Monday, September 22, 2008

Pondok Pengkalan Semangat Akan Di Roboh.

Hari sabtu lepas dapat berita bahawa pondok akan dirobohkan selepas raya nanti. Pihak perumahan akan meratakan tanah bagi memberi laluan penempatan sehingga ke tebing sungai. Aduan telah di buat ke pejabat tanah Petaling berkenaan isu pengambilan tanah pada ban sungai.Lebar ban telah di kecilkan kerana pihak pemaju menggorek dan mengambil tanah. Pihak pejabat tanah akan turun ke lokasi selepas raya nanti bagi memastikan aduan. Pada masa yang sama kerja-kerja memindahkan pokok kantan ke tempat yang lebih selamat. Menurut pemaju, hanya kawasan pondok yang terjejas (Fasa 2). Semalam saya memindahkan hampir 15 rumpun pokok kantan ke fasa 8 dan 9. Pondok, saya akan fikirkan kemudian setelah pejabat tanah membuat persempadanan.
Garisan merah ialah sempadan perumahan yg baru. Jika ini berlaku maka pondok dan bunga kantan pada fasa 2 akan di ratakan/musnahkan.














Maksudnya.



Ya Allah, jadikan benih ini menghasilkan pertanian yang penuh berkah, karuniakan kepada kami dalam pertanian ini keselamatan dan kesempurnaan. Jadikan benih ini keberhasilan yang melimpah. Jangan halangi aku dari kebaikan yang aku harapkan, dan jangan binasakan aku karena hasil yang menyenangkan, dengan hak Muhammad dan keluarganya yang baik dan suci.

Tuesday, September 09, 2008

Petai,Durian,Mangga,Kelapa Matag,Betik dan Kambing.

Menjaga pokok bunga kantan dan pisang tidaklah serumit mana, banyak masa yang terluang apa tah lagi tempat kecik macam kat tepi sungai ni. Saya ingin mencuba projek yang baru bagi menghilangkan rasa jemu melihat pisang dan bunga kantan, jadi saya menanam anak pokok petai 27 pokok, durian kunyit 25 pokok, anak pokok mangga 15 pokok dan pokok kelapa matag 50. Kalau nak tunggu memang lama baru dapat hasilnya. Saya beranggapan kalau saya tak menanam langsung confirm tak merasa, lebih baik mencuba.

Trial projek betik dan kambing saya tangguh sehingga habis raya. Pasaran betik muda sebagai sayuran sangat popular bagi pasar pagi di tempat saya. Oleh itu saya ingin menambah bilangan pokok betik yang sedia ada bagi menampung bekalan. Manakala projek kambing untuk berseronok2 dan bertujuan untuk mengelakkan penggunaan racun bagi mengawal rumpai disamping faktor baja.Kayu utk buat kandang mungkin boleh dpt free dari tapak perumahan sebelah yg hampir siap.


5 tahun kan ku tunggu.....durian kunyit




Petai oh petai kenapa kau mahal.....



Wednesday, August 27, 2008

Setahun Dah Berlalu

Masa berlalu pantas, sedar atau tidak pokok bunga kantan semakin membesar rumpunnya. Kadang-kadang seakan tidak percaya dua gambar di tempat yang sama ini setelah setahun berlalu. Begitulah pentingnya masa jika mengabai dan membuang masa tanpa faedah kita akan rugi. Sebaliknya masa yang ada kita berbakti pada tanah, Insyallah hasilnya pasti ada. Penyesalan kadang-kadang timbul kenapa setahun yang lalu tak terfikir menyemai anak pokok kantan ke dalam polybag, jika tidak saya akan dapat lihat pada hari ini.
Ogos 2008



Ogos 2007




Sunday, August 24, 2008

Fasa 10

Tidak lama lagi kita akan menyambut kedatangan bulan mulia, oleh itu adalah elok rasanya saya menghabiskan projek terbaru saya di fasa 10. Cuaca kering selama dua minggu lalu saya gunakan sepenuhnya meneroka kawasan baru dengan menebang pokok petai belalang yang memang banyak.Inilah kawasan yang saya bersihkan.

Alhamdulillah sejak lima hari lepas hujan kerap turun. Jadi cukup sesuai saya membuat lubang dan memindah anak benih pisang ke tapak baru.Di sebabkan tanah menjadi lembut kerja menanam tidak mengambil masa lama. Bermula jam 7 pagi hingga 11 pagi saya selesai mangambil,mengangkat dan menanam 92 batang pokok restali.








Friday, August 22, 2008

Permohonan Tanah

Hari ini saya bercuti selama 2 hari fuhhh lega rasanya dapat melupakan kerja2 opis yang tidak berkesudahan. Hari pertama cuti saya memotong rumput di kawasan anak pisang yang tengah nak hidup subur maklumlah rumput sama tinggi dgn anak pisang. Hampir 4 jam tugasan membersihkan dah selesai, hah baru nampak cantik dan kemas masa memotong rumput tadi agak sukar kerana dah dekat 2 minggu hujan tak turun. Kemudian kerja2 menabur baja gemuk di sekeliling anak pisang manalah tahu hari esok hujan turun, baja akan menyerap ke dlm tanah dan daun pokok tambah hijau, Insyallah. Penat ya kerja potong rumput hinggakan nak suap nasi pun tangan terasa sakit dan terketar-ketar.



Hari kedua percutian, setelah berfikir panjang akhirnya saya ke pejabat tanah Petaling memohon tanah (TOL) maklumlah dah 4 tahun mengusahakan tanah ini. Biasalah pergi bhg teknikal lihat peta dan meminta 2 salinan kedudukan tanah yang hendak di pohon. Lepas isi borang dan menjelaskan bayaran saya dengan rasminya pada tarikh 22/8/08 memohon tanah yg di usahakan selama ini. Pegawai kata tunggulah dlm masa 4 atau 5 bulan sama berjaya atau sebaliknya. Berjaya atau tidak saya akan terus bertani, hobilah katakan. Kalau dah minat dan pekara itu baik Insyallah kita akan berjaya.

Friday, May 09, 2008

Kerja part time hasil pun...

Insyallah dalam jangkamasa 2 bulan lagi operasi kat tempat kerja mungkin dah stabil, bolehlah meluangkan masa kat kebun tepi sungai tu. Kebun dah mula semak macam belukar jika ada yang melihat pun percaya ianya tiada apa2 projek. Sebenarnya saya masuk kebun seminggu sekali, tu pun tak lama sekadar mengambil hasil aje. Baru-baru ini saya dapat komplen dari kedai yang menjadi langgan barangan saya. Mereka tak puas hati pisang yang di hantar dah ada banyak bintik2 hitam. Saya memang sedar tentang kualiti dan pelanggan, faktor utama penentu sesuatu bisnes. Jadi hari minggu lepas saya mula membungkus buah2 pisang dengan pembungkus plastik buah supaya tiada kesan2 jeragat. Alhamdulillah semua dah selesai cuma ada baki 50 tandan sebab kehabisan beg plastik. Memang berbeza buah yang di bungkus, buahnya lebih cantik dan agak besar. Pokok bunga kantan semakin besar rumpunnya hinggakan menghampiri pondok. Begitulah jika kerja tak fokus hasil pun ciput hinggakan cili padi yang berbuah lebat gugur ke bumi gara-gara kerja part time.





Monday, February 11, 2008

Kebun Kelapa Sawit

Cuti Tahun Baru Cina 2008-Akhirnya saya berpeluang pulang ke kampong dan berkesempatan melihat kebun kelapa sawit yang di usahakan dulu. Banyak perubahan ketara jika di bandingkan dengan sepuluh tahun dulu.Jika dulu semasa mula menanam pokok kelapa sawit tingginya separas lutut sekarang ni dah sama aras rumah dua tingkat. Banyak modal telah saya habiskan dari mula membeli tanah2 ke kerja maintenance kebun sebelum ia mengeluarkan hasil. Semuanya hasil wang gaji dan elaun2 kerja di luar negeri dulu.



Kebersihan kebun menjadi keutamaan. Saya berpuashati dengan hasil kerja 'part time' abang ipar yang mengendalikan kerja-kerja di kebun.













Pondok 1 yang di dirikan pada tahun 1998 dah semakin uzur.Pondok ini cuma di lawati 2 minggu sekali ini masih lagi berjasa sehingga ke hari ini.





Jentera yang di gunakan untuk mengangkut hasil kebun ke peraih.Tapi mesin ini milik jiran.



Anak-anak saudara yang telah di didik untuk kerja-kerja kebun. Teringat semasa saya bersekolah di kampong dulu ayah saya selalu mengajak ke kebun.









Salah satu pokok yang berbuah bewarna hijau.



Pondok 2. Didirikan di fasa akhir pada tahun 2002.Keluasan Fasa 1 dan Fasa Akhir ini meliputi hampir 30 ekar tanah kebun yang kami usahakan dan telah mengeluarkan hasil kelapa sawit. Alhamdulillah.







Thursday, January 10, 2008

Hijriyya 1429-Gambar Terkini.

Perbandingan gambar di tempat yang sama selepas 5 bulan kemudian:-

Tanaman Pisang Restali.
03Aug2007
10Jan2008
Tanaman Bunga Kantan.
03Aug2007

10Jan2008
Penjagaan dan pemangkasan pokok bunga kantan hendaklah kerap di lakukan apabila batang2 pokok yang berdaun terlalu banyak dalam satu perdu/rumpun.Ini untuk menggalakan bunga kantan berbunga.Selalunya 60% batang didalam satu rumpu perlu di buangkan dan di mulai pada bahagian tengah rumpun.Sebaiknya ada ruangan kosong di tengah-tengah rumpun.Galakan rumpun ini membesar di sebelah luar rumpun dengan membersihkan sekitar rumpun,meratakan tanah dan membuang punca yang menghalang pokok merebak seperti tunggul kayu,batu atau pokok.

Sebelum Selepas Pemangkasan



Wednesday, January 09, 2008

Tahun Baru Hijriyya 1429

Hijrah membawa pengertian yang agak variasi. Ia bermakna berpindah dari satu tempat ke satu tempat, atau berpindah dari satu keadaan ke satu keadaan. Ia juga dalam konteks hijrah yang kita perkatakan merujuk kepada, penghijrahan baginda Rasulullah S.A.W. dari Makkah menuju ke Madinah yang mendefinisikan penghijrahan dari negara yang kacau bilau dan sukar mempraktikkan Islam kepada negara yang aman dan memungkinkan Islam diinterpretasikan dalam kehidupan.Inilah hijrah, mudah-mudahan kita dapat mempertingkatkan azam sempena tahun baru Hijriyya 1429 ini untuk menjadikan diri kita berpindah dari keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang baik, daripada keadaan yang baik kepada keadaan yang lebih baik, dan daripada keadaan yang lebih baik kepada keadaan yang terbaik dan termampu kita usahakan.Salam Maal Hijrah buat semua sahabat.

Inilah hasil Hijrah tiga tahun lepas saya, dari habiskan masa dan wang di kompleks beli-belah pada hujung minggu ke kebun untuk berbudi pada tanah.











Thursday, December 13, 2007

Menuai Hasil di Fasa 8 dan 9

Alhamdulillah, bulan ni banyak hasil saya dapat dari kawasan baru. Ianya disumbangkan dari fasa 8&9 yang sudah berbuah sejak bulan sepuluh yang lepas. Jika selalunya hasil pisang untuk seminggu mencapai 100kg tapi sejak ada tambahan, ia sudah melepasi angka 200kg seminggu. Itulah bukti jika kita berbakti pada tanah lambat-laun hasilnya dapat kita raih, yang penting sabar....Saya tak menyangka juga tanah rezab sungai yang terbiar selama ini jika di usahakan dapat menambah pendapatan.Klasiknya tanah ni berhampiran dengan bandaraya dan berhampiran tempat saya berkerja. Kebiasaanya saya kekebun di waktu pagi dulu sebelum ke pejabat.Insyallah saya merancang membeli rumah baru berhampiran selang 10 langkah dari kebun ini bila projek fasa perumahan 3A di lancarkan tahun hadapan.Semoga perancangan saya di permudahkanNya.Amin.

Sunday, November 18, 2007

Fuh! Penatnya Kerja.

Tempat kerja dekat dari rumah tapi tiada masa ke kebun itulah dilema yang saya hadapi.Banyak yang perlu di fikirkan di tempat kerja baru ni, macamana nak setup satu operasi untuk kawasan Selangor Barat dan PJ. Saya kena setup satu team seramai 40 orang (sekarang ni org cuma ada 2 orang) utk gerakan syarikat utk cawangan ni. Pastinya tepat 1/1/2008 pihak syarikat mahu semua berjalan dengan lancar dan target dpt seperti yg di tetapkan. Selamanya ni kerja jauh dari rumah tapi sempat utk update blog, kat opis dulu banyak masa yang terluang kerana semua operasi berjalan lancar. Itulah bezanya keadaan kerja sekarang. Semalam dapat juga curi-curi masa ke kebun, agak semak maklumlah setiap hari hujan turun bukan saja bunga kantan,pokok pisang, cili api tetapi rumput pun bertambah subur. Insyallah minggu depan bercadang nak tebas rumput dengan mesin.

Friday, November 02, 2007

Persimpangan Kerjaya.

Sudah bertahun saya berkerja di Kuala Lumpur. Setiap pagi saya seperti robot yang di program automatik bangun tepat 5:30 pagi samada waktu kerja atau tidak, kadang-kadang jam penggera pun tak sempat berbunyi. Bagi saya itu semua sudah menjadi lumrah tinggal jauh dari tempat kerja. Saya lebih rela bangkit awal pagi dan sampai awal ke pejabat berbanding membuang masa di jalan raya akibat kesesakan lalu lintas. Cuma saya tidak boleh mengelak bila balik dari pejabat ke rumah, mesti sesak. Keadaan bertambah teruk sejak setahun dua kebelakangan ini. Saya rasa keadaan akan bertambah kritikal di masa depan walau banyak jalan di bina dan di besarkan. Tambahan pula, kos minyak dan tol yang semakin tinggi.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk berhenti berkerja. Ini bermakna ilmu yang saya perolehi dari selama bekerja akan di tinggalkan begitu saja. Saya akan tinggalkan ISDN, No. #7 dan bebagai lagi istilah dalam dunia komunikasi. Ilmu yang telah membawa saya ke pelusuk benua. Mulai tanggal 6 November 2007 saya akan berkerja dengan anak syarikat lain di bawah syarikat induk yang sama. Terma syarat-syarat dan gaji yang tidak berubah. Ramai kawan-kawan tidak menggalakan saya berpindah, kerana mereka berpendapat syarikat baru ini menceburi bisnes waktu senja (tak berapa selamat). Bagi saya, lokasi pejabat di merata negara telah menambat hati saya, cuma saya akan berusaha bersungguh-sungguh agar ia berdaya maju. Jika gagal pun saya boleh berpatah ke tempat lama, Insyallah. Apa yang penting pejabat ini berhampiran dengan rumah.

Thursday, October 25, 2007

Penjelajahan Ke Utara Semenanjung Malaysia

Alam Misteri

Saya berkesempatan ke utara minggu ini bermula hari Rabu hingga Jumaat atas urusan resmi kerja pejabat.Saya bertolak dari tempat kerja pada waktu pagi dan sampai jam 12:30 tengah hari di Ipoh.Selepas menyelesaikan semua masalah saya menuju ke Penang iaitu di Menara Komtar.Sempat juga saya singgah kawasan rawat dan rehat di Sg Siput yang berwajah baru untuk solat dan makan tengah hari.Jam 3:30 petang saya meneruskan lagi perjalanan dan tepat jam 5:15 petang saya dah sampai ke Komtar, setelah menyelesaikan tugasan kerja yang telah di amanahkan untuk hari ini saya bertolak pula ke Alor Setar kerana ingin bermalam di sana. Saya benar2 keletihan kerana terperangkap 2 jam akibat kesesakan semasa melalui jambatan Pulau Pinang.Hujan geremis turut menyumbang 'tangki air' kawan saya cepat penuh.Pada mulanya saya berhenti di lorong kecemasan untuk melepas hajat kecil tapi rasa tidak selesa pula.Jadi saya memandu laju untuk mencari tempat, sehinggalah sampai ke destenasi Sg Muda.Setelah semuanya selesai kami pun bertolak.Sepanjang perjalanan ke Alor Setar saya tehidu bau yang hanyir macam bau ikan, nak bertanya kawan takut dia terasa pula.Hiran juga dari mana datang bau hamis, tingkap kederaan saya semua rapat.Hinggalah sampai di rumah kawan, bila dia mahu membuka pintu saya bertanya samada dia berbau hanyir.Dia diam.Dalam perjalanan ke hotel saya menyesal kerana bertanya tadi mungkin dia tersinggung agaknya. Keesokan hari kawan pun memberi tahu dia juga bau hanyir macam bau darah semasa di Sg Muda hinggalah ke Alor Setar.Dia berkata ada "orang" lain menumpang. Dan berpesan jangan menegur tapi hendaklah membaca ayat Kursi jika ada sesuatu pekara yg pelik secara tiba-tiba.Syukur semuanya selamat.

Alam Pertanian
Kebetulan ada ekspo pertanian di perkarangan stadium Darul Aman bersebelahan dengan hotel saya tinggal. Malam tadi saya bercadang meninjau tapi kerana keletihan saya tertidur hingga ke pagi. Selepas segala kerja opis dah beres, saya meninjau semua gerai2 pertanian. Jabatan pertanian dari daerah Kuala Muda ada menjual benih kelapa pandan dan matag. Saya memang berhajat membeli pokok kelapa pandan.Memang kenalah tu, harga pula berpatutan.Bukan itu saja, mereka juga menawarkan benih mangga chokanan dengan diskaun hebat. Sayang kenderaan saya dah penuh dengan muatan lain, jika tidak saya beli banyak. Banyak lagi Jabatan yang mempamerkan produk masing-masing, salah satunya lembu gergasi. Sesiapa yang tinggal berhampiran Alor Setar kalau tidak berkunjung memang rugi, macam-macam ada.

Tuesday, October 23, 2007

Gambar terbaru Fasa1~Fasa9A & Cawangan

Berikut ialah kawasan tanah rezab seluas 2.5 ekar yang telah selesai saya tanam bermula pada akhir tahun 2004 hinggalah Raya ketiga tahun ini.Walaupun memakan masa yang lama tetapi usaha dan kesabaran berbaloi juga.

Fasa 1 Tanaman terawal Pokok Kantan semasa mula meneroka pada akhir tahun 2004 dulu. Fasa 2-Terdiri dari pisang tanduk,berangan dan restali.80 pokok cili padi dan b.kantan.
Fasa 3 Pisang restali, bunga kantan dan serai.Fasa 4-Pisang Raja Tylon,berangan,restali tanduk,lemak manis,bunga kantan,kelapa pandan,durian tembaga dan keladi. Fasa 5-Pisang Abu,restali,pokok pandan dan bunga kantan.Fasa 6-Bunga Kantan.Kawasan berpenyakit pisang dalam proses kuarintin (anak pisang akan dimusnahkan semua peralatan spt parang tidak boleh digunakan di fasa lain.Diganti tanaman keladi.Fasa 7-Satu lagi pit stop terdapat pisang Abu dan restaliFasa 8 Pisang restaliFasa 9-Pisang Restali Fasa 9A Cili padi 200 pokok. Cawangan Di Antara Gapi-80 pokok pisang,2kelapa pandan,10 kelapa gading dan 18 kelapa matag.










Monday, October 15, 2007

Pulang Dari Kampong

Tahun ini merupakan cuti hari raya yang paling pendek saya ambil.Apa tidaknya hari kedua saya dah bertolak dari kampong.Masuk hari ketiga (Isnin) saya dah mula projek menanam cili padi di Fasa 9A.Jika mengikut perancangan awal, fasa ini sepatutnya dah sebulan lewat dari tarikh asal.Sebab pertama kerana projek kerepek yang tidak dijangka mendapat sambutan ramai. Keduanya, ketiadaaan hujan yang kerap maklumlah dah masuk monsun peralihan. Alhamdulilah, sejak masuk bulan syawal hujan kerap kali turun.Mengikut kiraan hampir 200 pokok cili padi saya pindahkan dari tapak semaian ke batas.Batas-batas ini telah siap dibuat sebelum bulan puasa lagi.


Oh ya sebelum itu semasa saya berjalan kaki ke kebun, tasik ladam hampir separuh telah di kambus.Dan tanah-tanah dah diratakan.

Tuesday, October 09, 2007

Rakusnya Pihak Pemaju.


Petang semalam saya melawat kebun selepas tamat waktu pejabat.Agak terperanjat laluan ke kebun yang penuh dengan longgokkan tanah merah telah habis di ratakan dengan jentolak.Mudahlah perjalanan ke kebun, tapi saya risau kerana pihak pemaju perumahan telah menimbus ke atas tasik ladam yang bersempadankan kebun rezab saya. Dan salah satu tiang sempadan telah memasuki tanah rezab sungai.Dua tahun lalu saya telah merujuk ke JPS Selangor dan Pejabat tanah Petaling memaklumkan status tanah rezab sungai.Mereka tidak membenarkan sesiapa pun mendirikan bangunan atau rumah di tanah tersebut.Kelebaran rezab sungai bergantung kepada lebarnya sungai tersebut.Jika lebar sungai 20-40m maka lebar rezab kiri dan kanan sungai ialah 40m.Jika lebar sungai lebih 40m maka lebar rezab kiri dan kanan ialah 50m.

Kemungkinan sekembali saya bercuti di kampong minggu depan banyak tanaman saya akan di bersihkan.Kekadang saya merasa hairan bagaimana pihak pemaju membina rumah di atas tanah rezab sungai tanpa tiada sebarang tegahan dari pihak berkuasa.






Monday, October 01, 2007

Minggu Yang Sibuk

Hari Jumaat lepas saya kena ambil EL kerana banyak pekara yang hendak di selesaikan.Pertamanya bayar loan kereta dan bil-bil bulanan yang ada kat rumah maklumlah gaji dah dapat.Lepas solat jumaat terus ke kebun (salin pakai 'tradisional hang kebun' kat PS).Sempatlah beraksi 4-5 jam mengambil 7 tandan pisang restali,70 btg bunga kantan,15 jantung pisang dan 5 biji betik muda.Rutin ini mesti saya buat takut 'kontrak'dengan kedai Cina buah (pisang) dan juga kedai Minang sayur kampong terjejas jika bekalan tak konsisten.


Sabtu pagi sebelum ke kebun hantar barang2 tu dulu.Hari ini jadual memang ketat,target nak dapatkan sekurang2nya 15 kg kerepek pisang, sebab tempahan 30kg dari Rawang dalam masa dua hari.Saya gunakan periuk mengantikan kuali untuk menampung kadar gorengan yg lebih besar.Jika menggunakan kuali saya boleh mengisi 6 kg minyak tapi dengan periuk ini 12kg minyak saya boleh masukkan sekaligus.Wow 11 biji pisang tanduk untuk setiap gorengan.Nak di jadikan cerita dlm pertengahan mengoreng 12:30 tengah hari gas masak habis alamakkkkk.....macam mana ini?Saya mencari kekuatan,teringat dulu kat gunung Kinabalu orang perempuan Sabah mengalas tong gas turun naik gunung.Hebat.Takan saya tak boleh buat.Bila fikiran dah betul2 kuat saya pun memikul tong gas dan memulakan langkah sejauh 1km ke kereta.Sampai pun.Selepas membeli dan menukar dgn tong yang baru kali ini beban bertambah berat.Minda saya kena set supaya lebih kuat, kali ini cerita perang Khandak pula.Cerita Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya bersusah payah menggali parit di tengah perit matahari menjadi motivasi semasa berjalan dan memikul tong ke pondok.Alhamdullilah selamat juga saya membawa balik tong gas baru, rasanya mcm cepat sampai.Agaknya saya berlari-lari anak tadi kut.

Setelah berehat saya pun mandi kat PS,aduhhhh...nikmatnya mandi air hujan.Hilang semua rasa penat tadi.Memang berbaloi saya menyimpan/menadah air hujan.Saya mandi sepuas-puasnya.Akhirnya dapat juga target untuk hari Sabtu.Petang itu saya hanya minum air kelapa muda untuk berbuka.Itu yang saya inginkan sejak tengah hari tadi.


Hari Ahad saya membawa generator untuk menghidupkan kipas angin.Memang rasa sejuk kerja hari ini, santai aje. Semuanya tiada masalah yang timbul .Target dapat.Penat tu memang lah, rasa2 tak sanggup nak terima tempahan lagi.Sebenarnya ini bagus untuk saya menghargai kerja tetap saya sekarang.Ialah kadang-kadang saya rasa nak berhenti kerja jika menerima tekanan tetapi nampaknya pengalaman kerja sendiri lebih sukar buat masa ini,tapi entahlah.....

Wednesday, September 26, 2007

Promosi Kerepek Pisang

Kerepek pisang di ambil dan di buat terus di kebun, ini untuk memastikan jaminan kesegarannya.
InsyaAllah beberapa minggu saja lagi kita akan bertemu dengan bulan Syawal. Seperti biasa dgn kedatangan bulan Ramadhan ni taukey kuih raya dah mula mempromosikan produk masing-masing. Saya pun tak terkecuali lah ni, kerepek pisang tanduk, pisang nangka dan pisang Raja Tylon (favorite saya).
Berita baiknya ialah HARGA JUALAN MASIH HARGA 4 TAHUN DULU!! WOWWW unbelievable!!! Bagi berat 500g ini masih dijual dengan harga RM5.00.
Untuk order sila sms saya di 016-2032567 (data call-pc aktif pada jam 6ptg -8mlm). Kami tidak menyediakan khidmat penghantaran tapi temu janji boleh di buat. Order/booking ialah berdasarkan 'first come first serve' dan selagi stok masih ada.

Tuesday, September 25, 2007

Permintaan Kerepek Pisang

Hari Sabtu dan Ahad siang banyak masa saya gunakan untuk membuat kerepek pisang di Pengkalan Semangat,PS.Bulan puasa tahun ini banyak tempahan yang saya dapat.Mula-mula tu buat kerepek kerana terpaksa kerana harga pisang tanduk murah iaitu RM1.30 sekilo.Nak dapat harga RM1.50 sekilo bukan main susah.Bertapa susahnya saya memikul setiap tandan sejauh 1 km, tak berbaloi jika harga murah.Jadi, jalan terbaik ialah membuat end product iaitu kerepek.

Pengeluaran taklah banyak, untuk 2 hari saya dapat menghasilkan 20 kilo kerepek pisang tanduk. Buat taklah susah sangat cuma nak tunggu masa mengoreng yang agak lama 25 minit setiap gorengan. Panas,haus,muka berminyak dah tinggal biasa aje...

Harga untuk sekilo yang saya jual sekarang pada orang tengah ialah RM10.Saya sarankan dia orang boleh jual dengan harga yang berpatutan mungkin RM15 atau RM16. Biasanya harga kerepek pisang tanduk kat luar mahal iaitu RM18 dan yang RM25 sekilo pun ada.Kesian orang yang nak makan.Saya tak boleh jual terus kat customer.....malu tak boleh cakap...heee....