sudah hampir kami menunggu azan. Selesai solat tahiyatul masjid, saya terlihat kucing masuk dan duduk bersebelah saya. Kuching yang sama duduk bersebelah keranda yang kami letakkan di depan bilik pak siak ke dalam masjid tadi. Hati saya berdetik kenapa biarkan kuching masuk kedalam masjid takut ia kencing kat karpet kan susah. Bila sekarang saya fikirkan semula, baru saya ingat abah selalu suka kasi makan kuching-kuching kat belakang rumah saya. Kadang mak mertua saya bising bila bersihkan lorong belakang rumah sebab tulang-tulang ayam atau ikan berselerak katanya malu kat jiran. Kadang abah jawap kerana ikhlas pada anjing org boleh boleh masuk syurga. Selesai solat zuhur pihak masjid terus membuat pengumumum dan menerangkan serba ringkas solat jenazah. Masa solat jenazah hujan lebat turun tapi terlalu sekejap rasanya kurang 5 minit. Sebab bila bawa jenazah keluar dari masjid hujan dah berhenti tapi nampak sekitar masjid dah basah. Saya singgah ke Carefour Sek 23 untuk membeli air100 plus dan air mineral untuk jemaah yang menghantar jenazah. Rasanya lewat 15 minit dari van jenazah tapi bila sampai sana semua sudah selesai cuma baru nak mulakan bacaan talkin. Laju betul dia orang buat kerja menguruskan perkuburan di sek 21 Shah Alam semuanya teratur. Rugi betul saya tak sempat turun menyambut arwah dlm kubur, bila balik rumah saya besan yg sama2 turun meyambut jenazah bercerita dia tidak pernah mengangkat jenazah seringan abah. Terlalu mudah.
Apa yang terkilan saya tidak sempat meminta ampun di saat kematianya, entah kenapa saya tidak tergerak hati untuk melawat semasa arwah membuat banyak panggilan pada malam jam 11 sebelum meninggal. Rasa teramat bersalah dan menyesal mungkin sukar untuk dipadamkan , semoga daku mendapat petunjuk. Al Fatihah pada abah Syed Mohamed Yasin bin Syed Abd Rahman semoga ruhmu ditempatkan dikalangan orang-orang yg beruntung dan semoga kami mengikuti sifat-sifat mulia abah.Amin.
Friday, February 25, 2011
Rumah Belum Terjual Lagi
Wednesday, September 15, 2010
Perkembangan Terkini Tanah Rezab Sungai.
Sunday, August 29, 2010
Rumahku Syurgaku Untuk Dijual
Sebenarnya saya tidak tahu cara yang paling berkesan untuk mengiklankan rumah untuk dijual. Entah mana mahu mula dulu, tapi niat hati ingin menjual rumah yang saya duduki sekarang ini. Rumah yang saya diami ini sudah banyak berubah daripada keadaan asal. Lantai simen dari tingkat bawah ke tingkat 3 sudah di ubahsuai. Di tingkat bawah lantainya dipasang 'broken marble high grade' manakala tingkat1 dan 2 dipasang dengan parkir kayu grade A. Bahagian dapur telah dibesarkan dan tile sehingga ke siling. Manakala ruang tamu kami kami besarkan dan pintu kaca berbingkai kayu bagi mendapatkan pengcahayaan lebih di siang hari. Bilik air di tingkat 1 dan 2 juga telah diubah suai mengikut citarasa terkini termasuk tile2 yang di import dari Spain. Kedudukan rumah selang dua pintu dari rumah tepi banyak memberi banyak ruang letak kereta jika ramai tamu datang ke rumah.Begitu juga jarak dari sekolah rendah kebangsaan (2) cuma 150 meter memberi keselesaan jika ada anak yang bersekolah dengan berjalan kaki. Tambahan tanah yang berstatus 'freehold' memang jarang-jarang ada di Shah Alam. Rumah yang berada di Seksyen 25 di jual bukan atas dasar keuntungan tetapi untuk mendapatkan titik pulang modal agar tuan rumah baru nanti menikmati setuasi menang-menang seterusnya merasai barakah, Insyallah....Saturday, July 03, 2010
Lawatan Kedua Ke Ladang Pucuk Manis

Alhamdulillah petang tadi sampai hajat untuk melawat kali kedua ke ladang En. Zakaria di Beranang. Misi kali ini adalah mengambil anak benih berupa keratan batang pucuk manis. Saya pernah menulis tentang En. Zakaria dalam post terdahulu, cuma kali ini ada gambar ladangnya sekali. Sebelum ini ada diantara kawan-kawan di tempat kerja berat untuk mempercayai adanya tanaman pucuk manis yang melebih dari 10 ekar bila saya ceritakan tentang keluasanya . Kali ini mungkin mereka percaya bila melihat gambar kehijauan pokok-pokok pucuk manis yang begitu luas bukan itu saja beliau juga menanam sayur asam yang di tanam berhampiran ladang ini. Projek sayur asam ini telah dimulakan tahun lalu dan buat masa ini hanya 2 ekar yang mengeluarkan hasil.
Bila menyebut tentang pengalaman dulu beliau pernah mencuba berbagai projek tanaman seperti timun,kacang,serai dan tebu hinggalah kepada ternakan ayam kampong. Tetapi dia cukup serasi dan selesa bila mencuba tanam ini kerana pokok sayur ini cuma ditanam sekali sahaja dan hasilnya masih boleh dipetik hingga ke hari ini walaupun ada pucuk manis yang melebehi 4 tahun.
Saya mengenali En Zakaria bukan sahaja rajin semasa bekerja di TM bahkan selepas pencen dia masih begitu komited bila melakukan sesuatu kerja. Itulah rahsia kejayaan beliau.

